Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Honor of Kings Malaysia Tukar Pengalaman Gaming Jadi Ganjaran Nyata Melalui Program ‘Benefits!’

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 20, 2026
in Acara, Android, Artikel, Berita, iOS, Mobile, Tempatan
0 0
0
Honor of Kings Malaysia Tukar Pengalaman Gaming Jadi Ganjaran Nyata Melalui Program ‘Benefits!’
Share on FacebookShare on Twitter

Bermula hari ini, bermain Honor of Kings (HOK) di Malaysia bukan lagi tentang mengejar rank, malah ia kini menjadi tiket untuk pemain menikmati pelbagai ganjaran makanan secara percuma.

HOK Malaysia secara rasmi telah melancarkan kempen “HOK Benefits Go” yang menghubungkan pencapaian dalam game dengan ganjaran fizikal di dunia nyata. Inisiatif ini membawa pengalaman bermain melangkaui skrin telefon, terus ke restoran dan premis perniagaan kegemaran rakyat Malaysia di seluruh negara.

Kemeriahan Seminggu di Sunway Square

Langkah ini menyusul selepas kejayaan acara komuniti di Sunway Square Mall yang baru berakhir Ahad lalu, 17 Mei. Sepanjang minggu tersebut, ruang legar utama mall berkenaan telah bertukar wajah menjadi hab gaming yang cukup meriah.

Dibantu oleh iQOO sebagai rakan peranti rasmi, para peminat berpeluang menguji kemahiran mereka serta bergambar di zon tema.

Kemuncak acara tersebut sudah pastinya “Creator Showmatch” pada hari terakhir, yang menyaksikan personaliti popular seperti Noel, Adam Spartanker, Oppa FanCi, Irene, dan Sagi bertarung bersama peminat dalam perlawanan “Super Flow Brawl” yang cukup rancak.

Pengunjung yang hadir bukan sekadar menjadi penonton; ramai yang membawa pulang cenderamata eksklusif dan minuman XP Energy yang ditebus dengan hanya satu “Benefits Coi”—mata wang yang diperoleh melalui tugasan mudah dalam game.

Main, Kumpul, dan Makan: “HOK Benefits Go” Bermula Hari Ini

Meneruskan momentum tersebut, program HOK Benefits Go bermula secara rasmi hari ini, 20 Mei, sehingga 5 Jun depan.

Anda hanya perlu menyelesaikan misi ringkas dalam aplikasi atau bermain secara team-up bersama rakan-rakan semasa sedang lepak di kedai rakan kongsi untuk mengumpul “Benefits Go Coins.” Ganjaran yang ditawarkan sangat praktikal dan boleh dinikmati serta-merta.

Bermula petang ini, pemain boleh mengunjungi cawangan rakan kongsi untuk mendapatkan:

  • Burger percuma daripada myBurgerLab
  • Ais krim vanila daripada Lucky Cup
  • Minuman dan makanan istimewa daripada lebih 10 jenama tempatan lain, termasuk Jo’s Cha dan Fei Fei Crab

Menang Ganjaran Dunia Nyata Bersama Rakan

Selain itu, kempen “Win Real-Life Rewards with Friends” turut bermula hari ini sehingga 2 Jun. HOK menekankan aspek sosial dengan memberi ganjaran kepada pemain yang berjaya mengajak semula squad mereka untuk beraksi sekali.

Melalui sistem Invite Code terbaharu, pemain boleh memiliki title eksklusif dalam game serta avatar frame. Apa yang lebih menarik, anda boleh mengumpul “HOK Benefits Coin Fragments” setiap kali anda atau rakan yang dijemput bermain dalam sesuatu perlawanan.

Fragment ini kemudian boleh ditukar kepada ‘coin’ penuh untuk ditebus di premis fizikal rakan kongsi HOK.

Bagi yang ingin merasai sendiri pengalaman ini, Honor of Kings boleh dimuat turun sekarang di App Store atau Google Play. Untuk mula menebus ganjaran, anda hanya perlu menyemak tab “Benefits” di dalam game bagi mencari cawangan rakan kongsi yang terdekat dengan lokasi anda.

Tags: Honor of Kings Malaysia
ShareTweetSend
Previous Post

Bleach – Trailer Rasmi Musim Finale Janjikan Penamat Epik Pada Julai 2026!

Next Post

Reviu Tales of Arise – Beyond the Dawn Edition (Switch 2) – Sebuah JRPG Cemerlang Tanpa Downgrade Besar!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Tiada Lagi Update Baru Untuk Fighting Game ‘2XKO,’ Pembangunan Tamat Pada Disember 2026
Berita

Tiada Lagi Update Baru Untuk Fighting Game ‘2XKO,’ Pembangunan Tamat Pada Disember 2026

August 21, 2026
Dave Bautista Galas Watak Kratos Dalam Siri Live-Action God of War
Movie/siri

Dave Bautista Galas Watak Kratos Dalam Siri Live-Action God of War

August 21, 2026
Code Vein II Expansion ‘Mask of Idris’ Bakal Tiba 9 September Bersama Update Version 2.0
DLC

Code Vein II Expansion ‘Mask of Idris’ Bakal Tiba 9 September Bersama Update Version 2.0

August 21, 2026
Next Post
Reviu Tales of Arise – Beyond the Dawn Edition (Switch 2) – Sebuah JRPG Cemerlang Tanpa Downgrade Besar!

Reviu Tales of Arise - Beyond the Dawn Edition (Switch 2) - Sebuah JRPG Cemerlang Tanpa Downgrade Besar!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd