Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Resident Evil Requiem Tambah Mod “Leon Must Die Forever” – Mampukah Anda Bertahan?

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 8, 2026
in Artikel, Berita, Nintendo Switch 2, PC, PS5, Seram, Steam, Survival, Xbox Series X|S
0 0
0
Resident Evil Requiem Tambah Mod “Leon Must Die Forever” – Mampukah Anda Bertahan?
Share on FacebookShare on Twitter

Capcom telah melancarkan update percuma tapi besar untuk game survival-horror popular Resident Evil Requiem, di mana tarikan utama adalah mod cabaran baharu yang bertajuk “Leon Must Die Forever.”

Jika anda sudah menamatkan jalan cerita utama, mod baharu ini direka untuk menguji sejauh mana pemain mampu bertahan di bawah tekanan. Menampilkan Leon S. Kennedy, “Leon Must Die Forever” adalah mod arked yang mencabar pemain Resident Evil Requiem untuk berlumba dengan masa.

Anda akan kembali ke lokasi-lokasi yang pernah dilalui dalam kempen cerita, tetapi musuh kini jauh lebih kuat, lebih pantas, dan sangat agresif.

Mod ini menawarkan lima tahap kesukaran yang semakin meningkat. Untuk bertahan daripada serangan musuh yang tiada henti, pemain boleh memenuhkan “Enhancement Gauge” dengan menumpaskan lawan.

Ini akan mengaktifkan “Enhancer Ability”—iaitu kelebihan eksklusif untuk mod ini yang membantu Leon ketika dalam pertarungan sengit.

Susunan kawasan dan pilihan abilti yang tersedia akan berubah setiap kali anda bermain. Ini membuatkan setiap cubaan terasa baharu dan sukar dijangka.

Update ini turut membawakan beberapa penambahbaikan teknikal dan ciri-ciri yang diminta oleh peminat:

  • Pemain di Steam dan Epic Games Store boleh menikmati sokongan penuh untuk controller PS5 DualSense. Ini termasuk ciri seperti haptic feedback, adaptive trigger, dan fungsi motion sensor yang sebelum ini hanya tersedia untuk versi konsol.
  • Pelbagai pembaikan pepijat telah dilaksanakan di semua platform bagi melancarkan lagi prestasi game yang mungkin terganggu sejak dilancarkan.

Resident Evil Requiem kini boleh didapati di PlayStation 5, Xbox Series X|S, PC, dan Nintendo Switch 2.

Tags: Resident Evil Requiem
ShareTweetSend
Previous Post

Reviu Mortal Kombat II – Bukan ‘Flawless Victory,’ Tapi Aksi Fatality Selamatkan Francais!

Next Post

Snowbreak: Containment Zone – Server Kembali Beroperasi Hari Ini Selepas Dua Bulan Offline!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Mahu PC Edisi Terhad? Koleksi Ultra-Premium ASUS ROG “Edition 20” Kini Di Malaysia
Teknologi

Mahu PC Edisi Terhad? Koleksi Ultra-Premium ASUS ROG “Edition 20” Kini Di Malaysia

June 26, 2026
10 Lagu Tema Anime Paling Ikonik Pilihan Pakar Muzik Dunia
Anime

10 Lagu Tema Anime Paling Ikonik Pilihan Pakar Muzik Dunia

June 26, 2026
Resident Evil: Survival Unit Berkolaborasi Dengan Monster Hunter Untuk Acara Crossover Pertama
Mobile

Resident Evil: Survival Unit Berkolaborasi Dengan Monster Hunter Untuk Acara Crossover Pertama

June 26, 2026
Next Post
Snowbreak: Containment Zone – Server Kembali Beroperasi Hari Ini Selepas Dua Bulan Offline!

Snowbreak: Containment Zone - Server Kembali Beroperasi Hari Ini Selepas Dua Bulan Offline!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd