Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Reverse Collapse: F – Sebuah Shooter Co-op Sci-Fi Baru Oleh Pasukan Girls’ Frontline!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 4, 2026
in Android, Artikel, Berita, iOS, Mobile, PS5, Shooter, Xbox Series X|S
0 0
0
Reverse Collapse: F – Sebuah Shooter Co-op Sci-Fi Baru Oleh Pasukan Girls’ Frontline!
Share on FacebookShare on Twitter

Sunborn Network Technology bersama studio pembangunan dalaman mereka, MICA Team, telah mengumumkan Reverse Collapse: F. Projek besar terbaharu ini merupakan sebuah game third-person shooter bertemakan sains fiksyen yang memfokuskan kepada elemen ‘cooperative’ dan dibangunkan menggunakan Unreal Engine 5.

Game ini akan dikeluarkan pada tahun 2028 dan menyasarkan pelancaran secara besar-besaran secara cross-platform di PlayStation 5, Xbox Series X|S, PC, serta peranti mobile (iOS dan Android).

Walaupun maklumat terperinci masih belum diumumkan, game ini dilihat sebagai satu pengembangan besar kepada dunia yang telah dibina dalam judul-judul Sunborn sebelum ini, seperti Girls’ Frontline dan Reverse Collapse: Code Name Bakery.

Dalam projek kali ini, fokus utama beralih kepada elemen cooperative survival. Pemain akan memegang watak sebagai golongan “Gifted”; iaitu individu yang memiliki abiliti unik dan ditugaskan untuk meneroka kawasan berbahaya lagi misteri.

Misinya adalah untuk mencari jalan demi memastikan kelangsungan hidup umat manusia dalam dunia yang dihantui ancaman supernatural.

Menurut laman rasmi TapTap, aspek cooperative player-versus-environment (PvE) akan menjadi sorotan utama kepada pengalaman bermain.

Ini bermakna pemain akan membentuk skuad kecil untuk menyelesaikan misi mencabar, menaik taraf watak “Gifted” masing-masing, serta merungkai rahsia yang tersembunyi di dalam “alam ketakutan” tersebut.

Memandangkan tarikh pelancaran ditetapkan pada tahun 2028, Reverse Collapse: F masih lagi berada di peringkat awal pembangunan.

Tags: Reverse Collapse: F
ShareTweetSend
Previous Post

Girls’ Frontline: Blue Butterfly Contract – Game Co-op Shooter Baru Pada 2026!

Next Post

‘That Time I Got Reincarnated as a Slime the Movie: Tears of the Azure Sea’ Akan Tayang Di Malaysia, Bersama Fan Screening!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Tujuh Game Indie Popular Bakak Keluar Di iPhone & iPad Minggu Ini Termasuk Vampire Crawlers & No Man’s Sky 
iOS

Tujuh Game Indie Popular Bakak Keluar Di iPhone & iPad Minggu Ini Termasuk Vampire Crawlers & No Man’s Sky 

October 12, 2026
Reviu Total War: SHOGUN 2 – Complete Edition – Masa Terbaik Untuk Belajar Tawan Jepun
Review

Reviu Total War: SHOGUN 2 – Complete Edition – Masa Terbaik Untuk Belajar Tawan Jepun

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki
Manga

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki

October 12, 2026
Next Post
‘That Time I Got Reincarnated as a Slime the Movie: Tears of the Azure Sea’ Akan Tayang Di Malaysia, Bersama Fan Screening!

'That Time I Got Reincarnated as a Slime the Movie: Tears of the Azure Sea' Akan Tayang Di Malaysia, Bersama Fan Screening!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki
Manga

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki

October 12, 2026
NARUTO × NINKŪ – Sebuah Anime Crossover 4 Episod Dengan Karya Yang Ilhamkan Naruto
Anime

NARUTO × NINKŪ – Sebuah Anime Crossover 4 Episod Dengan Karya Yang Ilhamkan Naruto

October 12, 2026
Masashi Kishimoto Kembali Dengan Manga Baru ‘Naruto: Shadow Rising’
Manga

Masashi Kishimoto Kembali Dengan Manga Baru ‘Naruto: Shadow Rising’

October 12, 2026
Selepas 10 Tahun Di Pasaran China, Game Naruto Mobile Akhirnya Akan Keluar Secara Global
Mobile

Selepas 10 Tahun Di Pasaran China, Game Naruto Mobile Akhirnya Akan Keluar Secara Global

October 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd