Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Truck-kun is Supporting Me From Another World?! – Game Isekai Di Mana Kita Bermain Sebagai Truck-kun

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 1, 2026
in Action, Artikel, Berita, PC, Steam, Xbox Series X|S
0 0
0
Truck-kun is Supporting Me From Another World?! – Game Isekai Di Mana Kita Bermain Sebagai Truck-kun
Share on FacebookShare on Twitter

Sebuah game unik dan lucu bertajuk Truck-kun is Supporting Me From Another World?! akan dilancarkan di Xbox Series X|S dan PC melalui Steam pada tahun ini.

Jika anda peminat anime isekai, anda pasti sudah biasa dengan jalan cerita ini: watak utama menjalani kehidupan biasa sehinggalah individu itu tiba-tiba dilanggar oleh sebuah lori, lalu terjaga di dunia lain sebagai seorang wira.

Kini, game baharu daripada pembangun Strange Scaffold membolehkan anda bermain sebagai watak paling berpengaruh dalam genre ini… iaitu lori itu sendiri.

Jalan ceritanya mengikuti Carissa Ward, seorang wanita korporat berjaya yang baru sahaja berpindah ke bandar Wenvale untuk memulakan kerjaya impian sebagai Naib Presiden Pemasaran. Namun, cita-citanya terhenti apabila anda, yang mengawal sebuah lori penghantaran, secara tidak sengaja merempuhnya.

Bukannya “Game Over”, Carissa sebaliknya dihantar ke dunia fantasi zaman pertengahan bernama Talinfold. Untuk pulang ke rumah, dia perlu mengharungi dunia yang berbahaya, mengalahkan Skeleton King, dan mendapatkan Scroll of Resurrection. Namun, dia tidak mampu melakukannya sendirian.

Dari “dunia sebenar” di Wenvale, anda akan membantunya dengan melakukan sebanyak mungkin huru-hara di jalan raya.

Gameplay Truck-kun is Supporting Me From Another World?! pun sangat pelik, sama seperti tajuknya. Sambil Carissa berjuang di Talinfold, anda pula akan merempuh apa sahaja di jalan Wenvale. Setiap kali melanggar objek atau manusia di dunia sebenar, mereka akan muncul sebagai raksasa atau power-up oleh Carissa di dunia fantasi.

Ini akan memberikan XP dan bintang yang diperlukannya kepada Carissa untuk membuka “Galactic Gate” dan pulang ke dunia asal.

Tags: Truck-kun is Supporting Me From Another World?!
ShareTweetSend
Previous Post

Subnautica 2 Masuk Early Access Pada 14 Mei – Segala Yang Anda Perlu Tahu!

Next Post

Selepas 11 Tahun, Manga Black Clover Akhir Tamat – Impian Asta Menjadi Kenyataan! (SPOILER)

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Reviu Final Fantasy VII Rebirth (Nintendo Switch 2) – Keajaiban Teknikal Dengan Sedikit Kompromi
Review

Reviu Final Fantasy VII Rebirth (Nintendo Switch 2) – Keajaiban Teknikal Dengan Sedikit Kompromi

[Khabar Angin] Manga Bleach Mungkin Kembali Ke Shonen Jump Untuk ‘Hell Arc’
Anime

[Khabar Angin] Manga Bleach Mungkin Kembali Ke Shonen Jump Untuk ‘Hell Arc’

June 23, 2026
Jom Kenali Olivia Lin – Teman Desktop AI Baru Hasil miHoYo
PC

Jom Kenali Olivia Lin – Teman Desktop AI Baru Hasil miHoYo

June 23, 2026
Next Post
Selepas 11 Tahun, Manga Black Clover Akhir Tamat – Impian Asta Menjadi Kenyataan! (SPOILER)

Selepas 11 Tahun, Manga Black Clover Akhir Tamat - Impian Asta Menjadi Kenyataan! (SPOILER)

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd