Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Siap-siap Poket! Harga PS5 & PS Portal Akan Naik Di Malaysia Bermula Mei 2026!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
April 27, 2026
in Artikel, Berita, PS5, Tempatan
0 0
0
Siap-siap Poket! Harga PS5 & PS Portal Akan Naik Di Malaysia Bermula Mei 2026!
Share on FacebookShare on Twitter

Jika anda sudah lama merancang untuk membeli PlayStation 5, sekarang adalah waktu yang paling tepat untuk segera mendapatkannya sebelum minggu ini berakhir. Berikutan tekanan ekonomi global yang mencabar, Sony secara rasmi telah mengumumkan pelarasan harga bagi barisan konsol PS5 dan aksesorinya di pasaran Malaysia.

Berkuat kuasa pada 1 Mei 2026, kita bakal menyaksikan lonjakan harga runcit yang agak tinggi bagi model PS5 standard, PS5 Digital Edition, model PS5 Pro, serta peranti PlayStation Portal.

Perubahan harga ini tidak seragam bagi setiap model, namun PS5 Digital Edition mempunyai purata kenaikan yang paling tinggi jika dibandingkan dengan harga asal. Berikut adalah butiran harga baharu yang akan mula diguna pakai pada Jumaat ini:

  • PS5 (dengan Disc Drive): Menjadi RM 2,799 (Harga lama: RM 2,499)
  • PS5 Digital Edition: Menjadi RM 2,499 (Harga lama: RM 2,069)
  • PS5 Pro: Menjadi RM 3,999 (Harga lama: RM 3,849)
  • PlayStation Portal: Menjadi RM 1,099 (Harga lama: RM 999)

Bagi mereka yang sudah lama mengidamkan PS5 Pro demi kualiti grafik yang lebih mantap atau mahukan fleksibiliti PlayStation Portal untuk fungsi handheld play, pembelian sebelum 1 Mei adalah langkah yang bijak.

Bergantung kepada model yang dipilih, anda mampu menjimatkan wang sehingga RM430 sebelum harga baharu dikuatkuasakan sepenuhnya di semua kedai jualan.

Tags: PS Portalps5
ShareTweetSend
Previous Post

Tokyo Game Show 2026 Umum Senarai Penaja Untuk “SELECTED INDIE 80”

Next Post

Teaser Pertama Sekuel ‘Alien: Isolation’ Didedahkan – Xenomorph Kembali Menghantui?

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Tujuh Game Indie Popular Bakak Keluar Di iPhone & iPad Minggu Ini Termasuk Vampire Crawlers & No Man’s Sky 
iOS

Tujuh Game Indie Popular Bakak Keluar Di iPhone & iPad Minggu Ini Termasuk Vampire Crawlers & No Man’s Sky 

October 12, 2026
Reviu Total War: SHOGUN 2 – Complete Edition – Masa Terbaik Untuk Belajar Tawan Jepun
Review

Reviu Total War: SHOGUN 2 – Complete Edition – Masa Terbaik Untuk Belajar Tawan Jepun

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki
Manga

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki

October 12, 2026
Next Post
Teaser Pertama Sekuel ‘Alien: Isolation’ Didedahkan – Xenomorph Kembali Menghantui?

Teaser Pertama Sekuel 'Alien: Isolation' Didedahkan - Xenomorph Kembali Menghantui?

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki
Manga

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki

October 12, 2026
NARUTO × NINKŪ – Sebuah Anime Crossover 4 Episod Dengan Karya Yang Ilhamkan Naruto
Anime

NARUTO × NINKŪ – Sebuah Anime Crossover 4 Episod Dengan Karya Yang Ilhamkan Naruto

October 12, 2026
Masashi Kishimoto Kembali Dengan Manga Baru ‘Naruto: Shadow Rising’
Manga

Masashi Kishimoto Kembali Dengan Manga Baru ‘Naruto: Shadow Rising’

October 12, 2026
Selepas 10 Tahun Di Pasaran China, Game Naruto Mobile Akhirnya Akan Keluar Secara Global
Mobile

Selepas 10 Tahun Di Pasaran China, Game Naruto Mobile Akhirnya Akan Keluar Secara Global

October 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd