Masa 2012, United Front Games buat satu game action RPG yang bapak best, yang berlatar belakangkan Hong Kong dan dunia kongsi gelapnya. Game ni cemerlang, tapi pada 2016 studio game ni bungkus. Sambungan Sleeping Dogs iaitu True Crime; pun tutup kedai.
Tiba-tiba, Donnie Yen pulak umumkan dia terlibat dalam pembikinan movie adaptasi daripada Sleeping Dogs..
Sometimes great things take a bit of time. Sleeping Dog is in motion, you guys ready for this?#donnieyen #action #sleepingdog #kickass #martialarts #甄子丹 #宇宙最強甄子丹 #宇宙最強 #actionmovie #熱血無賴 #睡狗
Setakat ni takde lagi perincian pasal projek ni. Posting ni pun kompilasi dari movie-movie lama dia dengan gambar-gambar dari game tu sendiri. Kalau korang penah main game tu, memang korang tau yang Donnie Yen sesuai sangat la kalau berlakon cite ni. Jangan kena adaptasi jadi Hollywood version sudah la..macam Ghost in the Shell dengan The Departed. Pejadah gangster Hong Kong semua mat salleh?
Antara harapan daripada berita ni, agar pembangun game asal ni dapat rasakan yang minat kat Sleeping Dogs tengah memuncak. Dan daripada sini, diorang somehow pickup balik game ni pastu maybe boleh bangunkan dan progresskan lagi..
@gamersantaimy
Discussion about this post