Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Fatal Frame II: Crimson Butterfly Remake Akan Tiba Mac 2026 – Apakah Pembaharuan Gameplay?

Razin Syafiq by Razin Syafiq
November 12, 2025
in Artikel, Berita, Nintendo Switch 2, PC, PS5, Remake, Seram, Steam, Xbox Series X|S
0 0
0
Fatal Frame II: Crimson Butterfly Remake Akan Tiba Mac 2026 – Apakah Pembaharuan Gameplay?
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, KOEI TECMO dan pembangun Team NINJA mengumumkan bahawa FATAL FRAME II: Crimson Butterfly REMAKE akan dilancarkan pada 12 Mac 2026. Remake penuh kepada game klasik seram Jepun tahun 2003 ini akan menuju ke PlayStation 5, Nintendo Switch 2, Xbox Series X|S dan PC Windows melalui Steam.

Game ini mengisahkan tentang pasangan kembar Mio dan Mayu Amakura yang terperangkap di sebuah kampung berhantu. Menurut pengumuman, game ini telah “dilahirkan semula” dengan penambahbaikan pada grafik, bunyi dan elemen kawalan untuk mencipta suasana yang lebih menyeramkan dan realistik berbanding sebelum ini.

Pasukan pembangun sedang melaksanakan baik pulih grafik yang lengkap, menampilkan tekstur serta kontras cahaya dan bayang yang menonjol untuk mendalamkan lagi suasana seram di Kampung Minakami.

Pengalaman audio juga dirombak semula dengan audio spatial, yang direka untuk mengasyikkan pemain dan meningkatkan perasaan kehadiran roh-roh yang mengintai dalam kegelapan.

Pemain harus bersedia untuk lebih daripada sekadar suasana menakutkan. Roh kini akan muncul pada waktu yang tidak dijangka, kadangkala cuba menyambar tangan protagonis semasa mencapai item.

Reaksi pantas diperlukan untuk melepaskan diri daripada serangan hendap baharu ini, kerana kegagalan akan mengakibatkan “Willpower Damage”, yang berpotensi membawa terus kepada pertarungan yang berbahaya.

Senjata utama francais ini, Camera Obscura, menerima rombakan mekanik gameplay yang besar. Walaupun pemain masih akan mencederakan hantu dengan mengambil gambar, sistem baharu ini menekankan ketepatan. Menjajarkan titik fokus dengan roh akan mengakibatkan damage yang lebih besar.

Melebihi ambang damage tertentu akan mengaktifkan “Shutter Chance,” satu tempoh singkat di mana satu tangkapan gambar yang tepat pada masanya boleh menyebabkan damage yang lebih besar.

Mekanik ini diluaskan lagi dengan pengenalan “Fatal Frame” dan “Fatal Time.” Satu tangkapan gambar yang tepat pada masanya akan mencetuskan Fatal Frame, yang akan stun pihak lawan.

Jika pemain berjaya mencetuskan Fatal Frame semasa dalam keadaan Shutter Chance, mereka akan mengaktifkan “Fatal Time,” satu tempoh masa terhad yang membolehkan mereka mengambil beberapa gambar berturut-turut untuk mengenakan damage besar.

Untuk membantu dalam penyiasatan spektral mereka, pemain akan mempunyai ciri-ciri Camera Obscura baharu, termasuk fokus, zum dan filter.

  • Fokus: Menyalakan titik fokus pada skrin akan meningkatkan damage yang dikenakan kepada roh.
  • Zum: Ciri ini membolehkan pemain menyerang roh dari jarak selamat atau menyasarkan beberapa roh sekaligus dengan zum keluar. Ia juga berfungsi untuk tujuan penerokaan bagi mengambil gambar objek tertentu.
  • Filter: Filter yang berbeza akan diperlukan untuk merungkai misteri dan akan mempunyai kesan unik bergantung pada situasi atau jenis roh yang dihadapi. Salah satu filter tersebut, “Paraceptual Filter,” akan meningkatkan jarak tembakan dalam combat dan boleh menghasilkan semula peristiwa lampau menggunakan sisa memori semasa penerokaan.

FATAL FRAME II: Crimson Butterfly REMAKE juga akan memperkenalkan ciri gameplay yang baharu sepenuhnya. Pemain kini boleh memegang tangan kembar Mio, iaitu Mayu, satu mekanik yang memulihkan Health dan Willpower.

Walau bagaimanapun, perbuatan ini datang dengan risikonya; jika Mayu berada dalam bahaya, dia mungkin tersadung dan jatuh, memerlukan bantuan Mio untuk bangun semula.

Selain itu, sistem “Charm” baharu sedang dilaksanakan. Pemain boleh mencari dan melengkapkan Charm ini untuk mendapatkan pelbagai kesan yang bermanfaat. Jumlah Charms yang boleh dilengkapkan boleh ditingkatkan dengan mengembangkan “Charm Bag”.

Pra-tempahan untuk edisi standard dan Digital Deluxe FATAL FRAME II: Crimson Butterfly REMAKE kini boleh didapati di kebanyakan platform, dengan pra-tempahan untuk Nintendo Switch 2 akan bermula pada tarikh yang akan datang.

Tags: FATAL FRAME II: Crimson Butterfly REMAKE
ShareTweetSend
Previous Post

Digimon Story Time Stranger Dedahkan DLC Pertamanya, “Alternate Dimension!”

Next Post

Dynasty Warriors: Origins “Visions of Four Heroes” DLC – Kisah Baharu Lu Bu, Dong Zhuo & Ramai Lagi!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Tujuh Game Indie Popular Bakak Keluar Di iPhone & iPad Minggu Ini Termasuk Vampire Crawlers & No Man’s Sky 
iOS

Tujuh Game Indie Popular Bakak Keluar Di iPhone & iPad Minggu Ini Termasuk Vampire Crawlers & No Man’s Sky 

October 12, 2026
Reviu Total War: SHOGUN 2 – Complete Edition – Masa Terbaik Untuk Belajar Tawan Jepun
Review

Reviu Total War: SHOGUN 2 – Complete Edition – Masa Terbaik Untuk Belajar Tawan Jepun

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki
Manga

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki

October 12, 2026
Next Post
Dynasty Warriors: Origins “Visions of Four Heroes” DLC – Kisah Baharu Lu Bu, Dong Zhuo & Ramai Lagi!

Dynasty Warriors: Origins "Visions of Four Heroes" DLC - Kisah Baharu Lu Bu, Dong Zhuo & Ramai Lagi!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki
Manga

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki

October 12, 2026
NARUTO × NINKŪ – Sebuah Anime Crossover 4 Episod Dengan Karya Yang Ilhamkan Naruto
Anime

NARUTO × NINKŪ – Sebuah Anime Crossover 4 Episod Dengan Karya Yang Ilhamkan Naruto

October 12, 2026
Masashi Kishimoto Kembali Dengan Manga Baru ‘Naruto: Shadow Rising’
Manga

Masashi Kishimoto Kembali Dengan Manga Baru ‘Naruto: Shadow Rising’

October 12, 2026
Selepas 10 Tahun Di Pasaran China, Game Naruto Mobile Akhirnya Akan Keluar Secara Global
Mobile

Selepas 10 Tahun Di Pasaran China, Game Naruto Mobile Akhirnya Akan Keluar Secara Global

October 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd