Bandai Namco bersama pembangun Media.Vision telah mengeluarkan trailer terkini untuk RPG yang dinanti-nantikan, Digimon Story Time Stranger. Tumpuan utama trailer kali ini adalah pada satu mekanisme gameplay baharu yang dikenali sebagai “DigiRide”.
Melalui ciri ini, pemain diberi peluang untuk mengembara di seluruh Dunia Digital dengan menunggang Digimon, sekali gus menjadikan pengalaman penerokaan lebih mengasyikkan.
Video trailer tersebut turut menjelaskan bahawa cara menunggang adalah berbeza-beza bergantung pada fizikal setiap Digimon. Sebagai contoh, pemain boleh menunggang di belakang Digimon seperti Garurumon dan Birdramon.
Namun, bagi Digimon yang menyerupai manusia atau berkaki dua seperti Ogremon dan Gankoomon, watak utama akan didukung pada lengan mereka. Lebih istimewa lagi, pemain juga berpeluang untuk memecut dengan motosikal legenda “Behemoth” milik Beelzebumon.

Trailer itu juga menyenaraikan sejumlah besar Digimon yang telah disahkan boleh ditunggang, dan kemungkinan besar lebih banyak lagi akan diumumkan kelak. Buat masa ini, barisan Digimon tersebut adalah:
- Archnemon / Arukenimon
- Birdramon
- Beelzebumon
- Crossmon / Eaglemon
- Dobermon
- Gankoomon
- Gaogamon
- Garurumon
- Growlmon
- Gryphonmon
- Guardromon
- Ikkakumon
- Kabuterimon
- Kyubimon
- Magnamon
- MetalEtemon
- Mojyamon
- Monzaemon
- Ogremon
- Pandamon
- Peckmon
- Pegasusmon
- Reppamon
- Stingmon
- Tankmon
- Tyrannomon
- Veedramon
- Volcanomon
- Whamon
- Woodmon
- Yukidarumon / Frigimon

Di samping itu, Digimon jenis pengangkutan seperti Locomon dan Blimpmon turut dipaparkan. Walau bagaimanapun, pihak pembangun belum memberi kepastian sama ada ia boleh ditunggang secara bebas di medan permainan ataupun penggunaannya terhad kepada babak-babak penceritaan (cutscene) tertentu.

Digimon Story Time Stranger akan datang di konsol PlayStation 5 dan Xbox Series X|S bermula 2 Oktober 2025. Versi untuk PC melalui platform Steam pula akan menyusul pada keesokan harinya, 3 Oktober. Untuk mendapatkan sebarang maklumat yang lebih terperinci, orang ramai disarankan untuk melayari laman web rasminya.









Discussion about this post