Peminat bintang pop maya terkenal, Hatsune Miku, pasti akan suka dengan pengumuman terbaru mengenai siri konsert global MIKU EXPO, yang bakal memulakan jelajah pertamanya di Asia—dengan Malaysia sebagai salah satu destinasi utama. MIKU EXPO 2025 ASIA rasmi akan berlangsung di Idea Live KL pada hari Sabtu, 22 November 2025, menampilkan persembahan energetik oleh penyanyi maya tersebut yang digemari ramai.
Konsert di Kuala Lumpur akan menampilkan Hatsune Miku bersama barisan watak Vocaloid lain, yang dipersembahkan melalui skrin LED berskala besar atau visual projection, lengkap dengan iringan muzik secara langsung. Peminat boleh menantikan persembahan lagu-lagu Vocaloid ikonik.
Selain persembahan pentas, MIKU EXPO 2025 ASIA turut menampilkan pelbagai aktiviti sampingan termasuk pameran seni peminat, jualan barangan rasmi, serta reruai interaktif yang menonjolkan kandungan berkaitan Hatsune Miku.
Sejak debut pada 2007, Miku telah mencetuskan inspirasi untuk ribuan lagu, karya seni, permainan video, anime, dan persembahan yang dihasilkan oleh peminat dari pelbagai latar belakang. MIKU EXPO terus menyemarakkan semangat ini lagi dengan menghadirkan pengalaman langsung yang menghidupkan dunia maya ke atas pentas sebenar.

Maklumat mengenai jualan tiket untuk acara di Kuala Lumpur masih belum diumumkan. Peminat disarankan untuk mengikuti saluran rasmi bagi perkembangan terkini. Untuk maklumat lanjut termasuk tiket dan butiran MIKU EXPO 2025, sila layari laman web rasmi.




![[Khabar Angin] Francais Need for Speed Dihentikan Oleh EA, Tiada Rancangan Masa Depan](https://cdn.gamersantai.com/2025/07/NFS_DIHENTIKAN_FI-75x75.jpg)




Discussion about this post