Peminat setia siri animasi tempatan yang cukup dikenali, Upin & Ipin, pasti gembira dengan pengumuman terbaharu daripada Streamline Studios dan Les’ Copaque Production kerana hari ini, mereka telah memperkenalkan butiran awal bagi gameplay Upin & Ipin Universe: sebuah game pengembaraan open-world yang dijangka tiba pada tahun 2025.
Dibangunkan menggunakan Unreal Engine 5, game ini akan hadir di platform PC (melalui Steam dan Epic Games), Nintendo Switch, PlayStation 4, dan PlayStation 5, dengan wishlist bakal dibuka di Steam.
Berlatarkan suasana Kampung Durian Runtuh yang warna-warni, pemain berpeluang mengawal watak kembar tersayang, Upin dan Ipin, dalam satu perjalanan yang penuh dengan misi menarik, kisah tempatan, dan pelbagai pengembaraan bersama penduduk kampung.

Dengan persekitaran dunia terbuka yang merangkumi 22 kawasan unik, pemain bebas menjelajah ke setiap pelusuk Kampung Durian Runtuh. Dari mengejar ayam Rembo hingga menjaga tanaman, pemain boleh menikmati pelbagai mini game dan aktiviti:
- Memancing – Pilih umpan, lempar tali pancing, dan tangkap pelbagai jenis ikan.
- Tangkap Serangga – Kejar dan kumpulkan serangga beraneka jenis, dari kumbang hinggalah rama-rama.
- Lumba Kereta Kawalan Jauh (RC) – Pandu kereta mini RC dan bersaing di litar mencabar, uji kehebatan anda dalam aksi drift yang mendebarkan.
- Memasak – Temani Kak Ros dan Opah menyediakan hidangan tempatan yang penuh rasa nostalgia.
- Pertandingan Gasing – Putar gasing tradisional Malaysia dan lihat siapa yang paling lama bertahan di gelanggang.
- Dan banyak lagi!

Game ini boleh dimainkan secara solo atau bersama rakan melalui mod two-player shared-screen, dengan kawalan dan mekanik yang mesra pengguna — sesuai untuk pemain muda dan kasual.
Upin & Ipin Universe juga disediakan dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, lengkap dengan lakonan suara penuh termasuk suara asal watak utama, menjanjikan pengalaman yang tulen dan menghiburkan.

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang gameplay dan ciri-ciri lain, peminat boleh mengunjungi laman rasmi Upin & Ipin Universe.
@gamersantaimy
Discussion about this post