Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Pelancaran Borderlands 4 Diawalkan ke 12 September!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
April 30, 2025
in Artikel, Berita, Epic Store, Multiplayer, PC, PS5, Shooter, Steam, Xbox Series X|S
0 0
0
Pelancaran Borderlands 4 Diawalkan ke 12 September!
Share on FacebookShare on Twitter

2K bersama pembangun Gearbox Software telah mengumumkan bahawa Borderlands 4 kini akan dilancarkan lebih awal daripada jadual asal, iaitu pada 12 September 2025, berbanding tarikh asal 23 September.

Game bergenre looter-shooter yang sangat dinanti-nantikan ini akan tersedia di PlayStation 5, Xbox Series X/S, dan PC melalui Steam dan Epic Games Store, manakala versi Nintendo Switch 2 dijangka menyusul kemudian pada tahun yang sama.

Break Free in Borderlands 4 on Sep. 12, 2025 💥

► Wishlist Borderlands 4 Now: https://t.co/ma48aVFOGK pic.twitter.com/UqkzNRMbon

— Borderlands (@Borderlands) April 29, 2025

Sony Interactive Entertainment turut mengesahkan bahawa PlayStation State of Play yang memfokuskan sepenuhnya kepada Borderlands 4 akan disiarkan pada 1 Mei, jam 5 pagi.

Siaran berdurasi 20 minit ini bakal memperlihatkan pelbagai kandungan menarik termasuk senjata baharu, abiliti, misi, dan banyak lagi. Ia boleh ditonton secara langsung di YouTube dan Twitch.

Borderlands 4 is getting its own State of Play!

Tune in for over 20 minutes of new weapons, abilities, missions, and more on April 30 at 2pm PT / 5pm ET / 11pm CEST. Full details: https://t.co/p3gqsuR4xy pic.twitter.com/OSjeKkmmCg

— PlayStation (@PlayStation) April 29, 2025

Sebagai entri utama kelima dalam francais Borderlands, game ini meneruskan kombinasi aksi first-person shooter, elemen RPG dan mod co-op multiplayer yang menjadi tunjang siri ini.

Berlatar di planet baharu bernama Kairos, pemain akan mengikuti kisah empat Vault Hunter baru yang berhadapan dengan diktator kejam bergelar Timekeeper, yang memimpin tentera sintetik dikenali sebagai Order dalam pencarian harta makhluk asing.

Kredit: Gearbox Software

Borderlands 4 menjanjikan pengalaman open world yang lebih lancar tanpa skrin loading antara kawasan, serta memperkenalkan mekanik pergerakan baharu seperti grappling hook, di samping pelbagai pilihan senjata yang mengagumkan.

Gearbox menggambarkan game ini sebagai entri paling besar dan paling bebas dalam sejarah siri ini — dengan suasana lebih gelap, namun tetap mengekalkan gaya humor ikonik yang digemari peminat.

Kredit: Gearbox Software

Game ini boleh dimainkan secara solo atau secara co-op sehingga empat pemain. Ia turut menawarkan skill tree yang lebih mendalam dan sistem combat yang lebih dinamik untuk memberikan pengalaman bermain yang lebih menarik dan bervariasi.

STOP SCROLLING! We're trying to make the news cycle!!!

Borderlands 4 has a 💥 NEW RELEASE DATE 💥 Sep. 12, 2025! https://t.co/Xy0JMcz5X1 pic.twitter.com/iewKcAPpKb

— Borderlands (@Borderlands) April 29, 2025

Dengan pelancaran yang semakin dekat pada September dan sesi pendedahan besar hanya beberapa hari lagi, Borderlands 4 dijangka menjadi antara judul paling penting dalam portfolio Gearbox dan 2K.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Borderlands 4
ShareTweetSend
Previous Post

Gempak Starz Bakal Mengadaptasikan Komik Zint Kepada Filem! Mungkin ‘Speeder?’

Next Post

Daftar Awal Civilization: Eras & Allies Sekarang – Bentuk Sejarah Di Mobile!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Panduan Kod Civilization: Eras & Allies – Senarai Kod Aktif & Cara Menebus!
Panduan

Panduan Kod Civilization: Eras & Allies – Senarai Kod Aktif & Cara Menebus!

June 30, 2025
Kolaborasi Honor of Kings & BLEACH Bermula – 4 Skin Eksklusif Untuk Dapat!
Berita

Kolaborasi Honor of Kings & BLEACH Bermula – 4 Skin Eksklusif Untuk Dapat!

June 30, 2025
Pameran Pertama ‘Love and Deepspace’ Akan Berlangsung di Resorts World Sentosa Mulai 18 Julai!
Pameran/Expo

Pameran Pertama ‘Love and Deepspace’ Akan Berlangsung di Resorts World Sentosa Mulai 18 Julai!

June 30, 2025
Next Post
Daftar Awal Civilization: Eras & Allies Sekarang – Bentuk Sejarah Di Mobile!

Daftar Awal Civilization: Eras & Allies Sekarang – Bentuk Sejarah Di Mobile!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd