POCO memperkenalkan model terbaru dalam barisan telefon bajet mereka – POCO C71, sebuah telefon pintar yang padat dengan ciri premium tetapi ditawarkan pada harga mampu milik. Kini tersedia di kedai rasmi POCO di Shopee, Lazada, dan mi.com, pengguna boleh menikmati harga promosi sehingga 9 Mei 2025:
- RM 269 untuk model 3GB + 64GB (harga asal RM 299)
- RM 319 untuk model 4GB + 128GB (harga asal RM 399)
Tiga pilihan warna ditawarkan – Black, Gold, dan Blue – menjadikannya tampil bergaya dan moden.

Dikuasakan cip lapan teras UNISOC T7250, POCO C71 mencatat peningkatan prestasi sebanyak 83% berbanding model sebelumnya, dengan markah AnTuTu mencecah 266,353.
Ini membolehkan multitasking yang lancar, masa buka aplikasi yang lebih pantas, dan pengalaman mobile gaming yang lebih baik. Ia turut menyokong pengembangan RAM maya sehingga 8GB, memberikan fleksibiliti tambahan untuk storan dan prestasi.

Paparan 6.88 inci beresolusi 1640×720 yang digunakan menawarkan visual yang terang dan luas. Dengan nisbah skrin-ke-badan 90% dan nisbah aspek 20.5:9, ia amat sesuai untuk menonton video atau melayari kandungan.
Kadar penyegaran AdaptiveSync 120Hz memastikan peralihan skrin yang lancar, sementara pensijilan TÜV Rheinland untuk Low Blue Light, Flicker-Free, dan Circadian Friendly – serta sokongan DC dimming – membantu mengurangkan keletihan mata ketika penggunaan berpanjangan.

Kamera utama 32MP dengan teknologi AI pada POCO C71 mampu merakam gambar yang jelas dan tajam, termasuk dalam situasi cahaya rendah berkat sensor yang lebih peka cahaya – menerima 18% lebih cahaya berbanding generasi sebelumnya.
Kamera swafoto 8MP pula dilengkapi dengan ciri Fill Light untuk potret yang terang dan semula jadi, walaupun dalam suasana kurang pencahayaan.

Dengan ketebalan hanya 8.26mm dan susunan kamera yang kemas, POCO C71 menyerlah dengan gaya tanpa mengorbankan ketahanan. Baterinya berkapasiti 5,200mAh mampu menyokong lebih 20 jam tontonan video atau 9 jam bermain game dengan sekali cas, lengkap dengan sokongan pengecasan pantas 15W dan ketahanan jangka panjang hingga 1,000 kitaran pengecasan.
Ciri tambahan seperti pengimbas cap jari di sisi, nyahkunci wajah AI, bicu audio 3.5mm dan port USB Type-C menjadikan peranti ini lebih praktikal untuk penggunaan harian.

Untuk maklumat lanjut, layari mi.com, Shopee, atau Lazada.
@gamersantaimy
Discussion about this post