S-GAME memulakan tahun 2025 dengan tayangan trailer gameplay baharu bertajuk “Year of the Snake” untuk Phantom Blade Zero sempena sambutan Tahun Baru Cina.

Dibangunkan oleh studio China, S-GAME, Phantom Blade Zero adalah tajuk aksi RPG yang diperkaya dengan elemen hack-and-slash. Berlatarkan dunia gelap yang dikenali sebagai Phantom World, pemain mengikuti perjalanan Soul, seorang pembunuh elit dari “The Order.”
Difitnah atas pembunuhan ketua organisasinya, Soul mengalami kecederaan parah tetapi diselamatkan oleh seorang penyembuh mistik yang hanya dapat memanjangkan hayatnya selama 66 hari. Ini memulakan pengembaraan yang penuh emosi, sama ada untuk balas dendam atau penebusan.

Game ini menekankan kelincahan dan pertempuran berasaskan kombo. Dengan sistem kombo dua butang, pemain dapat melancarkan serangan sambil mengurus stamina untuk bertahan dan mematahkan serangan musuh.
Berbeza dengan tajuk berkonsepkan Soulslike, Phantom Blade Zero mengutamakan kelajuan dan kelancaran. Ia juga menawarkan semi-open world, dengan kawasan yang saling berhubung serta aktiviti yang disusun rapi.
Boss Fight Baru: Seven Stars
Pertama sekali, trailer menunjukkan Boss Fight mencabar menentang Seven Stars, kumpulan pahlawan yang dahulunya berjiwa baik tetapi kini menjadi boneka haus darah akibat prosedur gelap Transcension.
Fasa 1

Pemain perlu menentang kesemua tujuh pahlawan secara serentak, yang dikawal oleh seorang ketua utama bernama Chief Disciple. Setiap pahlawan mengenakan jubah putih dengan wajah berlubang, manakala Chief Disciple memakai pakaian biru dengan api ghaib. Kumpulan ini berfungsi sebagai satu entiti, melancarkan serangan pelbagai arah dengan koordinasi dari AI. Kejayaan bergantung pada menewaskan Chief Disciple sambil bertahan daripada serangan mereka.
Fasa 2

Dalam fasa kedua, tiga pahlawan naik ke platform dan mengawal boneka besar, Tyrannical Decree, menggunakan benang merah. Fasa ini memperkenalkan corak serangan baharu yang memerlukan pemain untuk melakukan serangan balas yang tepat dan strategi yang bijak untuk menang.
Senjata Bertemakan Ular
“Year of the Snake” turut memperkenalkan senjata baharu bertemakan ular, masing-masing direka untuk memberikan gaya pertempuran unik dalam game.

White Serpent & Crimson Viper: Sepasang pedang kembar dengan kegunaan yang berbeza. White Python, pedang panjang, bagus untuk serangan luas, manakala Red Viper, pedang pendek, sesuai untuk serangan tepat. Kedua-dua pedang boleh digabungkan untuk peralihan lancar antara serangan dan pertahanan, menekankan kelajuan dan fleksibiliti.

Soft Snake Sword: Sebilah pedang fleksibel seperti cambuk, direka untuk serangan balas. Pemain boleh menggunakan mekanik uniknya, iaitu menahan butang L1 untuk bertahan dan menekan △ pada masa yang tepat untuk perfect parry
Phantom Edges Baharu
Beberapa Phantom Edges unik, artifak misteri dan kuat dalam Phantom Blade Zero, juga tampil dalam gameplay di atas:
Savage Axe: Senjata berat ini menghasilkan tiga serangan yang amat kuat jika dicas sepenuhnya. Namun, pemain perlu berhati-hati kerana masa cas yang lambat boleh mendedahkan mereka kepada serangan musuh.
Ink Cut: Artifak mesra kombo yang bergabung dengan senjata utama Soul, meningkatkan serangan keseluruhan. Ia juga memainkan peranan penting dalam plot, menawarkan kesan unik dalam beberapa pertarungan penting.
Buat masa ini, tarikh pelancaran bagi game ini masih belum diumumkan, tetapi ia sedang dibangunkan untuk PlayStation 5 dan PC. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi.
@gamersantaimy
Discussion about this post