Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Pencipta “One Piece” Eiichiro Oda Memimpin Senarai Mangaka Paling Kaya Di Dunia!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 29, 2024
in Anime, Artikel, Berita, Fakta & Trivia, Manga
0 0
0
Pencipta “One Piece” Eiichiro Oda Memimpin Senarai Mangaka Paling Kaya Di Dunia!
Share on FacebookShare on Twitter

Industri manga telah melalui pelbagai perubahan selama bertahun-tahun, dengan dunia kini memberi lebih perhatian kepada karya-karya ini. Disebabkan itu, pencipta-pencipta terkemuka dari industri memperoleh pendapatan yang semakin besar, dan data terkini menunjukkan bahawa Eiichiro Oda merupakan mangaka paling kaya di seluruh dunia.

Kredit: Shueisha

Maklumat ini disampaikan sewaktu Yen Press menghadiri New York Comic Con baru-baru ini. Di situ, mereka mendedahkan proses bayaran untuk seorang mangaka. Secara purata, mangaka dibayar ¥12,000 bagi setiap halaman yang mereka hasilkan, walaupun jumlah ini bergantung kepada tahap pengalaman.

Mangaka yang baru mungkin menerima lebih rendah, sementara profesional dapat memperoleh kadar yang lebih tinggi. Namun, yang benar-benar meningkatkan pendapatan mangaka ialah royalti daripada jualan manga.

Menurut data yang dikongsikan oleh Kadokawa dan Yen Press, royalti bagi mencipta manga biasanya sekitar 10% untuk setiap jilid yang terjual. Ini bermakna jika sesebuah manga dijual pada harga ¥500 setiap jilid di Jepun, mangaka tersebut akan menerima ¥50 bagi setiap jilid.

Sebagai contoh, jika satu juta jilid terjual, mereka akan menerima royalti sebanyak 50 juta yen.

Q: How much money do manga creators make, out of a ¥500/$4 tankobon/graphic novel?

A: ¥50 or about 40 cents per copy sold in Japan. Royalty income is 10% of sales. If 1 million copies of a manga vol are sold, royalty income is 50 million yen (approx $334,860.30 USD) #NYCC pic.twitter.com/70H4k0dYpE

— Deb Aoki (@debaoki) October 21, 2024

Dengan angka ini, seorang netizen telah mengira mangaka paling kaya berdasarkan jualan mereka.

Tidak mengejutkan, Eiichiro Oda, pencipta One Piece, menduduki tempat pertama dengan sekurang-kurangnya 515 juta salinan dalam edaran. Hanya dari royalti, Oda telah memperoleh kira-kira $206 juta USD. Angka ini tidak termasuk pendapatan lain seperti perlesenan anime, jualan barangan, dan filem, yang menjadikan Oda benar-benar legenda dalam dunia manga.

Eiichiro Oda

Kedua-dua pasangan Fujiko F. Fujio (pencipta Doraemon) dan Takao Saito (pencipta Golgo 13), berada pada kedudukan kedua dengan pendapatan royalti lebih $120 juta USD masing-masing.

Pasangan Fujiko F. Fujio

Dengan pendapatan sekitar $118 juta, Akira Toriyama, pencipta Dragon Ball, mendapat sebahagian besar dari jualan 260 juta jilid manga Dragon Ball.

Akira Toriyama

Untuk senarai penuh mangaka terkaya, berikut adalah nama-nama yang disenaraikan menurut netizen tersebut bersama anggaran pendapatan dalam USD:

  1. Eiichiro Oda – $206,640,000
  2. Fujiko F. Fujio (Duo) – $120,000,000
  3. Takao Saito – $1,200,000,000
  4. Akira Toriyama – $118,000,000
  5. Gosho Aoyama – $114,800,000
  6. Takehiko Inoue – $113,200,000
  7. Masashi Kishimoto – $100,000,000
  8. Rumiko Takahashi – $92,000,000
  9. Mitsuru Adachi – $72,000,000
  10. Osamu Tezuka – $67,064,000

Using this average rate, let’s list the Top 10 richest mangaka of all time!

1. Eiichiro Oda – $206,640,000

Works:
-One Piece (516,600,000 copies in circulation) https://t.co/EE31ZbLvkn pic.twitter.com/XTLXGXnOdu

— Nᴇᴢネズ (@mangaxrepublic) October 21, 2024

Tags: animemanga
ShareTweetSend
Previous Post

Acer Memperkenalkan Swift 14 AI, Harga Bermula RM 4,399!

Next Post

Bleach: Setiap Transformasi Kurosaki Ichigo Dalam Manga & Anime!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Tujuh Game Indie Popular Bakak Keluar Di iPhone & iPad Minggu Ini Termasuk Vampire Crawlers & No Man’s Sky 
iOS

Tujuh Game Indie Popular Bakak Keluar Di iPhone & iPad Minggu Ini Termasuk Vampire Crawlers & No Man’s Sky 

October 12, 2026
Reviu Total War: SHOGUN 2 – Complete Edition – Masa Terbaik Untuk Belajar Tawan Jepun
Review

Reviu Total War: SHOGUN 2 – Complete Edition – Masa Terbaik Untuk Belajar Tawan Jepun

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki
Manga

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki

October 12, 2026
Next Post
Bleach: Setiap Transformasi Kurosaki Ichigo Dalam Manga & Anime!

Bleach: Setiap Transformasi Kurosaki Ichigo Dalam Manga & Anime!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki
Manga

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki

October 12, 2026
NARUTO × NINKŪ – Sebuah Anime Crossover 4 Episod Dengan Karya Yang Ilhamkan Naruto
Anime

NARUTO × NINKŪ – Sebuah Anime Crossover 4 Episod Dengan Karya Yang Ilhamkan Naruto

October 12, 2026
Masashi Kishimoto Kembali Dengan Manga Baru ‘Naruto: Shadow Rising’
Manga

Masashi Kishimoto Kembali Dengan Manga Baru ‘Naruto: Shadow Rising’

October 12, 2026
Selepas 10 Tahun Di Pasaran China, Game Naruto Mobile Akhirnya Akan Keluar Secara Global
Mobile

Selepas 10 Tahun Di Pasaran China, Game Naruto Mobile Akhirnya Akan Keluar Secara Global

October 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd