Seorang warganegara Romania, Calin Mateias; telah di hantar ke U.S. untuk pertuduhan buat Denial of Service (DDoS) kat Blizzard pada tahun 2010. Sebelum ni mamat ni memang dah disyaki terlibat dengan rompakan “hack and rob” kedai komputer Ingram Micro, pada tahun 2004.
Kalau ikut laporan US Department of Justice, tujuan dia buat camtu sebab nak kacau peserta raid lain, sekali dengan ahli raid dia sendiri sebab nak kacau pembahagian loot dan raid spots dalam World of Warcraft.
Pastu dia dah bayar Blizzard dalam $USD29,987 untuk kos yang Blizzard incur untuk setelkan taik yang dia dah buat.
Online alias dia? Dr Mengele; sempena doktor Nazi yang buat eksperimen maut kat tahanan perang.
Lepas dia kena hukuman jel setahun, pertuduhan hack and rob Ingram Micro dia digugurkan..
Tengok, nak main game tapi tak matang. Pastu kalau boleh manjang nak cheat je keje. Ye la ni kira macam cheat la kan? Nak loot punya pasal..
@gamersantaimy
Discussion about this post