Netflix anime telah mengumumkan siri adaptasi anime terbaru iaitu Good Night World! Untuk pengetahuan anda Good Night World merupakan siri manga yang dihasilkan oleh Uru Okabe dan diterbitkan melalui majalah Sunday dan platform MangaONE oleh Shogakukan sejak 2016. Trailer serta poster rasmi siri anime telah pun didedahkan! Anda boleh lihatnya di bawah.

Siri anime ini akan dihasilkan oleh NAZ dan diarahkan oleh Katsuya Kikuchi (The Royal Tutor, Idol Memories). Lebih menarik sekali, dua Vtuber daripada NIJISANJI akan mempersembahkan lagu tema untuk siri ini. Vtuber yang kami maksudkan adalah:
- Kazuha — Black Crack (lagu tema OP)
- Nornis — salvia (lagu tema ED)
Kami pasti anda tertanya-tanya tentang siri ini. Kalau anda ingin tahu, ia mengisahkan tentang sebuah keluarga yang porak-peranda. Tetapi apabila dalam game dalam talian, mereka bekerjasama dengan baik sekali, tanpa mengenali identiti masing-masing. Kalau nak tahu lebih lanjut, kenalah tunggu siri anime ini ditayangkan di Netflix pada 6 Oktober ini!

Berikut adalah sinopsis serta trailer rasmi Good Night World:
Dalam game dalam talian “Planet”, terdapat satu pasukan hebat dengan empat orang pemain. Pasukan ini bernama “The Akabane Family”, dan ahli-ahlinya merupakan keluarga yang hanya wujud dalam game. Walaupun mereka tidak menyedarinya, keempat-empat pemain ini sebenarnya adalah keluarga yang porak-peranda dalam kehidupan sebenar.
Abang yang mengurung diri. Adik lelaki yang berprestasi tinggi. Bapa yang tidak dihormati oleh anaknya sendiri. Ibu yang mengabaikan urusan rumahtangganya sendiri. Mereka tidak tahu apa itu keluarga. Mereka juga tidak tahu bahawa kemesraan keluarga dalam talian mereka hanyalah perasaan yang sekejap. Dan yang paling penting, mereka tidak tahu bahawa mereka adalah keluarga sebenar.
Berpusat pada Keluarga Akabane dalam game “Planet,” cerita ini memaparkan pertempuran melawan raksasa, pertembungan dengan persatuan lain, dan muslihat yang mengelilingi “Black Bird,” objektif akhir game. Kisah ini berubah kerana ia melibatkan dunia sebenar dan keluarga sebenar ini.
Untuk mendapatkan berita menarik tentang anime daripada kami, boleh klik pautan ini!
@gamersantaimy
Discussion about this post