Siri anime Oshi no Ko telah menjadi bualan peminat sejak tayangan episod pertamanya pada April yang lalu. Antara perkara yang sering dibualkan adalah “mata bintang” yang ada pada reka bentuk watak-watak utama, iaitu Ai, Aqua dan Ruby. Ingatkan mata tersebut diturunkan seperti genetik rupa-rupanya tidak.

Dalam episod 7 siri, kita telah lihat Akane yang turut mempunyai mata yang sama apabila dia meniru gaya Ai. Jadi ternyata mata bintang itu bukanlah sesuatu yang boleh didapatkan melalui genetik, dan sesiapa sahaja boleh mempunyainya.

Persoalannya sekarang, apakah sebenarnya mata bintang tersebut, dan mengapa ia mempunyai dua jenis warna, cerah dan gelap? Jom kita lihat sedikit sebanyak mengenai teori mata bintang ini dalam siri Oshi no Ko.
Amaran! Ada spoiler manga Oshi no Ko!
Dalam salah satu bab terbaharu manga, kita telah mendapat pendedahan mengenai mata bintang tersebut. Dikatakan bahawa mata tersebut merupakan “deceptive eyes“, yang boleh menjadikan penipuan kelihatan seperti kebenaran. Sesuatu kualiti yang terbaik untuk seorang pelakon malah hanya beberapa orang dalam industri hiburan sahaja yang mempunyai mata tersebut.

Kita telah melihat dua jenis mata bintang, satu cerah dan satu gelap. Apakah perbezaan antara kedua-dua mata ini?
Ada teori mengatakan bahawa mata tersebut boleh berubah mengikut motivasi watak. Sebagai contoh Aqua. Kita melihat kedua-dua matanya mempunyai bintang gelap apabila dia ingin membalas dendam kepada bapanya. Ruby juga melalui perkara yang sama apabila dia mendapat tahu bahawa doktornya telah dibunuh dan ingin mencari pembunuh itu. Tetapi jika mereka tidak fikir menunjukkan emosi negatif, mata bintang mereka kembali cerah. Jadi teori mengenai emosi itu nampaknya masuk akal juga. Ia juga dibuktikan melalui siri manga.

Kalau anda sedar, mata bintang Akane hanya keluar semasa dia berlakon tetapi apabila dia tidak melakukan apa-apa, mata tersebut hilang. Lain pula dengan keadaan Ai, Aqua dan Ruby di mana, mata bintang mereka sentiasa aktif. Maknanya mereka telah menipu orang sepanjang masa.

Kita sedia maklum bahawa Aqua dan Ruby masing-masing mempunyai kehidupan lalu mereka sebagai Gorou Amamiya dan Sarina Tendouji. Tidak mahu untuk mendedahkan identiti mereka yang lepas, mereka kini hidup sebagai anak Ai. Sehingga sekarang tiada sesiapa tahu mengenai kehidupan lalu mereka kecuali “gadis gagak” yang menemui mereka berdua.

Tetapi kisah di sebalik mata Ai masih lagi belum didedahkan sepenuhnya. Ya, kedua-dua matanya sentiasa cerah dalam anime sehinggalah nyawanya diambil. Rupa-rupanya, ada satu masa di mana matanya telah bertukar gelap apabila dia mendedahkan dirinya yang sebenar semasa penggambaran dokumentari B-Komachi.

Apa yang dirakam pada waktu itu masih lagi misteri. Yang pasti sesuatu yang betul-betul gelap telah berlaku pada Ai yang menyebabkan matanya bertukar gelap. Tidak sabar untuk lihat bagaimana Aka Akasaka mengembangkan lagi kisah tentang Ai serta anak-anaknya.
Oshi no Ko sedang ditayangkan melalui Netflix, bilibili dan iQIYI. Manga juga boleh dibaca secara percuma melalui Manga Plus. Jangan lupa untuk mengikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak liputan menarik tentang anime, game, filem dan lain-lain.
@gamersantaimy
Discussion about this post