Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Anime “brutal+matang” Bastard Season 2 akan tiba di Netflix pada tahun ini!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
January 10, 2023
in Anime, Artikel, Berita, Manga
0 0
0
Anime “brutal+matang” Bastard Season 2 akan tiba di Netflix pada tahun ini!
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, Netflix mengumumkan bahawa anime Bastard!! Heavy Metal, Dark Fantasy Season 2 akan disiarkan di platform streaming pada tahun 2023 di mana musim baharu diberi tajuk bertajuk Bastard!! Ankoku no Hakaishin: Jigoku no Chinkonka-hen (BASTARD!! -Heavy Metal, Dark Fantasy- Requiem of Hell Arc).

Malangnya, tarikh keluaran tepat tidak diberi, tetapi Netflix telah mengeluarkan trailer istimewa, dan reka bentuk bagi watak baharu. Pada masa yang sama, di bawah adalah poster seni rasmi untuk Bastard Season 2 dan menampilkan Dark Schneider dan Kall-Su, dengan Tia Noto Yoko di belakang mereka.

Trailer rasmi

Semasa pembentangan tentang anime Bastard Season 2, reka bentuk baharu untuk watak turut muncul. Selain daripada Dark Schneider, Tia Noto Yoko, Kall-Su, dan Gara, beberapa orang baru akan muncul termasuk Yngwei von Mattström (Junichi Suwabe), Zion Sol Vanderverg (Koji Yusa), Joshua Belaira (Takuma Terashima) dan Nils John Mifune (Show Hayami).

Bagi mereka yang tidak tahu, Bastard!! Heavy Metal, Dark Fantasy ialah siri manga Jepun yang ditulis dan diilustrasikan oleh Kazushi Hagiwara. Ia mula disirikan dalam Weekly Shonen Jump terbitan Shueisha pada tahun 1988, dan diteruskan dalam Ultra Jump sejak tahun 2000.

Pada empat abad yang lalu, Bumi mengalami malapetaka disebabkan oleh syaitan Anthrasax sebelum dia dibunuh oleh Dragon Knight, lalu membawa dunia ke zaman kegelapan baru.

Pada masa kini, Kerajaan Metallicana diserang oleh Dark Rebel Army yang berusaha untuk menghidupkan semula Anthrasax. Ini memaksa High Priest untuk meminta anak perempuannya membangunkan Dark Schneider, seorang ahli sihir gelap dan pengasas Dark Rebel Army yang hidup semula dalam tubuh Lucien Renlen yang berusia 14 tahun.

Lama kelamaan, rakan-rakan Dark belajar tentang sifat sebenar dan kaitannya dengan malapetaka yang menimpa Bumi.

Bagi sesiapa yang berminat, Bastard Season 1 kini boleh ditonton sepenuhnya di Netflix. Jadi jangan lupa tonton untuk tahu perkembangan Dark Schneider.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animeBastard Season 2netflix
Previous Post

Solo Leveling Akan Hadir Dengan Bab Khas, Penghormatan Kepada Dubu! [UPDATE]

Next Post

Jumpa Masahiro Inoue, pelakon Kamen Rider Decade di Times Square pada 10 – 12 Feb!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Jumpa Masahiro Inoue, pelakon Kamen Rider Decade di Times Square pada 10 – 12 Feb!

Jumpa Masahiro Inoue, pelakon Kamen Rider Decade di Times Square pada 10 - 12 Feb!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd