Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Kingston FURY Beast menambah modul DDR5 AM5, khas untuk pengguna AMD!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 30, 2022
in Artikel, Berita, Desktop, Hardware, Teknologi
0 0
0
Kingston FURY Beast menambah modul DDR5 AM5, khas untuk pengguna AMD!
Share on FacebookShare on Twitter

Kingston FURY (divisi gaming di bawah Kingston Technology) telah mengumumkan pelancaran memori Kingston FURY Beast DDR5 AM5 dan Kingston FURY Beast DDR5 AM5 RGB — tambahan modul DDR5 terbaru yang diperakui AMD EXPO dalam senarai produk.

Untuk menyediakan pilihan terkini kepada para gamer dan peminat teknologi, memori gamin terbaru Kingston dioptimumkan untuk platform AMD AM5 terkini.

Bersama AMD EXtended Profile untuk Overclocking, memori Kingston FURY Beast DDR5 AM5 menawarkan solusi overclock yang mudah dengan dua profil yang sudah diselaraskan, dengan satu profil boleh ubahsuai, untuk membolehkan pengguna mencapai kelajuan agresif sehingga 6,000MT/s1 tanpa penalaan tambahan.

Barisan memori Kingston FURY Beast menampilkan reka bentuk “heat spreader” berprofil rendah, dengan on-die ECC (ODECC) untuk kestabilan lebih baik apabila mencapai kelajuan yang melampau, dan Power Management Integrated Circuits (PMIC) pada modul bagi pengagihan kuasa yang lebih baik.

Tidak kisah dalam apa jua keadaan seperti bermain game pada tetapan yang melampau, membuat siaran langsung pada resolusi 4K+, atau menghasilkan animasi besar dan 3D rendering, memori Kingston FURY Beast DDR5 sepatutnya dapat menyampaikan prestasi yang diperlukan.

“Sebagai pembekal modul DRAM no.1 di dunia, Kingston sentiasa berusaha untuk membawa teknologi terkemuka industri dan produk berkualiti tinggi kepada pelanggan kami.”

“Pengguna boleh percaya bahawa memori Kingston FURY Beast DDR5 AM5 adalah apa yang diperlukan oleh sistem AMD AM5 mereka untuk memaksimumkan prestasi sambil mengekalkan kestabilan.”

kata Kingston.

Barisan FURY Beast menyediakan dua pilihan profil overclocking untuk dibeli, yang menampilkan teknologi Intel XMP dan AMD EXPO. Kedua-dua Kingston FURY Beast DDR5 dan Kingston FURY Beast DDR5 RGB (yang diperakui AMD EXPO) kini tersedia dalam modul tunggal 16GB dan kit 32GB.

Semua produk memori Kingston FURY disokong oleh waranti seumur hidup yang ditawarkan untuk masa yang terhad. Malangnya, harga rasmi di Malaysia tidak diumumkan lagi, tetapi korang boleh merujuk pautan yang saya sediakan di atas.

Untuk segala liputan kami tentang produk Kingston, sila tekan pautan ini.

Tags: DDR5KingstonKingston FURY Beast
Previous Post

Sackboy: A Big Adventure diumumkan, bakal tiba di PC pada 27 Oktober ini!

Next Post

Armor Wars Bukan Lagi Sebuah Siri Disney+, Marvel Studios Ubahnya Kepada Filem!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Stranger Than Heaven Bakal Tiba Januari 2027, Tupac Shakur Turut Muncul Dalam Game!
Berita

Stranger Than Heaven Bakal Tiba Januari 2027, Tupac Shakur Turut Muncul Dalam Game!

June 6, 2026
Stellar Blade Dedahkan Sekuel “BLOOD RAIN”
Berita

Stellar Blade Dedahkan Sekuel “BLOOD RAIN”

June 6, 2026
Capcom Umum Remake Resident Evil Veronica, Akan Datang Tahun 2027
Remake

Capcom Umum Remake Resident Evil Veronica, Akan Datang Tahun 2027

June 6, 2026
Next Post
Armor Wars Bukan Lagi Sebuah Siri Disney+,  Marvel Studios Ubahnya Kepada Filem!

Armor Wars Bukan Lagi Sebuah Siri Disney+, Marvel Studios Ubahnya Kepada Filem!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd