Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Kemas kini Genshin Impact 2.7 rasmi ditunda, tarikh baru akan diberitahu kelak!

Maira by Maira
April 29, 2022
in Android, ARPG, Artikel, Berita, Game, iOS, Mobile, PC, PS4, PS5
0 0
0
Kemas kini Genshin Impact 2.7 rasmi ditunda, tarikh baru akan diberitahu kelak!
Share on FacebookShare on Twitter

Nampaknya pemain Genshin Impact perlu bersabar untuk mendapatkan kandungan baru game tersebut. Melalui Twitter Genshin Impact, kemas kini versi 2.7 game itu akan ditunda. Masih tiada lagi tarikh rasmi bila kemas kini 2.7 Genshin Impact itu akan tersedia.

Dear Travelers,

Due to project progress, the Version 2.7 update will be postponed.
For detailed information on the date of the new update, content adjustment plan, and compensation, please stay tuned for upcoming announcements.#GenshinImpact pic.twitter.com/FiiGQyJO1G

— Genshin Impact (@GenshinImpact) April 29, 2022

Melalui tweet sama, pihak pembangun akan memberikan maklumat lanjut mengenai tarikh rasmi kemas kini secepat mungkin. Ia juga termasuk dengan pelan kandungan serta memberikan pampasan kepada semua pemain. Mungkin pampasan yang diberikan berbentuk primo gem, mora atau hero’s wit. Pemain juga perlu mengikuti perkembangan lanjut melalui akaun media sosial Genshin Impact.

Perkara mengenai penundaan kemas kini sebenarnya telah pun dicoborkan oleh beberapa pemain. Jadi, memang ramai pemain yang menduga perkara seperti ini akan berlaku. Ada juga yang mengaitkannya dengan keadaan COVID-19 yang berlaku di Shanghai, China. Harap-harap segalanya berjalan dengan baik dan pemain juga dapat bermain kandungan baru dalam Genshin Impact.

Kemas kini 2.7 Genshin Impact akan memaparkan dua watak terbaru iaitu Yelan dan Kuki Shinobu. Yelan merupakan watak 5 bintang Hydro yang menggunakan busur manakala Kuki pula hadir sebagai watak 4 bintang Electro, yang merupakan timbalan ketua Arataki Gang. Dia juga mungkin berkongsi banner bersama ketuanya, Arataki Itto. Sementara menunggu kemas kini terbaru, pemain bolehlah sertai acara Ley Line Overflow. Boleh kumpul semula mora untuk digunakan untuk watak yang akan datang. Ia berlangsung sehingga 5 Mei ini.

Untuk mendapatkan liputan lain mengenai Genshin Impact daripada kami, sila klik pautan ini.

Tags: Genshin Impact 2.7Update
Previous Post

Gayakan setup anda bersama aksesori terbaru Secretlab MAGNUS Metal Desk

Next Post

Dapatkan kad ahli versi Ultraman Ribut eksklusif di Kinokuniya Malaysia!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Project GT – Sebuah Game Lumba Anime RPG Di Mana Kita Mengawal ‘Car-Girl’
Berita

Project GT – Sebuah Game Lumba Anime RPG Di Mana Kita Mengawal ‘Car-Girl’

June 12, 2026
Marvel Rivals – Season 8.5 Rasmi Dilancarkan, Memperkenalkan Cyclops, Mod 18v18 & Acara Baru
Berita

Marvel Rivals – Season 8.5 Rasmi Dilancarkan, Memperkenalkan Cyclops, Mod 18v18 & Acara Baru

June 12, 2026
Demo Echoes of Aincrad Sedia Untuk Main Bermula 15 Jun 2026
Demo

Demo Echoes of Aincrad Sedia Untuk Main Bermula 15 Jun 2026

June 12, 2026
Next Post
Dapatkan kad ahli versi Ultraman Ribut eksklusif di Kinokuniya Malaysia!

Dapatkan kad ahli versi Ultraman Ribut eksklusif di Kinokuniya Malaysia!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd