Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Preview The Elder Scrolls Online: High Isle – Mendalami sejarah warga Breton

Razin Syafiq by Razin Syafiq
April 15, 2022
in Artikel, Berita, MMO, PC, PS4, PS5, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Preview The Elder Scrolls Online: High Isle – Mendalami sejarah warga Breton
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas memberi teaser pada awal tahun 2022, Zenimax Online Studios akhirnya telah mendedahkan expansion The Elder Scrolls Online: High Isle yang bakal membawa pemain ke Systres Archipelago yang belum pernah diterokai sebelum ini. Sempena itu, kami dapat dapat untuk menulis preview tentang Elder Scrolls Online: High Isle yang merupakan lokasi bagi perundingan diplomatik demi menamatkan “Three Banners War”.

Latar belakang

High Isle adalah sebahagian daripada kisah epik The Elder Scrolls Online: The Legacy of the Bretons, yang menyelam lebih jauh ke dalam kaum Nedic dan Aldmeri yang tinggal di High Rock. Dari mata kasar, Breton bukanlah kaum paling eksotik di Tamriel (salah satu pulau terbesar dalam ESO) tetapi lebih sesuai dengan persekitaran High Isle yang bersifat sebagai “fantasi zaman pertengahan tradisional”. Secara tidak langsung, ia memberi pengalaman yang sangat berbeza daripada kebanyakan kandungan sebelum dalam ESO.

Ini kerana ESO telah menghasilkan banyak konsep cerita berjenis ‘ancaman kosmik’ di mana putera Daedric datang untuk memusnahkan dunia, tetapi ini berasaskan realiti dan lebih tertumpu kepada politik dunia sebenar.

Tumpuan naratif kali ini adalah tentang persidangan oleh Society of the Steadfast yang bertujuan untuk menamatkan “Three Banners War”, sebuah konflik berpanjangan antara Ebonheart Pact, Daggerfall Covenant dan Aldmeri Dominion. Sama seperti di dunia sebenar, tidak semua orang suka tentang prospek keamanan, dan sebuah kumpulan misteri yang dikenali sebagai Ascendant Order, atas sebab-sebab yang tidak diketahui, bertekad untuk membuat huru-hara di persidangan.

Apa yang baru?

The Elder Scrolls Online: High Isle akan bermula pada bulan Mac dengan DLC Ascending Tide, yang akan menambah dua dungeon dan menetapkan naratif dan latar belakang kisah High Isle (akan dilancarkan pada Jun 2022). Selain itu, sepasang watak baru – seorang warga Khajiit bernama Ember dan seorang kesatria Breton bernama Isobel – akan membantu kita.

Buat masa ini, saya hanya tahu tentang Dreadsail Reef yang merupakan 12-player Trial dengan 3 bos unik. Kita diberi tugas oleh NPC untuk menangani masalah lanun di Systres Archipelago. Saya tidak akan memberi spoiler, tetapi ia serupa dengan Rockgrove Trial yang pernah diadakan sebelum ini.

Satu lagi tambahan besar ialah permainan kad koleksi bernama Tales of Tribute yang dimainkan sepenuhnya dalam Elder Scrolls Online. Game ini boleh dimainkan hampir di mana-mana Tavern di Tamriel sama ada bersama “player-to player” atau “group matchmaking” —dan menawarkan kedua-dua PvP (termasuk Ranked) dan jalan cerita single-player yang boleh dimajukan dengan mencabar NPC tertentu .

Pemain akan mendapat empat “starter deck” selepas melengkapkan tutorial Tales of Tribute dan akan unlock “patron deck” dan kad unik yang boleh dinaik taraf semasa mereka meneroka game dan menyelesaikan misi yang berkaitan. Selain itu, korang memperoleh ganjaran termasuk kosmetik, bahan untuk “crafting”, dan emas setiap kali memenangi perlawanan.

Satu aspek tentang Tales of Tribute yang memisahkannya daripada kebanyakan CCG lain ialah beginner tidak akan mengalami kesusahan—sekurang-kurangnya secara mekanikal—apabila mereka berhadapan dengan pemain veteran yang telah mengumpulkan setiap kad dalam permainan. Apabila perlawanan bermula, setiap pemain memilih dua dek untuk dimainkan: Kad tersebut semuanya dikocok bersama, dan kedua-dua pemain bermain dari dek yang dikongsi.

Jadi ia lebih kepada strategi anda, dan bukannya – ‘Saya mempunyai kad terbaik, saya akan menang sepanjang masa’.

The Elder Scrolls Online: High Isle akan dilancarkan pada 6 Jun untuk PC dan 21 Jun pada konsol. Untuk mengetahui lebih lanjut, sila layari laman web rasmi elderscrollsonline.com.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: mmoPreviewThe Elder Scrolls Online: High Isle
Previous Post

Interview The Elder Scrolls Online: High Isle – Proses di sebalik tabir expansion terbaru

Next Post

Model realistik Sora tidak akan kekal sepanjang game Kingdom Hearts 4

Next Post
Model realistik Sora tidak akan kekal sepanjang game Kingdom Hearts 4

Model realistik Sora tidak akan kekal sepanjang game Kingdom Hearts 4

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd