Kini Malaysia dilanda dengan isu anti-vaksin, dimana ini merupakan golongan yang memilih untuk tidak memberikan vaksin kepada anak-anak mereka, kerana sebab-sebab seperti keagamaan dan kepercayaan bahawa vaksin boleh mendatangkan autism dan sebagainya.
Terkini, ramai pemain game simulasi Plague Inc. telah menandatangan satu petisyen di Change.org yang memberikan tekanan kepada pembangun game ini iaitu Ndemic Creations untuk memasukkan golongan anti-vaksin dalam permainan ini. Ini adalah respon mereka:
Ok, fine! 😛 If this petition gets to 10k, will add a specific new anti-vaxxer scenario to Plague Inc. https://t.co/DJjmRFpOMa
— After Inc. – What happens after Plague Inc.? (@NdemicCreations) February 24, 2019
Awal minggu ini ia telah pun mencapai sasarannya, dan pada masa penulisan ini, ia telah pun mencapai sebanyak 22,000 penyokong. Petisyen ini memiliki penerangan yang mudah: “Anti-vaxxers are stupid”. Nampaknya, permintaan pemain game ini bakal menjadi kenyataan:
Alright, alright! You spoke, we listened. Neurie's very happy to hear that we're going to start figuring out anti-vaxxers soon. He's dying to try and get inside their heads. https://t.co/fYq09awgJc pic.twitter.com/Sof0aJE0yw
— After Inc. – What happens after Plague Inc.? (@NdemicCreations) February 26, 2019
Buat masa ini tiada maklumat bagaimana pihak Ndemic akan memasukkan golongan anti-vaksin di dalam permainan; tetapi pencipta game ini James Vaughn memberitahu Eurogamer yang mereka ada beberapa idea yang boleh dicuba ke atas algorithm permainan ini. Cabaran terbesar mereka nanti adalah sekiranya dalam simulasi tersebut, warga dunia berhenti mengambil vaksin; ia akan menjadi senang untuk menang kerana virus ataupun pathogen merbahaya anda boleh membiak ke seluruh dunia dengan mudah!
Kepada yang belum tahu, Plague Inc. adalah permainan simulasi di mana pemain perlu menyebarkan virus ke serata dunia, bermula dengan “patient zero”. Algorithm-nya sangat realistik, anda perlu cuba memainkannya!
Sumber: Polygon.
@gamersantaimy
Discussion about this post