Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

University of Nottingham Malaysia menggunakan NVIDIA DGX A100 untuk memajukan penyelidikan dan pengajaran AI

Razin Syafiq by Razin Syafiq
January 20, 2022
in Artikel, Berita, Hardware, Teknologi, Tempatan
0 0
0
University of Nottingham Malaysia menggunakan NVIDIA DGX A100 untuk memajukan penyelidikan dan pengajaran AI
Share on FacebookShare on Twitter

Pada hari ini, NVIDIA telah mengumumkan bahawa University Nottingham Malaysia (UNM) sebagai organisasi pertama di negara ini yang menggunakan sistem NVIDIA DGX A100 untuk menyediakan pengkomputeran prestasi tinggi (HPC) yang diperlukan untuk penyelidikan, pengajaran dan pembelajaran kecerdasan buatan (AI).

Sistem DGX akn mula beroperasi pada akhir Februari, dan pihak UNM menjangkakan untuk melihat hasil yang lebih tinggi dan peningkatan kecekapan untuk penyelidikan bagi ahli akademik, termasuk pelajar prasiswazah dan pasca siswazah.

UNM ialah salah satu daripada dua cawangan universiti swasta University of Nottingham yang diasaskan pada tahun 1881. Kampus ini banyak terlibat dalam penyelidikan untuk menangani cabaran global dalam beberapa bidang, yang semuanya memerlukan kuasa sumber pengkomputeran. Usaha ini termasuk AI dan analisis data lanjutan seperti penglihatan komputer, pembelajaran mesin dan pengiraan saraf.

UNM Malaysia

Kumpulan penyelidik khas UNM yang tersokong turut menumpu pada beberapa bidang seperti membangunkan masyarakat mampan, keterangkuman di tempat kerja, nanoteknologi dan pengilangan pintar. Asia Research Institute Malaysia, Centre for Green Technologies, Future Food Malaysia, and Institute for Aerospace Technology adalah antara pengguna yang lain.

Projek penyelidikan di UNM bergantung pada teknik AI yang moden, terutamanya pembelajaran mendalam, dan menggunakan teknik berasaskan simulasi dalam pelbagai bidang aplikasi yang besar.

Untuk menangani permintaan pengiraan berat, UNM akan beralih kepada NVIDIA DGX A100, satu sistem universal untuk semua bebanan kerja AI dengan prestasi AI sebanyak lima petaflop (operasi titik terapung bagi setiap saat) untuk ketumpatan pengiraan, prestasi dan fleksibiliti. Menggunakan teknologi GPU (unit pemprosesan grafik) Multi-Instance NVIDIA, UNM akan dapat memperuntukkan keupayaan pengkomputeran secara fleksibel untuk merentas setiap bebanan kerja AI, menyokong penyelidik individu dan juga kumpulan yang besar.

Tahap Fleksibiliti Unik untuk Kes Penggunaan 

Tomas Maul, Profesor Madya di Fakulti Sains dan Kejuruteraan di UNM berkata:

“NVIDIA DGX A100 sangat menarik kerana ia menggabungkan jumlah besar GPU berkuasa yang boleh dikonfigurasikan semula dan digabungkan dalam pelbagai cara mengikut keperluan pengguna. Ia menawarkan tahap fleksibiliti unik yang boleh memenuhi spektrum luas kes penggunaan kami, daripada penyelidik dengan bebanan kerja individu yang berat, kepada kelas besar pelajar sarjana, masing-masing dengan bebanan kerja yang lebih kecil.”

Sistem DGX A100 akan membantu UNM untuk memusatkan penyelesaian HPC/GPU dan menawarkan lebih fleksibiliti kepada ahli akademik dan pelajarnya untuk mempercepatkan lagi hasil penyelidikan.

Melanjutkan Keupayaan AI

Sains data kini merupakan komponen teras industri komersial, manakala permintaan untuk saintis data yang bermahir tidak dapat dipenuhi. Industri semakin banyak bergantung kepada universiti untuk menyediakan graduan yang lebih mahir.

NVIDIA DGX A100 akan digunakan untuk membantu memajukan lagi keupayaan AI komuniti penyelidikan universiti melalui NVIDIA Deep Learning Institute, yang menyediakan alatan pembelajaran kendiri untuk memajukan pengetahuan dalam bidang seperti AI, pengkomputeran dipercepatkan, sains data dipercepatkan, grafik dan simulasi.

Profesor Andy Chan, Naib Provos di Penyelidikan dan Pertukaran Ilmu di UNM, berkata “UNM menyediakan persekitaran yang sangat kondusif untuk penyelidikan kami, yang merangkumi bidang seperti pengiraan saintifik, mekanik bendalir, AI dan analisis data serta yang boleh memaklumkan idea baharu dalam perancangan bandar, alam sekitar dan penderiaan jauh. Kami juga mempunyai banyak sokongan IT, yang penting memandangkan semua komputer berprestasi tinggi yang digunakan untuk menjalankan penyelidikan kami. Ini menyediakan persekitaran yang produktif untuk kami bekerja.”

Dennis Ang, pengarah kanan perniagaan perusahaan untuk rantau Asia Pasifik, Operasi Lapangan Seluruh Dunia di NVIDIA, berkata “Masalah hari ini jauh lebih kompleks dan memerlukan kepakaran merentas domain serta set data yang sangat besar. AI kini merupakan sebahagian daripada aliran kerja penyelidikan HPC tradisional yang berkembang pesat. Dengan NVIDIA DGX A100, komuniti penyelidikan University of Nottingham Malaysia akan mempunyai kuasa HPC untuk memacu projek mereka dengan lebih cekap dan pantas untuk menjadikan dunia tempat yang lebih baik.”

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: NVIDIA DGX A100University of Nottingham Malaysia
Previous Post

Siapakah ibu Metal Lee? – Teori tentang anak & isteri Rock Lee

Next Post

[Review] Scream – Filem slasher terbaru dengan jenaka menarik!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
[Review] Scream – Filem slasher terbaru dengan jenaka menarik!

[Review] Scream - Filem slasher terbaru dengan jenaka menarik!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd