Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

5 Watak Anime yang Terlalu Kuat sampai Tak Masuk Akal!

Hati-hati ada spoiler ya kawan-kawan.

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 6, 2019
in Anime, Artikel, Berita
0 0
0
5 Watak Anime yang Terlalu Kuat sampai Tak Masuk Akal!
Share on FacebookShare on Twitter

Apabila kita lihat jumlah anime yang ada di bumi kita ini, pasti banyak watak yang hebat-hebat dan berkuasa tinggi kan. Kadang-kala mereka begitu kuat sehingga mudah untuk peminat fikir mereka ialah watak terkuat dalam dunia anime.

Di sini, saya menyeneraikan watak-watak anime terkuat, dan berdasarkan populariti mereka di kalangan peminat anime, saya telah memilih 5 daripada mereka untuk senarai ini. Satu lagi peringatan, tiada urutan istimewa atau ranking tau dan ini hanya berdasarkan pendapat saya sahaja.

Monkey D. Luffy (One Piece)

Luffy sudah ternyata kuat, dan cukup popular di kalangan peminat anime. Raja pada masa akan datang untuk harta karun One Piece, budak getah ini tergolong dalam barisan watak terkuat dalam dunia anime. Setelah mengalahkan Katakuri, kekuatannya telah melonjak dengan banyak. ‘Observation Haki‘ Luffy telah berevolusi menjadi sesuatu yang lebih hebat.

Dia kini boleh meramalkan langkah lawannya dengan melihat beberapa saat ke masa depan. Kuasa ini digabungkan dengan ‘Gear Fourth‘ baru iaitu ‘Snake Man‘, menjadikan watak One Piece ini lebih kuat, serta salah satu watak anime yang terkuat.

Saitama (One-Punch Man)

Bagaimana jika korang hanya perlukan satu tumbukan untuk mengalahkan mana-mana musuh yang datang menyerang? Itulah gaya super-hero Saitama, protagonis kepada siri anime One–Punch Man. Saitama mengalahkan hampir setiap lawannya dengan satu pukulan sahaja. Maklum tahu bahawa dia tidak pernah mengeluarkan satu titik peluh ketika berlawan sehingga kini. Dengan musim 2 baru sahaja tamat, anime ini memang popular dan Saitama mendapat anugerah sebagai salah satu watak terkuat yang boleh mengalahkan sesiapa sahaja dengan satu tumbukan.

Saya sering terlihat post di media sosial yang membayangkan Saitama berlawan Goku. Agaknya siapalah yang akan menang kan? Selain itu, mohon semua sabar dan menunggu berita tentang musim 3 pula. Nak sangat tengok sambungan Garou. Tapi siapa yang baca webcomic atau manga, tahulah ceritanya macam mana kan.

Naruto Uzumaki (Naruto)

Tidak ada seorang peminat anime yang tidak kenal watak popular ini. Uzumaki Naruto dari Konoha juga dikatakan sebagai salah satu watak anime terkuat dan pasti mempunyai berjuta-juta peminat di seluruh dunia. Naruto, tuan kepada Kyuubi/ Kurama (Jinchuriki Sembilan Ekor ), mahir dalam pelbagai teknik ninja. Dia bukan sahaja mempunyai kawalan yang lebih bagus ke atas chakranya, tetapi dia antara yag terhebat apabila datang kepada Taijutsu.

Kuasa beliau meningkat ke tahap yang besar apabila dia masuk ke mode Chakra Nine Tails. Apabila dia bertukar kepada mode Sage of Six Path, tidak hairanlah kuasanya terus melonjok gila, lantas berjaya mengukuhkan tempatnya sebagai salah satu watak anime terkuat.

Goku (Dragon Ball)

Goku adalah salah satu watak anime yang paling dikenali sebelum datangnya Luffy dan Naruto. Kuasa istimewa ‘Kamehameha‘nya dianggap sebagai salah satu kuasa paling disukai oleh berjuta-juta peminat anime. Mustahil untuk berbincang tentang ‘karakter anime terkuat’ tanpa menyebut Goku. Wira Dragon Ball ini telah meninggalkan impak kepada hampir setiap peminat anime dengan kekuatannya yang luar biasa. Beliau telah mengagumkan orang ramai dengan kemahiran baru seperti Super Saiyan God dan Super Saiyan Blue.

Abiliti baru ‘Ultra Instinct‘ telah menaikkan kuasanya ke tahap yang lebih gila dan menangkap perhatian semua peminat anime sekali lagi. Dengan kuasa dan kekuatan yang luar biasa ini, watak Dragon Ball ini mungkin watak pertama yang kita fikirkan jika topik tentang watak anime yang kuat.

Zeref Dragneel (Fairy Tail)

Dianggap sebagai Dark Wizard paling kuat di dunia anime, lelaki dari anime Fairy Tail ini terlalu kuat daripada aspek kekuatan sihir jika dibandingkan dengan karakter anime lain di luar sana. Selain daripada menjadi abang kepada Natsu Dragneel, Zeref juga mendapat perhatian ramai peminat anime kerana kekuatan hebatnya dan kemahiran sihirnya yang luar biasa. Sihir hitam Ankhseram yang dikenakan atas Zeref boleh membunuh mana-mana makhluk hidup.

Beliau telah menguasai segala jenis sihir hitam dan juga pencipta kepada banyak Demon yang kuat, antaranya ialah E.N.D (Etius Natsu Dragneel), yang merupakan paling kuat. Dengan sumpahan nyawa abadi, fakta ini membawa Zeref ke tahap yang lain, menjadikannya salah satu ahli sihir yang paling kuat dalam anime.

 

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animeDragon BallFairy TailgokuMonkey D.LuffynarutoNaruto Uzumakione pieceOne Punch ManSaitamaTerlalu KuatWatak AnimeZeref Dragneel
Previous Post

Beta 0.14.0 PUBG MOBILE menampilkan Mod Zombi Terbaru!

Next Post

Kini Pengguna Streamyx Berpeluang menggunakan Unifi Lite bermula September ini!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Reviu Elden Ring Nightreign – Kemenangan Itu Masih Indah Walau Banyak Menderita
Review

Reviu Elden Ring Nightreign – Kemenangan Itu Masih Indah Walau Banyak Menderita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Metal Gear Solid Δ: Snake Eater – Gameplay Baru Fokus Kepada Cobra Unit & Mini Game
Berita

Metal Gear Solid Δ: Snake Eater – Gameplay Baru Fokus Kepada Cobra Unit & Mini Game

June 5, 2025
Next Post
Kini Pengguna Streamyx Berpeluang menggunakan Unifi Lite bermula September ini!

Kini Pengguna Streamyx Berpeluang menggunakan Unifi Lite bermula September ini!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025
Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

May 26, 2025
Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year
Anime

Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year

May 26, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd