Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

5 siri Kamen Rider Terbaik untuk kamu yang baru mula nak terjebak!

Henshin! *bertukar*

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 15, 2019
in Anime, Artikel, Berita
0 0
0
5 siri Kamen Rider Terbaik untuk kamu yang baru mula nak terjebak!
Share on FacebookShare on Twitter

Siri Kamen Rider atau Masked Rider adalah francais media manga, rancangan televisyen dan filem tokusatsu, yang dicipta oleh artis manga Shotaro Ishinomori. Secara umum, Kamen Rider ialah seorang superhero berasaskan serangga yang menunggang motosikal dan melawan raksasa jahat dipanggil Kaijin. Francais ini bermula pada tahun 1971 dengan siri televisyen Kamen Rider, yang mengikuti kisah pelajar Takeshi Hongo dan usaha beliau untuk mengalahkan organisasi Shocker yang ingin menakluk dunia.

Popularitinya telah meningkat dan kemudian, menghasilkan pelbagai sekuel rancangan televisyen dan filem yang memberi kesan mendalam kepada genre aksi superhero di Jepun. Di sini, mungkin terlalu ramai yang tahu tentang Kamen Rider, tetapi bagi korang yang baru mula menonton, saya ada beberapa siri yang ingin mengesyorkan kepada kamu!

Kamen Rider 555

Siri ini berlangsung di sebuah dunia di mana makhluk-makhluk yang dikenali sebagai Orphenochs mula muncul. Orphenochs adalah perubahan seterusnya dalam evolusi manusia dan dikenalkan sebagai sesuatu makhluk yang bakal menggantikan manusia suatu hari nanti. Seorang pemuda, Takumi Inui, secara tidak sengaja ditarik ke dalam konflik antara Orphnoch dengan manusia dan menjadi Kamen Rider Faiz untuk menyelamatkan nyawa jutaan orang. Siri ini popular kerana mengisahkan seorang wira sunyi yang akan mencari makna sendiri untuk berjuang, lalu menjadi salah satu adegan paling terkenal di dalam sejarah siri ini, dengan petikan ikonik yang berkata “Walaupun saya tidak mempunyai impian sendiri , saya boleh melawan dan melindungi orang yang mempunyainya “.

Kamen Rider Den-O

Den-O telah mengubah banyak perkara di siri Kamen Rider, dengan pencapaian menjadi siri pertama “heavy comedy” dalam francais Kamen Rider. Ia menampilkan sebuah kereta api yang mampu merentasi masa dan “wira” paling bernasib malang dalam siri Kamen Rider, iaitu si pemalu Ryotaro Nogami. Siri Kamen Rider Den-O memperkenalkan makhluk dari masa depan yang dipanggil Imagin, empat daripadanya adalah baik dan bekerjasama dengan Ryotaro, dengan merasuk beliau di luar dan di dalam pertempuran.

Kamen Rider W

Kamen Rider W pula memperkenalkan konsep yang belum dapat dilihat dalam siri ini. Antara konsep terbesar ialah Kamen Rider W sendiri terdiri daripada dua orang yang boleh berubah menjadi seorang Kamen Rider tunggal. Siri ini mengikuti formula novel detektif dengan watak-watak utama yang menyiasat pelbagai kes rumit, dan menggunakan saksi dan petunjuk untuk menyelesaikan kes jenayah. Antagonis di dalam siri ini adalah keluarga Sonozaki yang misteri, yang niat mereka sangat mulia walaupun cara mereka salah. Kamen Rider W berlangsung di bandar fiksyen Fuuto dan menampilkan barisan pelakon yang lebih besar daripada biasa.

Kamen Rider OOO

Siri ini menggunakan pelbagai tema yang sering dijumpai dalam Buddhisme dan menekankan konsep ketamakan. Raksasa dalam siri Kamen Rider OOO adalah Greeed dan merupakan makhluk asing yang tidak mempunyai sifat atau ciri-ciri manusia tetapi ingin menjadi manusia dan mengalami persekitaran dunia sebagai seorang manusia. Watak utama Kamen Rider OOO harus menangani sejarah traumatiknya, selepas menetap di negara yang sering dilanda peperangan untuk tempoh waktu yang lama. Ini memberi inspirasi kepada beliau untuk membantu seberapa banyak orang yang boleh.

Kamen Rider Ryuki

Kamen Rider Ryuki adalah siri pertama yang menampilkan watak-watak jahat yang boleh berubah menjadi Kamen Rider. Ryuki mengikuti kisah 13 individu, dan setiap seorang telah menerima kad-kad misteri yang membolehkan mereka menjadi Kamen Rider, dan bertarung sesama sendiri sehingga seorang sahaja yang tinggal. Matlamatnya, Kamen Rider terakhir boleh membuat satu hajat. Walaupun beberapa Kamen Rider sememangnya jahat, yang lain hanya tamak dan merupakan orang biasa yang tidak boleh membezakan baik atau jahat. Idea bahawa sesiapa sahaja boleh menjadi Kamen Rider, tidak kira baik atau jahat atau hanya orang biasa, membuat Kamen Rider Ryuki lebih mudah dikaitkan bersama penonton. Di samping itu, Ryuki dikatakan mempunyai pengakhiran yang paling mengejutkan antara semua siri Kamen Rider, dengan pemenang kepada Battle Royale ini bukan watak utama tetapi individu lain.

 

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Kaijinkamen riderKamen Rider 555Kamen Rider Den-OKamen Rider OOOKamen Rider RyukiKamen Rider WMasked RiderShotaro Ishinomori
Previous Post

Ulasan Selebihnya di “PMNC 2019” yang sangat Meriah!!

Next Post

Kemenangan Soloz di Facebook Gaming Creator 2019!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Kemenangan Soloz di Facebook Gaming Creator 2019!

Kemenangan Soloz di Facebook Gaming Creator 2019!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd