Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

5 Senjata terbaik dan 5 senjata paling teruk di Apex Legends Musim kedua!

Korang macam mana ? Ada yang favouritre ke tu?

Nyny.A by Nyny.A
July 22, 2019
in Origin, PC
0 0
0
5 Senjata terbaik dan 5 senjata paling teruk di Apex Legends Musim kedua!
Share on FacebookShare on Twitter

Macam yang korang tahu sendiri, Apex Legends kini di musim yang kedua. Banyak perubahan dari segi watak ditambah, cabaran yang makin menarik dan tak terlupa senjata-senjata baru yang hadir dengan kemaskini terbaru! Pertempuran yang makin sengit dan menarik selepas kemaskini ini, mesti korang sendiri mencuba senjata untuk mencari yang kegemaran kan? Jadi kat sini, sekadar pandangan lah~ senarai senjata yang paling teruk hingga la yang paling terbaik (dalam campuran) kami akan kongsikan disini;

10. Teruk – Eva-8 Auto

Jenis Kerosakan Purata Kerosakan Shots to kill 
100 HP 150 HP 175 HP 200 HP
Headshots
Tanpa Helmet
90 2 2 2 3
Headshots
Level 1 helmet
81 2 2 3 3
Headshots
Level 2 helmet
72 2 3 3 3
Headshots
Level 3/4 helmet
68 2 3 3 3
Bodyshots 63 2 3 3 4

Mempunyai merit tersendiri, sebenarnya bukan la sejenis shotgun yang teruk sangat pun, sejenis senjata semi-auto shotty yang boleh menyebabkan kerosakan yang baik. Tetapi kewujudanya ibarat senjata Peacekeeper~

Tapi Peacekeeper ternyata lagi padu dari EVA walaupun old skool, berbeza dari kadar peluru dalam Mag lebih tinggi dan tembakan lebih laju. Tapi recoil untuk EVA memang ternyata~ kelaut!

9. Baik – R-301

Jenis Kerosakan Purata Kerosakan Shots to kill 
100 HP 150 HP 175 HP 200 HP
Headshots
Tanpa helmet
28 4 6 7 8
Headshots
Level 1 helmet
25 4 6 7 8
Headshots
Level 2 helmet
22 5 7 8 10
Headshots
Level 3/4 helmet
21 5 8 9 10
Bodyshots 14 8 11 13 15

Nampak sendiri kan purata kerosakan yang hidup segan mati tak mahu ni kan~ Walaupun ianya sebuah Assault Rifle (AR) ala-ala style Rambo,tapi ianya hebat yang tak dapat disangka. Ia melancarkan jumlah kerosakan pada kadar lebih cepat dan memang ianya terbukti manakala recoil nya pun agak kelaut sedikit jika jauh tembakan tu. Kalau dekat stabil je dan jadi lebih padu!

Lampiran yang boleh digunakan untuk senjata ini turut banyak yang boleh sokong. Jadi mana yang suka AR untuk jarak dekat atau tengah yang optimum bolehla pakai senjata ni.

8. Teruk – RE-45

Jenis Kerosakan Purata Kerosakan Shots to kill
100 HP 150 HP 175 HP 200 HP
Headshots
Tanpa helmet
16 7 10 11 13
Headshots
Level 1 helmet
14 8 11 13 15
Headshots
Level 2 helmet
13 8 12 14 16
Headshots
Level 3/4 helmet
12 9 13 15 17
Bodyshots 11 10 14 16 19

Untuk rekod, R-45 mempunyai kemaskini DPS (125 ke 145) untuk musim terbaru ini, tapi ianya hadir sekali dengan kejarangan penggunaanya. Korang sendiri pun malas nak pakai pistol je pun kan dalam permainan, lainlah macam Shroud dah cuba main guna pistol ni sahaja dapat 17kill!

Dengan kerosakan tembakan di kepala serta recoil yang mengarut untuk pistol, satu-satu senario untuk RE-45 hanya membantu jika keadaan terdesak. Sekurang-kurangnya ia mempunyai kadar menembak yang pantas ~

7. Baik – Peacekeeper

Jenis Kerosakan Purata Kerosakan Shots to kill
100 HP 150 HP 175 HP 200 HP
Headshots
Tanpa helmet
165 1 1 2 2
Headshots
Level 1 helmet
149 1 2 2 2
Headshots
Level 2 helmet
132 1 2 2 2
Headshots
Level 3/4 helmet
124 1 2 2 2
Bodyshots 110 1 2 2 2

Boleh dikatakan Mac lalu Apex didatangi dengan dua senjata terbaik salah satunya adalah Wingman dan Peacekeeper. Peacekeeper merupakan senjata yang kuat untuk berperang di jarak yang dekat cuma ada sedikit penurunan dalam kadar menembak. Tapi kalau korang pakai mag dan sentiasa berperang dalam jarak yang dekat, Peacekeeper memang membantu punya lah! Tahap kerosakan boleh cecah 110 keatas dan recoil shotgun tu so so la~

6. Teruk – P2020

Jenis Kerosakan Purata Kerosakan Shots to kill
100 HP 150 HP 175 HP 200 HP
Headshots
Tanpa helmet
20 5 8 9 10
Headshots
Level 1 helmet
18 6 9 10 12
Headshots
Level 2 helmet
16 7 10 11 13
Headshots
Level 3/4 helmet
15 7 10 12 14
Bodyshots 13 8 12 14 16

Alahai purata kerosakan dia~ tapi untuk cepat main sauk, P2020 memang membantu lah! Pistol ini tidak begitu hebat di mana-mana kawasan pun dengan kadar purata menembak dan jumlah kerosakan yang rendah. Ia kini mempunyai DPS terendah di Apex. Walaupun dengan kemaskini kecil untuk musim 2 (baru Hammerpoint hop-up dan sedikit peningkatan kerosakan), senjata ini masih banyak yang diperlukan untuk menjadi sempurna.

5. Baik – L-STAR EMG

Jenis Kerosakan Purata Kerosakan Shots to kill  
100 HP 150 HP 175 HP 200 HP
Headshots
Tanpa helmet
42 3 4 5 5
Headshots
Level 1 helmet
38 3 4 5 6
Headshots
Level 2 helmet
34 3 5 6 6
Headshots
Level 3/4 helmet
32 4 5 6 7
Bodyshots 21 5 8 9 10

Pernah hadir di Titanfall 2 kemudian kini hadir di musim kedua Apex, L-Star EMG merupakan Light Machine Gun (LMG) yang terbaik dalam ini. Full-suto plasma rifle yang boleh zap musuh ini boleh mencecah sehingga 252 DPS kerosakan! Dengan mag 40 butir peluru tu, banyak juga lah musuh yang korang boleh settlekan dalam satu mag! Satu je masalah, akan overheat kalau kerap guna.

4. Teruk – Alternator

Jenis Kerosakan Purata Kerosakan Shots to kill
100 HP 150 HP 175 HP 200 HP
Headshots
Tanpa helmet
22 5 7 8 10
Headshots
Level 1 helmet
20 5 8 9 10
Headshots
Level 2 helmet
18 6 9 10 12
Headshots
Level 3/4 helmet
16 7 10 11 13
Bodyshots 15 7 10 12 14

Selalunya senjata jenis SMG biasanya membuktikan keupayaan serba boleh dan berkesan untuk menyemburkan sejumlah besar kerosakan, Alternator pula adalah paling teruk untuk kategori ini. Walaupun ia sekurang-kurangnya mempunyai kadar menembak yang baik, tapi tidak bermakna banyak itu memberi kerosakan yang mengerikan.

Dengan crosshair yang pelik, recoil yang kurang mengancam dan mag yang sedikit, ini lah senjata SMG yang agak tidak berguna untuk pemain. Kalau dah terlalu desperate untuk terus hidup tu lain lah~

3. Baik – Kraber

Jenis Kerosakan Purata Kerosakan Shots to kill
100 HP 150 HP 175 HP 200 HP
Headshots
Tanpa helmet
297.25 1 1 1 1
Headshots
Level 1 helmet
267.525 1 1 1 1
Headshots
Level 2 helmet
237.8 1 1 1 1
Headshots
Level 3/4 helmet
222.9375 1 1 1 1
Bodyshots 145 1 2 2 2

Mestilah ada sebab kenapa senjata ini adalah sebuah senjata legendari dan hanya akan ada dengan airdrops, sebab Kraber ialah senjata yang berbahaya! Bersama 50-cal dengan memberi kerosakan sebanyak 125 dan mencecah sehingga 250 kerosakan okay!

Korang akan mendapat sedikit sahaja masalah dengan senjata ni tentang recoil serta aksi boltnya yang unik. Namun sejauh mana tembakan sniper rifle ini pergi, ianya adalah optimum dan unik!

2. Teruk – Mozambique

Jenis Kerosakan Tahap Kerosakan Shots to kill
100 HP 150 HP 175 HP 200 HP
Headshots
Tanpa helmet
66 2 3 3 4
Headshots
Level 1 helmet
59 2 3 3 4
Headshots
Level 2 helmet
53 2 3 4 4
Headshots
Level 3/4 helmet
50 2 3 4 4
Bodyshots 45 3 4 4 5

Walaupun dengan penambahan Lampiran Hammerpoint Rounds yang serasi dengannya, masih tidak ada alasan untuk menggunakan shotty yang mengerikan itu kecuali korang tidak ada pilihan lain. Senjata shotgun yang terlalu kecil untuk dinamakan shotgun, mag hanya 3 butir dan semestinya, reload dengan kerap. Ditambah pula beberapa ketepatan yang rendah, jarak terhad, dan statistik kerosakan biasa. Memang ternyata Mozambique hanyalah senjata ketika terlalu desperate dan memang layak lah diberi lawak meme!

1.Baik – Mastiff

Jenis Kerosakan Tahap Kerosakan Shots to kill 
100 HP 150 HP 175 HP 200 HP
Headshots
Tanpa helmet
288 1 1 1 1
Headshots
Level 1 helmet
259 1 1 1 1
Headshots
Level 2 helmet
230 1 1 1 1
Headshots
Level 3/4 helmet
216 1 1 1 1
Bodyshots 144 1 2 2 2

Kalau Kraber merupakan senjata maut untuk jarak jauh, manakala senjata lagenda Mastiff pula adalah padu dan paling puas hati untuk pengakhiran perlawanan! Shotgun ini juga hanya boleh didapati dalam airdrop yang rare, dan tersangat lah limited. Kerosakan padu sehingga 144 base DPS mencecah sehingga 288, sebenarnya ianya juga tiada masalah untuk tembakan jarak jauh.

Jadi sampai kat sini perkongsian kami kalini. Tapi ini hanya pendapat dari kami dan sedikit kaji sumber dari The Gamer.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Apex LegendsApex Legends WeaponSenjata terbaik ApexSenjata terburuk Apex
Previous Post

Season 9 Fortnite tamat dengan pertarungan epik antara raksasa dan robot!

Next Post

MSI GF75 Thin 9SC Review- Nipis, Ringan & Berkuasa!

Nyny.A

Nyny.A

Bekas pelajar Multimedia Creative. Lebih Independent. Layan game FPS sampai lebam. Open world pun kalau kena jalan cerita kita on je. Manga Anime untuk luang masa. Geng streamer dan esports, Interview developer, pemain esports, Influencer, lagi2 support lokal! Memang hantu gaming dah lama dari zaman CC dulu. Jangan lupa ikuti laman sosial untuk hubungi saya.

Related Posts

Game Sekuel ‘Code Vein II’ Diumumkan, Akan Keluar 2026!
Berita

Game Sekuel ‘Code Vein II’ Diumumkan, Akan Keluar 2026!

June 7, 2025
Sonic Racing: CrossWorlds Meluncur Ke Semua Platform Pada 25 September 2025
Berita

Sonic Racing: CrossWorlds Meluncur Ke Semua Platform Pada 25 September 2025

June 7, 2025
Capcom Umum Resident Evil Requiem, Akan Datang 27 Februari 2026
Berita

Capcom Umum Resident Evil Requiem, Akan Datang 27 Februari 2026

June 7, 2025
Next Post
MSI GF75 Thin 9SC Review- Nipis, Ringan & Berkuasa!

MSI GF75 Thin 9SC Review- Nipis, Ringan & Berkuasa!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd