Capcom telah mengumumkan Monster Hunter Rise berjaya mencatat jualan sebanyak lima juta unit di seluruh dunia dalam satu minggu. Permainan ini telah dilancarkan untuk Nintendo Switch pada 26 Mac yang lalu dan angka tersebut merangkumi penjualan digital.
Jumlah penjualan Monster Hunter Rise meningkat daripada empat juta unit yang dihantar pada hujung minggu pelancarannya. Ini bermakna, satu juta unit lagi telah dijual dalam masa kurang dari seminggu sahaja.
[Press Release]"Monster Hunter Rise Surpasses 5 Million Units Globally! – Strong unit sales growth supported by positive reception of game concept and new gameplay features -" added.https://t.co/UDn8rSbgXe
— Capcom IR (@Capcom_IR) April 5, 2021
“Monster Hunter Rise adalah tajuk dari Monster hunter yang baru untuk Nintendo Switch. Permainan ini dikembangkan dengan RE Engine milik Capcom untuk memberikan pengalaman Monster Hunter yang baru dan mendapat akses yang boleh dinikmati bila-bila, dimana dan dengan siapa sahaja” dari siaran akhbar Capcom
“Sebagai tambahan kepada monster dan lokasi baru, permainan ini memberikan pengalaman berburu sepenuhnya melalui sejumlah aksi memburu baru dan menggembirakan menggunakan Wirebug. Dengan ini, pemain dapat melintasi medan dengan kecepatan tinggi, serta mengikat monster dan mengawal mereka. Seterusnya, keseronokkan permainan makin bertambah kerana debut rakan pemburu ‘Canyne‘ Palamutes.”
“Judul itu mendapat pujian kritikal berikutan pelepasan dua demo yang menampilkan permainan koperasi tempatan dan dalam talian sebelum pelancaran, dengan penghantaran yang dihasilkan melebihi 5 juta unit satu minggu sejak dilancarkan.”
Monster Hunter Rise telah dilancarkan untuk pemain Nintendo Switch di seluruh dunia sejak 26 Mac lalu. Versi PC bagi permainan ini dalam perancangan untuk dilancarkan pada awal 2022. Anda boleh membaca liputan termasuk ulasan kami mengenai permainan dengan menekan pautan ini.

@gamersantaimy
Discussion about this post