Setiap game pasti ada jalan penceritaan tersendiri yang ingin disampaikan. Sudah tentu tidak kesemua game ditamatkan dengan semua watak hidup pada akhirnya. Banyak sahaja game yang telah membunuh protagonis pada pengakhiran ceritanya. Kami ada senaraikan beberapa game best di mana protagonisnya tidak terselamat pada pengakhiran game. Kalau anda bercadang untuk mainkan game yang kami senaraikan ini, memang akan ada spoiler.
Persona 3

Setelah hampir setahun bermain sebagai Protagonis, kita telah lalui pelbagai cabaran dan pertarungan. Untuk mengunci entiti jahat daripada terus melakukan kejahatan, Protagonis telah membuat keputusan untuk mengorbankan dirinya. Sebulan selepas itu, Protagonis tidur buat selama-lamanya, dikelilingi oleh rakan-rakannya.
Crisis Core: Final Fantasy VII

Bekerja di bawah Shinra Electric Power Company, kita bermain sebagai Zack Fair, seorang pahlawan yang menarik perhatian ramai dengan personalitinya yang positif. Selepas dia dan kumpulannya diserang hendap, Zack telah menerima serangan maut, yang akhirnya memberikan pedang ikoniknya, Buster Sword kepada Cloud Strife.
Outlast

Susah payah kita menyelinap, menyorok tetapi apakan daya kalau pembangun sudah tetapkan nasib protagonis kita. Miles yang hampir melepaskan diri telah saling tembak menembak dengan pasuken tentera tetapi nasib tidak menyebelahinya apabila dia telah cedera parah. Lalu skrin pemain menjadi gelap, menandakan miles sudah mati.
Final Fantasy X

Kita telah diperkenalkan kepada protagonis game, Tidus yang tidak tahu asal usulnya. Semakin anda maju dalam game, kebenaran mengenai dirinya yang sebenar akhirnya didedahkan. Setelah Tidus berjaya mengalahkan antagonis game, Sin, dia mula menghilang kerana kuasa magic yang menciptanya semakin padam.
Red Dead Redemption 2

Dalam game ini, kita bermain sebagai Arthur Morgan, seorang Outlaw dan ahli Van der Linde Gang. Buatlah apa pun, nasib Arthur tidak dapat diubah dan kita terpaksa melihat kematiannya dalam game. Cuma kematiannya berbeza mengikut sistem honor game. Antara dia mati akibat penyakit maut ataupun maut di tangan antagonis utama.
Itu sahaja yang kami boleh kongsikan kepada anda. Untuk mendapatkan fakta menarik lain daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post