Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

4D Sight – Platform baru pengiklanan khas untuk pencipta kandungan!

Maira by Maira
June 3, 2022
in Artikel, Berita, Teknologi
0 0
0
4D Sight – Platform baru pengiklanan khas untuk pencipta kandungan!
Share on FacebookShare on Twitter

Streamer game selalu kita jumpa di platform Youtube, Facebook dan Twitch. Tetapi akan ada satu lagi platform video bernama 4D Sight, yang akan dilancarkan khas untuk pencipta kandungan dengan satu teknologi khas yang sering digunakan dalam esports. Mari kami ceritakan lebih lanjut mengenainya.

4D Sight merupakan platform video yang khas untuk monetization yang mudah untuk digunakan oleh pencipta kandungan. Berbanding dengan iklan yang kadang-kadang mengganggu video, platform ini mempunyai satu teknologi yang boleh masukkan kandungan iklan seperti banner, video dan produk 3D ke dalam dunia game.

Visi komputer yang dipatenkan dalam 4D Sight telah digunakan dalam liga esport terkemuka termasuklah Call of Duty, Overwatch, Rainbow 6, PUBG, dan PUBG Mobile. Melalui pelancaran Beta, 4D Sight kini hadir membawa segala kehebatan teknologi tersebut untuk pencipta kandungan. Ini membolehkan penonton mengelakkan iklan yang mengganggu semasa video. Teknologi 4D Sight memasukkan iklan secara terus dalam video strim tanpa sebarang penggunaan game engine ataupun integrasi API game engine, yang sememangnya solusi menarik untuk penerbit game terbesar.

“Tiada sesiapa yang sukakan iklan yang mengganggu, disebabkan itulah 82% GenZ langkau iklan dan 72% pengguna Amerika menggunakan ads blocker” kata Pengasas dan CEO Erhan Chris. “Ianya penting untuk masa depan ekonomi pencipta di mana monetization menjadi lancar dan membolehkan jenama mendapat hasil yang besar dari segi kesetiaan dan jangka panjang.”

4D Sight disokong oleh beberapa pelabur hebat seperti, Kevin Lin (pengasas bersama Twitch), Riot Games, UC Barkeley SkyDeck, Jeff Vinik (Tampa Bay Lightning), PKO Investments dan beberapa syarikat gaming global serta pencipta kandungan terkenal seperti Shroud, iiTzTimmy, Sjokz dan Quarterjade.

Apabila ia lancar nanti, mungkin anda juga boleh mencubanya lebih-lebih lagi jika anda mempunyai banyak produk untuk dipromosikan. Anda boleh mendapatkan gambaran lebih jelas mengenainya di laman rasmi. Ikuti Gamer Santai untuk membaca liputan lain mengenai game, anime, teknologi dan lain-lain.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: 4D Sight
Previous Post

Dragon Age: Dreadwolf telah didedahkan sebagai tajuk rasmi game oleh Bioware

Next Post

Pre-order Klonoa Phantasy Reverie Series Versi digital kini tersedia untuk PS dan Xbox!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Pre-order Klonoa Phantasy Reverie Series Versi digital kini tersedia untuk PS dan Xbox!

Pre-order Klonoa Phantasy Reverie Series Versi digital kini tersedia untuk PS dan Xbox!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd