Sudah semestinya ramai diantara kaki gamers inginkan sesuatu yang menyenangkan dan meluangkan masa mereka bila-bila masa bermain game yang bukan sahaja perlu duduk dirumah. Pulak-pulak, ada beberapa game baru yang membuat kita tidak keruan untuk mencuba dimana sahaja tetapi sayangnya kesemuanya memerlukan spesifikasi yang semakin padu untuk menawarkan permainan yang terbaik.
3 permainan baru yang sememangnya menjadi pilihan kami kali ini kerana ketiganya menampilkan ciri yang terbaik dalam permainan. 3 genre yang semestinya berbeza mengikut minat masing-masing dan cuba teka apa permainan apa kah itu? Okaylah, permainan yang dimaksudkan adalah Hyper Scape, Death Stranding dan juga Project CARS 3! Lebih baik lagi, kesemua permainan ini dicuba dengan GE66 Raider terbaru dari MSI! Eh memang padu lah!
Hyper Scape (FPS/Battle Royale)
Hyper Scape sebuah permainan terbaru bergenre FPS/Battle Royale yang akan dilancarkan di PC, PlayStation 4 dan Xbox One pada 11 Ogos dengan Season One: “The First Principle”. Pemain akan mengalami kandungan permainan baru, ciri Hycast Scape Crowncast baru dan akan mengetahui lebih banyak mengenai alam semesta Hyper Scape sepanjang Season One ini nanti. Tetapi, apa yang kami cuba ini adalah open beta Hyper Scape yang dibuka hanya pada pemain PC dan berakhir pada 3 Ogos 2020.
Terletak di bandar maya Neo-Arcadia, sehingga 100 pemain saling berhadapan untuk menjadi juara Hyper Scape. Membawa arus baru dalam genre battle royale, Hyper Scape adalah pengalaman pantas yang memperkenalkan mekanik permainan inovatif seperti Hacks, Fusion, Decay, Showdown dan banyak lagi. Ini adalah kali pertama kami mencuba permainan ini, bermain dengan sebuah laptop gaming yang hebat, kami memilih hero yang berasal dari Malaysia iaitu Noor Azimah atau Noor Casulink.
Sebuah permainan yang sangat lancar dengan tetapan yang tertinggi telah dibuka. FPS berjalan diantara 100-120 memang tiada sebarang lagging langsung! Keseluruhan gameplay adalah sangat lancar dan mudah untuk dikawal. Jujur memang ketika dalam pertarungan, Noor Casulink memang menyengat. Kita sering dilanda masalah dengan lagging terutama dalam permainan dalam talian serbegini, nyata ianya tiada sebarang masalah dan anda boleh mencapai kemenangan sebanyak yang dimahukan!
Death Stranding – Action/ Open World
Baru sahaja hadir secara rasmi di PC via Steam dan Epic Game Store bulan lalu, permainan yang sangat dinantikan oleh kerana grafiknya sangat padu dengan gabungan Nvidia DLSS 2.0, sudah semestinya kami teringin mencubanya pada sebuah peranti yang hebat.
Death Stranding adalah permainan aksi yang dikembangkan oleh Kojima Productions. Ini adalah permainan pertama dari pengarah Hideo Kojima dan Kojima Productions setelah perpisahan mereka dari Konami pada tahun 2015. Ia dikeluarkan oleh Sony Interactive Entertainment untuk PlayStation 4 pada 8 November 2019 dan oleh 505 Games untuk PC pada 14 Julai 2020.
Bermain sebuah permainan yang berkualiti padu, sudah semestinya kami tidak ketinggalan untuk mencubanya dalam tetapan yang tertinggi. Hasilnya? Paling memuaskan! Satu permainan baru yang istimewa dengan menggunakan grafik yang sangat indah untuk keseluruhan pengalaman permainan. Death Stranding PC yang telah kami review juga pada bulan Julai lalu memang nyata lebih hebat menggunakan GE66 Raider ini. Kualiti grafik 100% kelihatan cantik! FPS terus berjalan dari 60-120fps. Oleh itu, anda mahu bermain permainan RPG atau permainan dunia terbuka di laptop gaming ini, ya ini memang sempurna!
Project CARS 3– Racing game
PROJECT Cars 3 adalah permainan video perlumbaan yang akan datang dan dikembangkan oleh Slightly Mad Studios dan diterbitkan oleh Bandai Namco Entertainment. Ia dijadualkan akan dirilis pada 28 Ogos 2020 untuk Microsoft Windows, PlayStation 4 dan Xbox One. Lebih terbaik, kami berpeluang mencuba demonya dan telah mengongsikan reviewnya juga hujung Julai lalu. Lebih terbaik kami mencubanya pada laptop gaming GE66 Raider ini juga!
Kalau anda peminat game racing simulator seperti siri terbaru yang kami cuba demo nya ini, FPS berjalan pada 60-100fps, eh memang lancar lah! Tetapi satu je, nak nampak realistik dan tanpa masalah, pastikan anda sambungkan pengecas semasa bermain untuk tiada sebarang lagging terutama pada permainan realistik seperti PROJECT Cars 3 ini! Jadi memang memuaskan dan kami sanggup berlumba berjam-jam tanpa henti!
Semua permainan ini sememangnya lebih padu dengan MSI GE66 Raider!
Semua permainan ini memberi ketahanan bateri selama berjam-jam! Jadi anda malas nak cucuk pengecas kertika diluar, jangan risau kerana GE66 Raider bersedia menemani masa terluang anda untuk seketika! GE66 Raider, sebuah laptop gaming terbaru yang dilengkapi kuasa generasi terbaru yang sememangnya menggagumkan juga dengan rekaan bentuk bersama warna neon aurora yang menambah semangat setiap pengguna.
GE66 Raider kini kembali dengan Mystic Light, pencahayaan aurora panoramik yang direka untuk memberi pengguna persediaan permainan RGB yang terbaik. Mampu memberikan kadar penyegaran 300Hz, dipasangkan dengan bateri 99.9Whr, GE66 Raider mempunyai apa yang diperlukan untuk menjadi laptop permainan mudah alih.
GPU Max-P penuh mengungguli perkelilingan Max-Q sekitar 10% secara purata. Aurora kini berkembang di seluruh bahagian depan casis untuk paparan panorama dalam 16.7 juta warna. GE Raider baru pada dasarnya dilahirkan dalam estetika dan prestasi, tetapi dalam bentuk yang lebih kemas. Tanpa lengahkan lebih masa, jom kita lihat apa yang ada dalam gambaran seluruh GE66 Raider!
CAHAYA MYSTIC MSI BARU
Cahaya Aurora Panoramik Pertama di Dunia
- Mystic Light yang baru mewujudkan suasana pencahayaan panorama terkemuka di industri pada laptop gaming ini. Bar pencahayaan melintasi hujung depan GE66 yang tajam dalam 16.7 juta warna mewujudkan suasana sci-fi yang memikat.
REKA BENTUK YANG SANGAT MENAWAN
- Reka Bentuk Baru
- Crafted Oblique Angle – Sisi anterior GE66 menampilkan sudut serong yang dibuat untuk membentangkan imej tajam.
- Iconic Dragon Armor Carving – Memimpin hegemoni permainan, GE66 dilengkapi denganhexagonal dragon armo diukir di sisi bawah.
- Cool-toned Aluminum – Berlainan dengan GE sebelumnya dengan warna hitam, GE66 baru menampilkan warna yang sejuk untuk menjadi kehadiran yang unik.
- Strengthened Hinge Design – GE66 baru mengukuhkan reka bentuk engsel dengan ketara, agar mekanikal engsel lebih tahan lama dan menurunkan kadar kerosakan.
- Kesambungan & Perluasan
- GE66 Riders dilengkapi dengan port I/O paling lengkap di dunia untuk menyokong semua jenis penghantaran data atau output paparan. Memberi fleksibiliti maksimum kepada pengguna dalam menggunakan laptop ini. Dengan susunan terperinci lokasi I/O, port kabel LAN dan paparan terletak di bahagian belakang, sehingga pengguna tidak lagi bingung dengan kabel yang tidak kemas di tangan.
- Dibahagian kiri tersedia port Type-C USB3.2 Gen 2×2 x1 (20Gbps), Type-A USB3.2 Gen 2 x1 (10Gbps), Audio combo jack x1; kanan pula Type-A USB3.2 Gen 1 x2 (5Gbps) dan Full size SD card reader (UHS-III) x1; manakala bahagian belakang Type-C USB3.2 Gen 2 w/DP1.4 x1; (10Gbps w/8K@60Hz); HDMI 2.0 x1 (4K@60Hz); Mini Display 1.4 x 1 (8K@60Hz); RJ45 x 1 / AC-in x1
PRESTASI HEBAT TERSEDIA!
- Kuasa Tanpa Kompromi, Terus Berkembang
- Dilengkapi dengan pemproses Intel terkini dan grafik NVIDIA RTX, GE66 Raider menunjukkan peningkatan prestasi yang signifikan sebanyak 10% untuk i9, hingga 20% untuk i7, juga pengalaman permainan hingga 10%.
- Bukan sahaja kuasa, penyejukan juga penting!
- Bersama dengan prestasi sistem yang lebih hebat, Cooler Boost 5 yang baru menawarkan kipas berganda dengan 53 bilah. Setiap bilah mempunyai ketebalan dengan hanya 0.25mm untuk mendorong aliran udara yang lebih tinggi.

Berlainan dengan pesaing lain yang dilengkapi grafik Max-Q untuk ruang termal yang tidak mencukupi dalam casis yang agak langsing. Dengan Cooler Boost 5 yang dinaik taraf, GE66 baru tidak hanya menampilkan casis yang lebih nipis daripada gen sebelumnya sebanyak 13%, tetapi juga mendorong kekuatan maksimum grafik Max-P.
Visual
Paparan yang memuaskan kepada para gamers, mempunyai sehingga 300Hz Gameplay, memang terlebih lancar! Refresh rate adalah kunci pemikiran minda pemain e-sports. Untuk membebaskan kelajuan yang paling tepat dan hebat, GE66 Raider hadir dengan paparan tahap IPS 300Hz yang sangat lancar.
Nak tahu apa lagi ciri yang ada pada paparan visual yang tersedia ini? 5mm thin bezel & 82% screen-to-body ratio yang menampakkan lagi keluasan paparan, Hampir 100% sRGB 100% Factory-Calibration 6 Color Mod yang menampakkan jelas setiap titik warna paparan dan sokong pelbagai paparan dengan HDMI, Type-C & mini DisplayPort serta nikmati hingga (1 + 3) * output resolusi 4K.
Audio
Nikmati permainan dan muzik anda dengan cara yang baru dengan sistem bunyi Dynaudio bertaraf dunia. Alami persembahan audio resonan yang hebat dengan pembesar suara reka bentuk pasif radiator 2 sisi yang dikembangkan oleh MSI.
Tenggelamkan muzik tanpa kerugian dan nikmati kualiti suara premium dengan Hi-Resolution Audio. Alami dan dengarkan audio seperti yang dinginkan!
Dan NAHIMIX 3 adalah imersi audio tekini! Tingkatkan bunyi surround 3D dalam permainan dan buat kawalan terhad ke atas muzik, filem dan panggilan persidangan anda.
Kawalan hebat dari setiap segi
Bateri Berkapasiti Tertinggi Dunia di Laptop! SENJATA DENGAN KUASA YANG TIADA PENGAKHIRAN- Dikemas dengan had penerbangan yang sah, kapasiti bateri besar 99.9Whr memberikan jangka masa yang lebih lama. Dengan kapasiti bateri hampir dua kali ganda daripada generasi sebelumnya dan menikmati masa bermain permainan yang tahan lama.
Dynamic Per-Key RGB Illumination
- Mode Permainan menawarkan pencahayaan papan kekunci interaktif untuk pelbagai permainan
- Alat papan kekunci tersuai yang terbaik dengan profil lampu kilat panas dan suis satu kekunci yang mesra
- Kumpulan aplikasi yang dibina khas.
Keyboard yang dibina tersuai untuk Gamers!
Papan kekunci yang direka khas untuk pemain, merangkumi kekunci CTRL yang lebih besar untuk hujung jari pemain dan kekunci fungsi yang lebih pantas untuk menghidupkan Dragon Center, Cooler Boost, dan SteelSeries Engine.
Spesifikasi GE66 Raider 10SGS-449MY
Pemproses |
Intel 10 Gen Core i9-10980HK processor |
Paparan |
15.6” 240HZ IPS-level display with thin bezel design |
Grafik |
NVIDIA GeForce RTX 2080 Super with Max-Q Design (GDDR6/8GB) |
Memori |
32G, DDR4-2666, 2 Slot, Max 64GB |
Storan |
2TB (1TB*2) NVMe PCIe Gen3x4 SSD |
Komunikasi |
Killer LAN E3100 + Killer Wi-Fi 6 AX1650 |
Keyboard |
Per-key RGB keyboard by SteelSeries |
I/O port |
1 x Type-C USB3.2 Gen2 with DP1.4, 1 x Type-A USB3.2 Gen2, 2 x Type-A USB3.2 Gen1, 1 x HDMI 2.0, 1 x Mini Display 1.4, 1 x Audio combo, 1 x SD card reader, 1 x RJ45, 1 x Type-C USB3.2 Gen2x2 |
Audio |
Dynaudio Speaker with Passive Radiator, Hi-Res Audio Certified, Nahimic |
Bateri/Adapter |
280W(RTX 2070 Super) / 230W (RTX 2080 Super Max-Q/RTX 2070 / 2060) 4-cell, 99.9Whr battery |
Dimensi/ Berat |
358mm (W) x 267mm(D) x 23.4mm (H) / 2.38kg |
Harga |
RM15,999 |
Spesifikasi GE66 Raider 10SFS-450MY
Pemproses |
Intel 10 Gen Core i9-10980HK processor |
Paparan |
15.6” 300HZ IPS-level display with thin bezel design 15.6” 4K IPS-level display with thin bezel design |
Grafik |
NVIDIA GeForce RTX 2070 Super (GDDR6/8GB) |
Memori |
16G, DDR4-2666, 2 Slot, Max 64GB |
Storan |
1TB NVMe PCIe Gen3x4 SSD |
Komunikasi |
Killer LAN E3100 + Killer Wi-Fi 6 AX1650 |
Keyboard |
Per-key RGB keyboard by SteelSeries |
I/O port |
1 x Type-C USB3.2 Gen2 with DP1.4, 1 x Type-A USB3.2 Gen2, 2 x Type-A USB3.2 Gen1, 1 x HDMI 2.0, 1 x Mini Display 1.4, 1 x Audio combo, 1 x SD card reader, 1 x RJ45, 1 x Type-C USB3.2 Gen2x2 |
Audio |
Dynaudio Speaker with Passive Radiator, Hi-Res Audio Certified, Nahimic |
Bateri/Adapter |
280W(RTX 2070 Super) / 230W (RTX 2080 Super Max-Q/RTX 2070 / 2060) 4-cell, 99.9Whr battery |
Bateri/Adapter |
358mm (W) x 267mm(D) x 23.4mm (H) / 2.38kg |
Harga |
RM11,999 |
@gamersantaimy
Discussion about this post