Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

2 Game Baru Zelda di Switch Tahun Ini

Khabar Angin

Jade Ice by Jade Ice
March 11, 2019
in Artikel, Berita, Nintendo Switch
0 0
0
2 Game Baru Zelda di Switch Tahun Ini
0
SHARES
Share on FacebookShare on Twitter

Beberapa minggu lepas, peminat Nintendo dikejutkan dengan pengumuman pembikinan semula sepenuhnya satu game klasik daripada Game Boy iaitu The Legend of Zelda: Link’s Awakening. Di khabarkan bahawa, bukan ini sahaja game Zelda yang akan datang ke Switch tahun ini.

Berdasarkan seorang pengguna GameFAQS dan Reddit iaitu Vergeben, satu lagi game Zelda dalam bentuk 2D bakal tiba tahun ini. Beliau mengatakan game ini akan dijadikan game ekslusif Nintendo eShop; bermakna tiada katrij. Vergeben juga menyatakan ianya akan diterbitkan sebelum Link’s Awakening dan bakal diumumkan dalam beberapa bulan lagi.

Buat masa ini itu sahaja maklumat yang dibocorkan, tiada maklumat tepat seperti tajuk game tersebut. Berkemungkinan juga ia adalah pembikinan semula mana-mana game 2D Zelda seperti salah satu daripada Four Swords. Boleh jadi juga ini sebuah projek yang baru. Pada masa ini banyak yang boleh di spekulasikan.

Two new Zelda games are scheduled to be released this year! #zeldabreathofthewild #zeldalinksawakening #zelda pic.twitter.com/EvzPIhERfc

— LucaOnlineGamesNews.com (@LucaGamesNews) March 9, 2019

Khabar angin yang dibawa oleh Vergeben ini ada sedikit kredibiliti kerana maklumat bocor Nintendo yang dibawakannya sebelum ini kebanyakkannya separa tepat. Sebelum ini beliau ada memberitahu Ridley dan Simon Belmont bakal membuat kemunculan dalam Super Smash Bros. Ultimate; sebelum pihak Nintendo sendiri mengumumkannya. Tetapi ada juga masa maklumat yang diberikan tidak menjadi kenyataan.

Seterusnya, ke maklumat bocor Link’s Awakening, game ini adalah lebih daripada hanya sekadar naik taraf grafik. Dalam salah satu product listing untuk game ini, jumlah pemain belum lagi ditentukan Nintendo; membuka spekulasi yang ianya memiliki ciri multiplayer.

Lebih maklumat berkenaan The Legend of Zelda: Link’s Awakening dan game 2D Zelda ini (jika ia wujud) bakal menyusul di E3 2019 pada bulan Jun nanti.

Sumber: Gamerant

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: link's awakeningnintendoRemakeswitchthe legend of zelda
ShareTweetSend
Previous Post

Sistem Report Bakal Tiba Dalam Apex Legends

Next Post

Kesan Frame Rates Ke Atas K/D Ratio

Jade Ice

Jade Ice

"Bolehlah" gamer. Tak n00b tak expert. Dulu-dulu teras keras punya gamer. Sekarang kids, wife, gaming (in that order). Hantu Final Fantasy, MGS, Kingdom Hearts.

Next Post
Kesan Frame Rates Ke Atas K/D Ratio

Kesan Frame Rates Ke Atas K/D Ratio

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd