Ingat tak kami pernah kongsikan Edisi Fizikal untuk Final Fantasy VII Remake yang dibuka untuk penjualannya sebagai pre-order beberapa bulan yang lalu? Ya yang paling teruja sekarang, kami dah dapat versi yang kami inginkan iaitu 1st Class Edition punya!
Okay bagi korang flashback dahulu apa yang ada dalam versi fizikal 1st Class Edition ni;
- FINAL FANTASY VII REMAKE game
- Play Arts Kai Cloud Strife & Hardy Daytona
- Art Book
- Mini-Soundtrack
- Steelbook
- Cactuar Summon Materia DLC
- Carbuncle Summon Materia DLC
Dan dalam versi fizikal yang kami terima ini kami menggunakan vivo 19 terbaru untk menangkap gambarnya, jom usha kat sini!
Lagi mengancam dengan versi closed up Play Arts Kai Cloud Strife & Hardy Daytona
Peminat Cloud seperti kami ni memang terlalu teruja bila mendapat figurin ini! Pula dengan aksi Hardy Daytona nya~ Rak hiasan kami menantikan Cloud terpampang dihadapannya!
Handsome weh Cloud kitorang!
Dah tentu lah kena ada versi fizikal game Final Fantasy VII Remake kitorang kan dengan Steelbook sekali ~ Walaupun hakikatnya dah habis main versi digital heheh~
Selain itu ada juga Mini-Soundtrack Final Fantasy VII Remake yang termasuk lagu The Prelude, On Our Way, Main Theme Final Fantasy dan banyak lagi!
Dan yang terakhir selain dari versi DLC chocobo dan rakan-rakannya dalam permainan, ini dia Art Book Final Fantasy VII Remake!
Mana lah kami tak teruja bila sampai sahaja dekat tangan kami versi fizikal ini! Memuaskan hati! Lagi-lagi vivo 19 membantu kami menangkap gambar versi yang ramai peminat Final Fantasy inginkan ini! Jadi pada anda yang nak membeli versi fizikal itu, buat masa ini bersabarlah seketika sebab sekarang dah kehabisan stok! Pada anda yang nak membeli versi digital permainan ini sudah tentulah boleh, nak tahu pasal review dari kami, tips & tricks termasuk tips Hard Mode semuanya ada kalau korang nak rujuk! Dapatkan Final Fantasy VII Remake berharga RM243.00 untuk edisi Standard dan Deluxe pula RM354.00.

@gamersantaimy
Discussion about this post