Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

10 game memenangi anugerah Japan Future Award 2022 termasuk Wo Long, Exoprimal & Forspoken!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 19, 2022
in Action, Adventure, Anugerah, Artikel, Berita, Fighting, Game, JPRG, Nintendo Switch, PC, PS4, PS5, Shooter, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
10 game memenangi anugerah Japan Future Award 2022 termasuk Wo Long, Exoprimal & Forspoken!
Share on FacebookShare on Twitter

Computer Entertainment Supplier’s Association (CESA) telah mengumumkan pemenang bagi kategori Future Award di Japan Game Awards 2022. Sebanyak 10 game telah menerima jumlah undian yang banyak daripada pengunjung acara termasuk Wo Long: Fallen Dynasty, Exoprimal, Forspoken, dan lain-lain.

Buat mereka yang tidak tahu, Future Award dianugerahkan kepada game yang belum dikeluarkan tetapi sudah dipamerkan atau diumumkan di Tokyo Game Show 2022. Anugerah ini juga memberi gambaran tentang game apa yang netizen Jepun paling menantikan, memandangkan undian dibuat oleh orang awam.

Wo Long: Fallen Dynasty

Berikut adalah 10 game yang memenangi Japan Game Award 2022 – Future Award! Senarai pemenang di bawah disusun mengikut abjad bahasa Jepun, jadi kita tidak tahu siapa yang mempunyai undian terbanyak.

  1. A Space for the Unbound
    • Game slice-of-life adventure dengan pixelart berlatarkan akhir 90-an Indonesia yang mengisahkan tentang hubungan antara lelaki dan perempuan yang mempunyai kuasa ghaib. Dihasilkan oleh Mojiken dan Toge Productions, game ini akan dikeluarkan untuk PS4, PS5, Switch, dan Xbox One pada awal 2023.
  2. Wo Long: Fallen Dynasty
    • Game soulslike terbaru oleh Team Ninja di bawah Koei Tecmo yang mengisahkan era Three Kingdoms. Demo kini tersedia di seluruh dunia untuk PS5 dan Xbox Series X buat masa terhad sehingga 26 September 2022. Versi rasmi akan dikeluarkan untuk PS4, Xbox One dan PC bersama vesi next-gen tadi pada awal 2023.
  3. Exoprimal
    • Keluaran Capcom, ini adalah game action shooter di mana kita bertarung dengan dinosaur baharu sebagai watak dengan sut robotik. Game ini akan keluar untuk PS5, PS4, Xbox Series X, Xbox One dan PC pada tahun 2023.
  4. Street Fighter 6
    • Sekuel akan datang kepada siri fighting game terkenal akan mempunyai banyak ciri baharu, seperti custom avatar dan “in-game commentary”. Capcom akan melancarkan SF6 dengan 18 watak yang boleh dimainkan untuk PS5, PS4, Xbox Series X dan PC pada tahun 2023.
  5. Sonic Frontiers
    • Game Sonic serba baharu yang berlangsung di lima pulau open zone dengan sistem pertempuran futuristik. Sega akan mengeluarkan game ini untuk PS4, PS5, Xbox One, Xbox Series X, PC dan Nintendo Switch pada 8 November 2022.
  6. Final Fantasy XVI
    • Walaupun Square Enix tidak mendedahkan sebarang info tentang FFXVI di TGS 2022, ia masih diundi oleh orang ramai, lantas membuktikan betapa popular JRPG itu. Final Fantasy XVI akan dikeluarkan di PlayStation 5 pada Musim Panas 2023.
  7. Forspoken
    • Juga datang daripada Square Enix, game ini mengisahkan tentang Frey Holland yang terperangkap di dunia mistik penuh sihir. Game ini akan keluar untuk PS5 dan PC pada 24 Januari 2023.
  8. Atelier Ryza 3: Alchemist of the End and the Secret Key
    • Entri ketiga dalam trilogi Atelier Ryza akan menutup kisah Reisalin “Ryza” Stout sambil menampilkan pilihan parti yang luas dengan tambahan Bos Brunnen. Koei Tecmo dan Gust akan mengeluarkan JRPG ini untuk PS5, PS4, Nintendo Switch dan PC pada 24 Februari 2023.
  9. Like a Dragon: Ishin!
    • Asalnya dikeluarkan sebagai game eksklusif Jepun pada 2014, Sega dan Ryu Ga Gotoku Studio akan membuat remake bagi game aksi era Bakumatsu dengan beberapa reka bentuk watak yang berbeza. Game ini akan keluar untuk PS5, PS4, Xbox Series X, Xbox One dan PC pada 21 Februari 2023.
  10. Mega Man Battle Network Legacy Collection
    • Kompilasi 10 game Mega Man Battle Network yang dikeluarkan pada Game Boy Advance akan disertakan dengan ciri Versus and Chip Trading dalam talian. Capcom akan mengeluarkan Legacy Collection untuk Nintendo Switch, PS4 dan PC pada tahun 2023.
Like a Dragon: Ishin!

Untuk segala liputan kami tentang TGS 2022, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Future AwardJapan Game Awardstokyo game show
Previous Post

VCT Champion – LOUD bergelar juara dunia kalahkan OpTic Gaming!

Next Post

ASUS umumkan siri ROG Phone 6D & 6 Batman Edition! Bakal tiba dengan MediaTek 9000+

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Racing Master Season 3 Bermula – Koenigsegg Agera RS ’15 dan Pelbagai Ciri Baharu Kini Tersedia!
Berita

Racing Master Season 3 Bermula – Koenigsegg Agera RS ’15 dan Pelbagai Ciri Baharu Kini Tersedia!

June 25, 2025
Filem Live Action “Wind Breaker” Umum Barisan Pelakon Utama!
Filem

Filem Live Action “Wind Breaker” Umum Barisan Pelakon Utama!

June 25, 2025
NTE Umum Closed Beta Test Baru pada 3 Julai, Gameplay Ala GTA Turut Diperkenalkan
Beta

NTE Umum Closed Beta Test Baru pada 3 Julai, Gameplay Ala GTA Turut Diperkenalkan

June 25, 2025
Next Post
ASUS umumkan siri ROG Phone 6D & 6 Batman Edition! Bakal tiba dengan MediaTek 9000+

ASUS umumkan siri ROG Phone 6D & 6 Batman Edition! Bakal tiba dengan MediaTek 9000+

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd