Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Zom 100: Bucket List of the Dead Akan Hadir ke Netflix Julai Ini!

Maira by Maira
May 29, 2023 - Updated on June 14, 2023
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Manga
0 0
0
Zom 100: Bucket List of the Dead Akan Hadir ke Netflix Julai Ini!

Kredit imej: Viz

Share on FacebookShare on Twitter

Manga popular Haro Aso dan Koutaro Takata, Zom 100: Bucket List of the Dead telah pun diumumkan adaptasi animenya pada tahun yang lalu. Nampaknya anime ini akan ditayangkan tidak lama lagi. Pengumuman baru melalui Twitter telah mendedahkan tarikh tayangan anime tersebut termasuklah lagu pembukaan dan penamat anime!

Kalau anda ingin tahu, anime Zom 100: Bucket List of the Dead akan hadir ke platform Netflix pada 9 Julai 2023. Anda boleh lihat teaser baharu anime di bawah.

Protagonis siri, Akira Tendo akan disuarakan oleh Shuichiro Umeda manakala heroin Shizuka Mikazuki pula dibawa oleh Tomori Kusunoki. Lagu pembukaan anime “Song of the Dead” akan dipersembahkan oleh Kana-Boon, manakala lagu penutup “Happiness of the Dead” pula dipersembahkan oleh Shiyui.

Sumber: Viz

Untuk pengetahuan anda, siri manga mula diterbitkan melalui majalah Sunday GX milik Shogakukan pada Oktober 2018. Kini sebanyak 13 jilid manga yang telah diterbitkan sejak debut pertamanya. Bukan setakat itu sahaja, ia juga pernah dicalonkan untuk anugerah Eisner. Berikut adalah sinopsis rami siri oleh Viz Media:

“Bertahan daripada serangan zombi lebih baik daripada menjadi hamba gaji! Selepas menghabiskan bertahun-tahun bekerja di sebuah syarikat, kehidupan Akira telah hilang sinarnya. Dia tinggal di sebuah apartmen yang penuh dengan sampah, gajinya tidak seberapa dan dia tidak mempunyai keberanian untuk meluahkan cintanya pada rakan sekerjanya yang cantik. Tetapi apabila serangan zombi memusnahkan bandarnya, ia memberi dorongan yang diperlukannya untuk hidup sendiri. Sekarang, Akira dalam misi untuk melengkapkan kesemua 100 impiannya sebelum dia… menjadi zombi.”

Sumber: Viz

Tidak sabar untuk menonton anime ini nanti. Trailernya juga menunjukkan pelbagai dinamik menarik. Untuk mendapatkan liputan lain mengenai anime daripada kami, boleh klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Haro AsoZom 100: Bucket List of the Dead
ShareTweetSend
Previous Post

Infinity Strash: Dragon Quest The Adventure of Dai akan tiba 28 September 2023, boleh pre-order sekarang!

Next Post

Bleach: Thousand-Year Blood War Part 2 akan tiba Julai 2023, sambungan Shinigami vs Quincy!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Next Post
Bleach: Thousand-Year Blood War Part 2 akan tiba Julai 2023, sambungan Shinigami vs Quincy!

Bleach: Thousand-Year Blood War Part 2 akan tiba Julai 2023, sambungan Shinigami vs Quincy!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime Sakamoto Days Part 2 Akan Ditayangkan Julai 2025, Trailer Baru Diperkenalkan
Anime

Anime Sakamoto Days Part 2 Akan Ditayangkan Julai 2025, Trailer Baru Diperkenalkan

May 14, 2025
Siapakah Ibu Anime Terbaik? Ini Pilihan Peminat Jepun Sempena Hari Ibu!
Anime

Siapakah Ibu Anime Terbaik? Ini Pilihan Peminat Jepun Sempena Hari Ibu!

May 12, 2025
Under 18 x KLEPET – Kolaborasi Komik Terbaru Gempak Starz & Filem Lokal
Tempatan

Under 18 x KLEPET – Kolaborasi Komik Terbaru Gempak Starz & Filem Lokal

May 12, 2025
DAN DA DAN: Evil Eye Akan Tayang di Pawagam Malaysia – Tarikh, Sinopsis & Bonus Eksklusif
Anime

DAN DA DAN: Evil Eye Akan Tayang di Pawagam Malaysia – Tarikh, Sinopsis & Bonus Eksklusif

May 9, 2025
Goblin Slayer Ⅱ & BrownDust2 Bergabung Dalam Kolaborasi Fantasi Anime!
Berita

Goblin Slayer Ⅱ & BrownDust2 Bergabung Dalam Kolaborasi Fantasi Anime!

May 8, 2025
‘Nintama Rantaro: Invincible Master of the Dokutake Ninja’ Tayang di Malaysia 22 Mei Ini!
Anime

‘Nintama Rantaro: Invincible Master of the Dokutake Ninja’ Tayang di Malaysia 22 Mei Ini!

May 8, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd