Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

ZIGMA dinobatkan sebagai juara ROG Masters Asia Pacific 2021!

Amir Haziq by Amir Haziq
April 26, 2021
in Acara, Artikel, Berita, Kejohanan esports
0 0
0
ZIGMA dinobatkan sebagai juara ROG Masters Asia Pacific 2021!
Share on FacebookShare on Twitter

Pasukan ZIGMA dari Thailand telah dinobatkan sebagai juara Counter-Strike ROG Masters Asia Pacific 2021. Mereka telah berjumpa dengan pasukan Huat Zai dari Singapura di peringkat separuh akhir, dan berlawan selama dua jam dengan pasukan Expendables dari Filipina semasa di pertandingan akhir. Mereka telah berjaya memenangi hadiah utama berjumlah US$10,000 (anggaran RM41,055.00).

ZIGMA adalah salah satu pasukan Counter-Strikes terkuat di Thailand. Para pemain ZIGMA di ROG Masters Asia Pacific 2021 terdiri dari pemain muda, iaitu Reality, 23 tahun sebagai ketua pasukan, RoLEX, 20 tahun, Geniuss, 22 tahun, Niffy, 19 tahun, JUSTCAUSE, 25 tahun, 1Ackerman, 20 tahun, dan CigaretteS, 25 tahun. CigaretteS menjadi pemain dengan kill to death ratio (KDR) yang tertinggi, iaitu sebanyak 1.81 semasa kejohanan.

Perjalanan menjadi sang Juara

  • Regional Qualifiers: ZIGMA telah melayakkan pasukan mereka ke ROG Masters Asia Pacific selepas mengalahkan 34 pasukan untuk mewakili Thailand pada 27 Mac 2021.
  • APAC Championship Round of 32 & 16: ZIGMA kemudian mengalahkan juara Korea, pasukan Four Seasons Gaming, dan menewaskan pasukan Fortez dari Indonesia di Round of 16 APAC Championship.
  • APAC Championship Semifinal: Semasa di empat kumpulan terakhir, ZIGMA menewaskan pasukan kegemaran dari Singapura, Huat Zai dengan memenangi 2 perlawanan.
  • APAC Championship Grand Final: Pada 25 April 2021, ZIGMA telah menewaskan pasukan Expendables dari Filipina, selepas mengakhiri perlawanan sengit antara mereka yang berlangsung selama dua jam.

Di pusingan pertama, ZIGMA memenangi 16 mata di peta Overpass. Expendables kemudian membalas semula dengan mengalahkan mereka di peta Mirage. Namun, ZIGMA berjaya mendapatkan kemenangan selepas mengalahkan Expendables dengan skor 16:9 semasa pusingan akhir di peta Inferno.

Secara keseluruhan, ZIGMA telah bermain 9 pusingan sepanjangan kejohanan, mereka memenangi lapan pusingan dengan satu kekalahan semasa melawan Expendables di perlawanan akhir.

Anda boleh menonton semula perlawanan akhir antara ZIGMA menentang Expendables dengan menekan pautan saluran Twitch rasmi ROG. Maklumat mengenai perlawanan pula telah tersedia di laman web kejohanan. Butiran kejohanan juga boleh di lihat di halaman CS Liquipedia ROG Masters 2021.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: cs goROG Masters Asia Pasifik eSportsThailandZIGMA
Previous Post

Nama siapa di dalam nota mesti mati! Kolaborasi Identity V × Death Note kini bermula

Next Post

Godfall akan dijangka hadir ke PS4 bermula Mei ini!

Amir Haziq

Amir Haziq

Pelajar RekaBentuk Permainan Digital. Peminat Nintendo dan gunpla dari dulu hingga sekarang. Separuh masa pelajar dan separuh masa pemain kompetitif permainan mobile.

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Godfall akan dijangka hadir ke PS4 bermula Mei ini!

Godfall akan dijangka hadir ke PS4 bermula Mei ini!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd