Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Zenless Zone Zero Update 1.5 ‘Astra-nomical Moment’ Akan Tiba 22 Januari!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
January 13, 2025
in Action, Android, Artikel, Berita, Epic Store, Gacha, iOS, Mobile, PC, PS5
0 0
0
Zenless Zone Zero Update 1.5 ‘Astra-nomical Moment’ Akan Tiba 22 Januari!
Share on FacebookShare on Twitter

HoYoverse telah mengumumkan bahawa update 1.5 yang dinanti-nantikan, ‘Astra-nomical Moment‘ untuk Zenless Zone Zero, akan dilancarkan pada 22 Januari 2025. Update ini memperkenalkan pelbagai kandungan baharu, termasuk Agent, game mode, dan acara untuk memulakan tahun baru dengan penuh gaya.

Watak Baharu Menjadi Tumpuan

Kredit: HoYoverse

Watak utama update ini, Astra Yao, akan memberikan persembahan Tahun Baru yang memukau di New Eridu. Sebagai S-Rank Ether Support Agent, Astra menawarkan kebolehan unik, termasuk kemampuan untuk memasuki Idyllic Cadenza, memberikan bonus damage kepada seluruh pasukan dan terus memberikan buff walaupun bertukar Agent. Astra juga merupakan watak healer pertama dalam game, dengan Ultimate yang mampu mencederakan musuh sambil memulihkan HP seluruh pasukan.

Kredit: HoYoverse

Bersama Astra, Evelyn, penjaga setianya, turut diperkenalkan sebagai S-Rank Fire Attack Agent. Serangannya menjana ‘Burning Tether Points’, membolehkan Evelyn melancarkan Chain Attack yang kuat. Ultimate pertamanya membuka Dance of Awakened Fire, di mana Ultimate seterusnya akan memaparkan animasi baharu.

Kredit: HoYoverse

Selain itu, update ini memperkenalkan rakan Bangboo S-Rank baharu, Snap, yang mampu menangkap memori dalam game dengan kameranya. Watak kegemaran peminat seperti Ellen (S-Rank Ice Attack Agent) dan Qingyi (S-Rank Electric Stun Agent) juga akan kembali dalam banner Versi 1.5.

Ciri Gameplay dan Acara Baharu

Urban Video Game Festival memperkenalkan Mach 25, permainan arked parkour baharu di mana pemain berlumba dengan pelbagai kenderaan dalam persaingan mendebarkan di Godfinger. Sementara itu, Bizarre Brigade menambah mod PvE 2-pemain dan meluaskan senarai watak dengan tujuh Dream Seekers baharu, termasuk Wise, Belle, dan anggota Cunning Hares.

Kredit: HoYoverse

Bagi pemain yang mencari cabaran, dua game mode baharu turut diperkenalkan:

  • Perpetrator Battle: Mod berisiko tinggi yang boleh diakses melalui Hollow Zero, memerlukan penggunaan Agent, Gear eksklusif, dan Resonia secara strategik.
  • Endless Tower: The Last Stand: Pemain mendaki menara dalam fasa 10 tingkat, setiap satu dengan efek pertarungan unik.
Kredit: HoYoverse

Kosmetik dan Aktiviti Musim Baharu

Kredit: HoYoverse

Zenless Zone Zero versi 1.5 memperkenalkan kostum baharu lagi bergaya untuk Astra, Ellen, dan Nicole, membolehkan pemain menghias watak kegemaran mereka. Dalam pertandingan Bangboo “Ridu’s Got Boo”, pemain boleh membantu Eous memenangi kejohanan dan memperoleh ganjaran, termasuk kostum baharu Nicole.

Kejohanan Elpis Ultimate Angler Championship juga membuat debut, memberikan peluang kepada pemain untuk mempamerkan kemahiran memancing mereka dan memenangi hadiah, termasuk wallpaper dinamik eksklusif.

Bagi yang berminat, Zenless Zone Zero boleh dimainkan di PlayStation 5, PC, iOS, dan Android.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Zenless Zone Zero
ShareTweetSend
Previous Post

Elden Ring Nightreign: Pendaftaran “Closed Network Test” Kini Dibuka!

Next Post

Reviu Dynasty Warriors: Origins – Evolusi Kepada Saga Three Kingdoms!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Manga Kaiju No. 8 Bakal Tamat Dalam 2 Bab Lagi
Anime

Manga Kaiju No. 8 Bakal Tamat Dalam 2 Bab Lagi

June 6, 2025
Next Post
Reviu Dynasty Warriors: Origins – Evolusi Kepada Saga Three Kingdoms!

Reviu Dynasty Warriors: Origins - Evolusi Kepada Saga Three Kingdoms!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd