Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Zenless Zone Zero Update 1.4 ‘A Storm of Falling Stars’ Akan Tiba 18 Disember!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
December 9, 2024
in Action, Android, Artikel, Berita, iOS, Mobile, PC, PS5
0 0
0
Zenless Zone Zero Update 1.4 ‘A Storm of Falling Stars’ Akan Tiba 18 Disember!
Share on FacebookShare on Twitter

Peminat Zenless Zone Zero boleh menantikan kemaskini penuh aksi apabila Versi 1.4, bertajuk “A Storm of Falling Stars,” dilancarkan secara global pada 18 Disember. Pembangun HoYoverse menjanjikan pelbagai kandungan baharu menarik, penambahbaikan gameplay, dan Agent baharu dalam kemaskini serba baharu ini.

Update kali ini membawa Proxy lebih jauh ke dalam cerita, ketika mereka menghadapi akibat konspirasi Vision Corporation dan membongkar rahsia tersembunyi tentang watak utama. Bab 5 memperkenalkan kebangkitan Perlman, mendedahkan latar belakang Wise dan Belle.

Ketika keselamatan awam New Eridu melalui perubahan kepimpinan, Proxy akan bekerjasama dengan Section 6 untuk merungkai misteri di Port Elpis.

Penambahbaikan Gameplay dan Ciri Baharu

Versi 1.4 memperkenalkan penambahbaikan besar untuk pengalaman bermain yang lebih lancar:

Kredit: HoYoverse
  • Main Story Stage yang Diperbaharui: Bab dari Prolog hingga Bab 3 kini direka semula untuk integrasi lancar ke dalam sistem HDD.
  • Kemas Kini TV Mode: Cerita utama akan beralih dari TV Mode ke story stage, membolehkan akses langsung ke pertarungan dan penerokaan.
  • Quality Time Mode: Proxy kini boleh berjalan-jalan di New Eridu bersama Agent mereka, meningkatkan penghayatan cerita.
  • Penambahbaikan Pertempuran: Decibel tidak lagi dikongsi antara pasukan, membolehkan pemain melancarkan serangan Ultimate berturut-turut untuk pertempuran yang lebih epik.
  • Ciri Quick Sweep: Memudahkan cabaran Shiyu Defense serta mempercepatkan proses peningkatan watak.

Agent dan Game Mode Baharu

Versi 1.4 memperkenalkan Agent baharu tersebut:

  • Hoshimi Miyabi (S-Rank Frost Anomaly): Pemburu Void termuda di Section 6, Miyabi menggunakan Ethereal-Slaying Katana – Tailless dengan ketepatan luar biasa. Sebagai agent Frost Anomaly, dia mengelilingi musuh dengan Icefire, mencetuskan Frost Anomaly dan efek khas. Pergerakannya yang pantas dan serangan yang tepat membolehkannya mengumpul Fallen Frost, melancarkan serangan ke hadapan yang sangat kuat sebelum menyarungkan pedangnya dengan elegan.
Kredit: HoYoverse
  • Asaba Harumasa (S-Rank Electric Attack): Seorang lagi bintang Section 6, Harumasa mahir menggunakan busur dan pedang sebagai agent Electric. Dengan skil Electro Quiver, Harumasa menandakan musuh dan melancarkan serangan yang tidak dijangka. Proxy juga boleh meneroka kisah tersembunyi Harumasa melalui OVA khasnya. Proxy yang mencapai tahap Inter-Knot Lv. 8 boleh membuka Asaba Harumasa secara percuma selepas Versi 1.4 dilancarkan.
Kredit: HoYoverse

Game mode baharu termasuk:

  • Kemas Kini pada Hollow Zero: Shadows Lost dan Deadly Assault menawarkan cabaran pertempuran intensif di Lost Void.
  • Acara Reverb Arena: Menampilkan permainan unik seperti tower defense bertemakan Bangboo.
Kredit: HoYoverse

Update 1.4 ini juga menandakan pelancaran rasmi Zenless Zone Zero di PlayStation 5 Pro pada 18 Disember. Dengan teknologi ray-tracing dan prestasi yang dipertingkatkan, pemain akan menikmati pengalaman visual yang lebih immersive. Update ini akan tersedia di PlayStation 5, PC, iOS, dan Android, menjadikan era semakin menarik untuk game ini.

Zenless Zone Zero
Release Date TBC
iOS, Microsoft Windows
Zenless Zone Zero atau ZZZ merupakan game terbaru daripada HoYoverse, yang juga popular dengan game seperti Honkai Impact 3rd, Genshin Impact dan Tears of Themis. Game ini akan membawa pemain ke sebuah dunia yang dipanggil New Eridu.
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Zenless Zone Zero
ShareTweetSend
Previous Post

Kazuki Yao Akan Bersara Sebagai Suara Franky Dalam One Piece

Next Post

Sonic Rumble Lancar Awal Di Malaysia – Muat Turun Sekarang!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Sonic Rumble Lancar Awal Di Malaysia – Muat Turun Sekarang!

Sonic Rumble Lancar Awal Di Malaysia – Muat Turun Sekarang!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd