Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Zenless Zone Zero Buka Pendaftaran Beta Kedua! Daftar Sekarang!

Maira by Maira
November 6, 2023
in Android, Artikel, Berita, Beta, Game, iOS, Mobile, PC
0 0
0
Zenless Zone Zero Buka Pendaftaran Beta Kedua! Daftar Sekarang!

Sumber: HoYoverse

Share on FacebookShare on Twitter

HoYoverse mengumumkan ujian beta tertutup kedua, juga dikenali sebagai Equalizing Test, untuk game ARPG Zenless Zone Zero (ZZZ) yang dinanti-nantikan. Tajuk itu kembali dengan beberapa siri perubahan dan kemas kini kandungan yang merangkumi cerita baharu dan kawasan yang boleh diterokai, banyak watak yang boleh dimainkan, mekanik combat yang direka semula, serta bandar yang telah dibaik pulih sepenuhnya dengan gameplay baharu yang mengasyikkan. Ujian beta akan datang ini akan tersedia pada PC, iOS dan Android. Anda boleh mendaftar melalui laman web rasmi.

Tentang Zenless Zone Zero

Game ARPG fantasi bandar yang serba baharu oleh HoYoverse. Dalam cerita game, tamadun kontemporari telah dimusnahkan oleh bencana ghaib yang dikenali sebagai Hollows. Di tengah-tengah malapetaka yang melanda ini, bandar New Eridu telah bangkit menentang rintangan dengan memanfaatkan teknologi dan sumber yang diperlukan untuk memerangi Hollow, secara beransur-ansur berkembang menjadi harapan terakhir tamadun moden. Pemain akan bermain sebagai Proksi — seorang profesional yang pakar dalam membimbing orang dalam penerokaan Hollows mereka, dan memulakan pengembaraan dengan sekumpulan sahabat unik untuk menakluk musuh yang tidak dikenali dan membongkar misteri di sebalik New Eridu.

Sumber: HoYoverse

ZZZ juga memaparkan IP kendiri dan penceritaan naratif bercampur. Dalam beta terbarunya, pemain akan dapat meneroka bab cerita baharu yang berpusat pada Belobog Heavy Industries — salah satu puak utama dalam game. Satu siri mekanik gameplay bandar yang mengasyikkan ditambah pada beta yang akan datang, pemain akan dapat menyiasat Proxy Network yang dikenali sebagai Inter-Knot dan mengambil komisen atau bermain game arked dengan rakan-rakan, haiwan kesayangan yang disayangi dan berkeliaran di sekitar Sixth Street yang meriah.

Sumber: HoYoverse

Game ini menampilkan gaya seni dan design muzik yang unik yang memberikan audio-visual imersif. Dalam beta tertutup yang akan datang, bandar New Eridu akan dirombak lagi dengan kemas kini visual skala penuh berdasarkan beta sebelumnya. Senarai lagu juga akan menjadi lebih moden, bertenaga dan groovy. Selain itu, tiga watak baharu, masing-masing dengan latar belakang dan daya tarikan mereka yang unik, akan datang ke New Eridu untuk bekerjasama dengan pemain.

Sumber: HoYoverse

Selain itu, sudaht tentu aksi yang mendebarkan menanti pemain. Dengan mengukuhkan impak dan irama animasi combat dan memperkenalkan mekanik Perfect Assist yang serba baharu, versi lebih mesra berbanding sebelum ini kepada pendatang baru game aksi. Pada masa yang sama, ia memperkenalkan mod cabaran yang baru dibangunkan – Hollow Zero, yang bukan sahaja berfungsi sebagai latar yang penting dalam cerita tetapi juga pasti memenuhi jangkaan pemain game aksi veteran daripada segi pengalaman pertempuran.

Jadi apa yang anda tunggu lagi? Cepat-cepat daftarkan diri di laman web rasmi ZZZ. Untuk membaca berita lain mengenai Zenless Zone Zero daripada kami, boleh klik pautan ini.

Zenless Zone Zero
Release Date TBC
iOS, Microsoft Windows
Zenless Zone Zero atau ZZZ merupakan game terbaru daripada HoYoverse, yang juga popular dengan game seperti Honkai Impact 3rd, Genshin Impact dan Tears of Themis. Game ini akan membawa pemain ke sebuah dunia yang dipanggil New Eridu.
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: HoYoverseZenless Zone ZeroZZZ
ShareTweetSend
Previous Post

Like a Dragon: Infinite Wealth Preview — Combat yang Menyerlah Serta Game Mini yang Menarik [ICC 2023]

Next Post

Siri Marvel Baharu “ECHO” Bakal Tayang pada Januari 2024, Trailer Rasmi Didedahkan!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Reviu Yasha: Legends of the Demon Blade – Roguelike Mitologi Jepun Penuh Dengan Gaya
Review

Reviu Yasha: Legends of the Demon Blade – Roguelike Mitologi Jepun Penuh Dengan Gaya

Yu-Gi-Oh! World Championship 2025 Qualifier Bermula di MASTER DUEL & DUEL LINKS
Acara

Yu-Gi-Oh! World Championship 2025 Qualifier Bermula di MASTER DUEL & DUEL LINKS

May 23, 2025
Filem Avengers: Doomsday & Secret Wars Ditunda, Kedua-dua Ditangguh 9 Bulan
Filem

Filem Avengers: Doomsday & Secret Wars Ditunda, Kedua-dua Ditangguh 9 Bulan

May 23, 2025
Next Post
Siri Marvel Baharu “ECHO” Bakal Tayang pada Januari 2024, Trailer Rasmi Didedahkan!

Siri Marvel Baharu "ECHO" Bakal Tayang pada Januari 2024, Trailer Rasmi Didedahkan!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

Netflix Sedang Membangunkan Siri Animasi Clash of Clans!
Animasi

Netflix Sedang Membangunkan Siri Animasi Clash of Clans!

May 21, 2025
DLC “DAIMA” untuk Dragon Ball Xenoverse 2 Bakal Akan Datang 22 Mei
DLC

DLC “DAIMA” untuk Dragon Ball Xenoverse 2 Bakal Akan Datang 22 Mei

May 21, 2025
Kehidupan Himawari Semasa Timeskip – Ikemoto Ceritakan Kisah Anak Naruto
Anime

Kehidupan Himawari Semasa Timeskip – Ikemoto Ceritakan Kisah Anak Naruto

May 20, 2025
The Two Embers – Filem Animasi Inovatif yang Ditayangkan Dalam Game
Animasi

The Two Embers – Filem Animasi Inovatif yang Ditayangkan Dalam Game

May 20, 2025
Malam Gala Ejen Ali The Movie 2 – Cabaran Pelakon Suara, Filem Ketiga & Spin-off Rizwan?
Anime

Malam Gala Ejen Ali The Movie 2 – Cabaran Pelakon Suara, Filem Ketiga & Spin-off Rizwan?

May 20, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd