Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Zaiyuki – Anime baru oleh artis One Punch Man, ilham Journey to the West! [UPDATE]

Razin Syafiq by Razin Syafiq
February 27, 2023 - Updated on March 7, 2023
in Animasi, Anime, Artikel, Berita
0 0
0
Zaiyuki – Anime baru oleh artis One Punch Man, ilham Journey to the West! [UPDATE]
Share on FacebookShare on Twitter

UPDATE: Baru-baru ini, akaun Twitter rasmi untuk Yusuke Murata (pelukis One-Punch Man dan Eyeshield 21) telah mendedahkan teaser animasi baharu untuk projek anime ‘Zaiyuki‘ yang dilakukan bersama Studio Village. Dimuat naik dalam dua tweet berasingan tanpa audio dan sari kata audio, teaser ini memberikan gambaran lebih jelas kepada kehidupan watak utama.

Dalam video pertama, kita dapat melihat protagonis adalah seorang kappa bernama Gojo (nama tidak rasmi) dengan pelbagai kelemahan -tidak tahu berenang, selalu kalah dalam sumo, dan membenci timun- sedangkan itu semua ciri-ciri seorang makhluk kappa.

いったんAパートの出来上がってるとこだけ字幕つけてまとめてみました。重いので分割1/2。 pic.twitter.com/is8xSHrHom

— 村田雄介 (@NEBU_KURO) March 6, 2023

Tidak lama selepas itu, dia cuba mengambil bahagian dalam permainan loteri di karnival dan berjaya memenangi hadiah utama iaitu pakej lawatan ke India. D lapangan terbang, dia sedang menunggu dalam barisan apabila seorang lelaki tua datang menghampirinya untuk meminta bantuan.

分割2/2。オリジナルのアニメを制作中です。 pic.twitter.com/2iSUaECMmN

— 村田雄介 (@NEBU_KURO) March 6, 2023

Gojo menerima sekeping gambar dan bola misteri daripada lelaki itu di mana seekor monyet emas tiba-tiba menetas keluar daripada bola apabila si Kappa tiba di India. Untuk memburukkan keadaan, pihak polis pun mengepung mereka lantas membuatkan monyet itu (Sun Wukong) mengeluarkan tongkat merah lalu melindungi Gojo.

Kemudian, duo itu ditarik ke dalam van yang dipandu oleh lelaki dalam gambar sambil turut ditemani oleh seorang wanita cantik dengan ciri-ciri haiwan. Maka, mula mulalah pengembaraan mereka.

Artikel original adalah seperti berikut:


Di dalam dunia manga dan anime, Yusuke Murata adalah antara artis paling terkenal di bidang itu dengan karya-karya hebat seperti One Punch Man dan Eyeshield 21. Kini, semua komuniti anime tertumpu padanya sekali lagi kerana Murata baru sahaja mendedahkan info eksklusif tentang produksi anime pertamanya, Zaiyuki!

Khususnya, Murata memuat naik teaser anime yang ‘simple’ dan lakaran bagi reka bentuk watak utama di halaman Twitter. Berikut adalah teaser-nya:

告知 pic.twitter.com/j3HtmQUhXh

— 村田雄介 (@NEBU_KURO) February 24, 2023

Ini merupakan “projek anime besar pertama” untuk Village Studio; sebuah studio anime serba baharu yang dicipta bersama bantuan Murata. Jika semua berjalan lancar, saya harapkan nilai produksi pun berkualiti seperti One Punch Man Season 1 walaupun pasukan mereka kecil.

Daripada segi jalan cerita, Zaiyuki menceritakan tentang seorang budak kappa (makhluk mitologi Jepun) yang memulakan pengembaraan besar selepas bertemu dengan seorang pemburu harta karun. Daripada mesejnya di Twitter, Murata mengusik cerita itu akan memfokuskan pada tema “kekayaan”, “bersalah” dan “keberanian” di mana latar belakang umum diinspirasikan oleh kisah dongeng Journey to the West.

Selain teaser tadi, Murata turut menunjukkan reka bentuk bagi empat watak utama, yang juga diilhamkan oleh Journey to the West. Berikut adalah reka bentuknya (segala nama di bawah belum disahkan, hanya penterjemahan kasar):

Kappa Gojo dan pemburu harta karun Xuanzang/Genjo
Rose, pembantu Genjo
Sun Wukong

Malangnya, Murata tidak mendedahkan butiran lanjut tentang anime Zaiyuki seperti tarikh keluaran tepat, naratif, pelakon suara dan bentuk format anime ini; (sama ada ia filem, OVA atau siri anime penuh). Jadi peminat terpaksa menunggu sedikit lebih lama untuk info lanjut.

Memandangkan ini anime pertama Yusuke Murata selepas sekian lama terlibat dengan One Punch Man, saya faham ramai yang tidak sabar untuk melihat Zaiyuki, jadi moga-moga ia keluar seawal tahun ini.


Untuk membaca segala liputan kami tentang siri One Punch Man termasuk spoiler dan fakta menarik lain, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animeOne Punch ManYusuke MurataZaiyuki
Previous Post

Demo Akhir Wo Long: Fallen Dynasty Kini Boleh Dimainkan!

Next Post

Black Clover 352 – Ryu akhirnya gunakan Tengentsu dan kalahkan Five-Headed Dragon

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Gaming Phone Terbaik Bawah RM2000 di Malaysia untuk 2025
Smartphone

Gaming Phone Terbaik Bawah RM2000 di Malaysia untuk 2025

May 30, 2025
Bravely Default: Flying Fairy HD Remaster – Info Baharu Tentang Dunia, Mini-Game, Kelas & Banyak Lagi
Remastered

Bravely Default: Flying Fairy HD Remaster – Info Baharu Tentang Dunia, Mini-Game, Kelas & Banyak Lagi

May 30, 2025
FRONT MISSION 3: Remake Bakal Keluar Di Nintendo Switch Pada 26 Jun
Remake

FRONT MISSION 3: Remake Bakal Keluar Di Nintendo Switch Pada 26 Jun

May 30, 2025
Next Post
Black Clover 352 – Ryu akhirnya gunakan Tengentsu dan kalahkan Five-Headed Dragon

Black Clover 352 - Ryu akhirnya gunakan Tengentsu dan kalahkan Five-Headed Dragon

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025
Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

May 26, 2025
Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year
Anime

Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year

May 26, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd