Sudah setahun lebih tiada berita, tahu-tahu sahaja Netflix telah mengumumkan tarikh tayangan untuk adaptasi live action Yu Yu Hakusho! Melalui X, diumumkan bahawa Yu Yu Hakusho live action akan ditayangkan pada 14 Disember 2023! Pengumuman tersebut turut menyertakan teaser pendek.
Kita telah pun didedahkan dengan barisan pelakon utama siri pada Julai 2022 bersama-sama poster pelakon dalam kostum masing-masing. Berikut adalah pelakon-pelakon tersebut:
- Yusuke Urameshi: Takumi Kitamura (Tokyo Revengers, I Want to Eat Your Pancreas)
- Kurama: Jun Shison (The Night Beyond the Tricornered Window, Senpai to Kanojo)
- Hiei: Kanata Hongo (Fullmetal Alchemist, Kingdom, GANTZ)
- Kazuma Kuwabara: Shuhei Uesugi (One Week Friends, Our 30 Minute Sessions)
Adaptasi ini akan dihasilkan oleh ROBOT COMMUNICATIONS, syarikat yang sama menghasilkan siri Alice in Borderland. Jadi ada kemungkinan besar ia akan diadaptasi dengan baik. Apa pun kita tunggu sahaja trailer rasmi yang memaparkan lakonan watak ditayangkan nanti.
Tentang Yu Yu Hakusho

Untuk anda yang tidak mengenali siri ini, ia merupakan siri manga yang dihasilkan oleh Yoshihito Togashi dan diterbitkan melalui Shonen Jump pada 1990. Selepas itu, ia mendapat adaptasi anime pada tahun 1992 sehingga 1994 yang berjumlah 112 episod yang dikeluarkan oleh Fuji TV. Tajuk itu juga telah menerima beberapa game video. Pada tahun 2018, KLab mengeluarkan permainan mudah alih siri itu untuk meraikan ulang tahun ke-25 siri ini.
Untuk mendapatkan liputan lain mengenai siri live action daripada kami, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post