Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Yu-Gi-Oh mengumumkan manga baru yang menceritakan asal-usul kad

Razin Syafiq by Razin Syafiq
March 17, 2022
in Anime, Artikel, Berita, Manga
0 0
0
Yu-Gi-Oh mengumumkan manga baru yang menceritakan asal-usul kad
Share on FacebookShare on Twitter

Yu-Gi-Oh nampaknya akan mendapat manga baru, yang kali ini menceritakan asal-usul tentang beberapa kad popular. Dalam isu terbaru V Jump, terdapat teaser untuk manga ini, yang menampilkan siluet bagi watak Sky Striker Ace- Raye.

Gambar kad sebenar

Pengumuman ini menjadi viral selepas ditemui oleh fan-site Yu -Gi-Oh Starlight di mana beberapa orang berjaya menemui identiti sebenar bagi watak siluet tadi lalu menjelaskan bahawa manga ini bukan sahaja akan mengisahkan tentang Raye, malah akan bercerita tentang sejumlah kad Yu-Gi-Oh termasuk sejarah dan asal usulnya.

Muka depan untuk manga original

Memandangkan majalah V Jump akan menerbitkan manga ini, setiap bab baru mungkin akan keluar secara bulanan. Buat masa ini, saya tidak pasti bila manga Yu-Gi-Oh ini akan keluar, tetapi khabar angin memberitahu bahawa ia akan bermula pada April 2022.

Manga ini pasti akan menjadi popular di kalangan peminat yang ingin belajar lebih lagi tentang ‘Duel Monsters’. Versi anime telah menjelaskan secara mendalam asal usul bagi beberapa kad terkenal, tetapi itu tidak cukup untuk memuaskan hati peminat tegar. Selepas keluaran ‘Yu-Gi-Oh! Master Duel’ pada bulan Januari 2022, fancais Yu-Gi-Oh sebenarnya melonjak dalam populariti – jadi ini memang adalah masa terbaik untuk melancarkan projek manga baru yang lebih fokus kepada watak kad berbanding watak manusia yang mengawalnya.

Yu-Gi-Oh! merupakan francais permainan, anime dan manga dari Jepun yang direka oleh Kazuki Takahashi, yang melibatkan permainan kad bernama Duel Monsters di mana setiap pemain bermain kad untuk cuba menewaskan pihak lawan. Di Malaysia, siri anime ini pernah disiarkan melalui Ntv7 dengan dubbing Bahasa Melayu manakala versi manganya pernah diterjemahkan dalam Bahasa Melayu oleh Comics House.

Untuk segala liputan kami tentang Yu-Gi-Oh!, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: mangaYu-Gi-Oh
Previous Post

Episod baru My Dress-Up Darling dikritik sebagai rasis oleh peminat barat!

Next Post

Teaser untuk filem terbaru dari Les’ Copaque, Puteri Limau Kasturi

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Teaser untuk filem terbaru dari Les’ Copaque, Puteri Limau Kasturi

Teaser untuk filem terbaru dari Les' Copaque, Puteri Limau Kasturi

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd