Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Yu-Gi-Oh! MASTER DUEL Meraikan 1000 Hari dengan Kempen Baru & Ganjaran Percuma!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
November 8, 2024
in Android, Artikel, Berita, iOS, Mobile, Nintendo Switch, PC, PS4, PS5, Steam, Trading Card Game, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Yu-Gi-Oh! MASTER DUEL Meraikan 1000 Hari dengan Kempen Baru & Ganjaran Percuma!
Share on FacebookShare on Twitter

KONAMI secara rasmi telah mengumumkan kempen perayaan untuk hari ke-1000 sejak pelancaran permainan kad digital popular, Yu-Gi-Oh! MASTER DUEL!

Untuk memperingati pencapaian ini, KONAMI telah melancarkan kempen in-game istimewa dengan pelbagai ganjaran dan kandungan edisi terhad. Pemain yang log masuk semasa tempoh perayaan ini akan menerima 1000 Free Gem sebagai penghargaan, bersama Pack Ticket yang boleh ditebus untuk pek Geas of the Light baharu, menambah lebih banyak kad ke koleksi.

Kredit: KONAMI

Selain itu, pemain juga boleh menuntut Anniversary Set yang menampilkan aksesori bertema eksklusif, termasuk Duel Field, Card Protectors, Card Case, dan Profile Icon istimewa, yang menambah gaya pada setiap duel.

Salah satu tambahan istimewa dalam kempen ini ialah kemunculan kad ilustrasi alternatif Evil★Twin. Pertama kali diperkenalkan melalui animasi Yu-Gi-Oh! CARD GAME THE CHRONICLES, kad Evil★Twin ini menampilkan duo dinamik Evil★Twin Ki-sikil dan Evil★Twin Lil-la, yang bekerjasama dalam Secret Pack: Electron Illusions.

Kredit: KONAMI

Peminat boleh menerokai sinergi unik monster Fiend DARK dan LIGHT ini yang bergabung untuk melancarkan serangan yang kuat terhadap lawan mereka, menjadikannya pilihan yang versatil untuk para duelist.

Kini sebahagian dalam Yu-Gi-Oh! World Championship, Yu-Gi-Oh! MASTER DUEL telah membuktikan dirinya sebagai platform digital utama untuk memainkan permainan kad Yu-Gi-Oh! yang epik. Tersedia di semua platform utama, termasuk PS5, PS4, Xbox Series X|S, Xbox One, Steam, Nintendo Switch, iOS, dan Android, Yu-Gi-Oh! MASTER DUEL boleh diakses oleh pemain di seluruh dunia.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi di SINI!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Yu-Gi-Oh! Master Duel
ShareTweetSend
Previous Post

Dragon Ball – Black Frieza, Transformasi Terkuat Saing God of Destruction!

Next Post

Rebut Peluang Untuk Tonton PMGC Grand Finals Di London Bersama Infinix!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Manga Kaiju No. 8 Bakal Tamat Dalam 2 Bab Lagi
Anime

Manga Kaiju No. 8 Bakal Tamat Dalam 2 Bab Lagi

June 6, 2025
Next Post
Rebut Peluang Untuk Tonton PMGC Grand Finals Di London Bersama Infinix!

Rebut Peluang Untuk Tonton PMGC Grand Finals Di London Bersama Infinix!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd