Daripada manga, menjadi kad game sehinggalah adaptasi anime, Yu-Gi-Oh! sememangnya sebuah francais yang besar. Rasanya ramai antara kita telah menonton animenya di TV semasa kecil. Mesti ada yang rindu untuk menontonnya semula. Berita baiknya, Netflix telah membawa siri anime Yu-Gi-Oh ke platform penstriman mereka! Jadi anda yang tidak pernah tonton atau ingin menonton semula, bolehlah melanggan Netflix sekarang!

Kepada anda yang tidak mengenali francais ini, merupakan siri manga yang dihasilkan oleh Kazuki Takahashi dan diterbitkan melalui majalah Jump pada 1996. Yu-Gi-Oh membawa anda mengikuti kisah Yugi Mato, yang telah menyelesaikan Millenium Puzzle purba. Puzzle tersebut telah membangkitkan alter-ego dalam tubuhnya yang menyelesaikan konfliknya menggunakan pelbagai game.

Untuk siri anime yang tersedia dalam Netflix, ia lebih tertumpu kepada game kad “Duel Monsters”, di mana setiap pemain akan menggunakan kad untuk bertarung dengan raksasa fantasi, sama seperti perlawanan kad Yu-Gi-Oh di dunia sebenar.
Yu-Gi-Oh Duel Monster mempunyai 224 episod kesemuanya, tetapi buat masa ini hanya musim pertama sahaja yang ditayangkan. Untuk musim pertama, ia mempunyai 52 episod kesemuanya dengan pelbagai sari kata tersedia seperti bahasa Melayu, bahasa Inggeris, Cina (simplified) dan Cina (tradisional). Alihan suara yang tersedia hanyalah dalam bahasa Jepun.

Berikut adalah sinopsis untuk musim pertama Yu-Gi-Oh Duel Monster:
Kisah ini mengikuti Yugi Muto, seorang budak lelaki yang menyiapkan artifak Mesir kuno yang dikenali sebagai Millenium Puzzle, yang membuatkannya mewarisi semangat alter-ego. Selepas mengalahkan pesaingnya, Seto Kaiba, dalam game Duel Monsters, Yugi didekati oleh Maximillion Pegasus, pencipta Duel Monsters, yang menggunakan kuasa Item Millenium lain, Millennium Eye, untuk memerangkap jiwa datuk Yugi. Disertai oleh rakan-rakannya, Yugi menyertai kejohanan Duelist Kingdom Pegasus untuk mengalahkan Pegasus dan membebaskan jiwa datuknya.
Untuk mendapatkan liputan lain mengenai Yu-Gi-Oh daripada kami, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post