Konami Digital Entertainment Limited (KONAMI) mendedahkan butiran mengenai ulang tahun ke-7, Yu-Gi-Oh! DUEL LINKS dan kempen sambutan yang penuh dengan hadiah hebat. Seperti yang didedahkani, Yu-Gi-Oh! DUEL LINKS 7 th Anniversary Celebration Campaign sedang dijalankan, memberikan Duelist dengan pelbagai hadiah yang sesuai dengan sambutan tersebut. Ia termasuk kad ikonik Ultra Prismatic Foil Rarity, 20 pek kad, aksesori istimewa ulang tahun ke-7, tiket untuk menukar Skill, kad dan watak, dan 1,000 gem – semuanya percuma!

Kad ikonik yang boleh pemain dapatkan adalah Swords of Revealing Light yang boleh menahan serangan. Duelist boleh menerima kad SPEED DUEL ini dalam Ultra Prismatic Foil Rarity yang menakjubkan secara percuma bersama-sama dengan Cards of the Swords Legend Skill baharu yang menyokongnya. Pemain juga boleh menerima tiga Prismatic Foil Rarity SPEED DUEL edisi Blue- Eyes White Dragon, serta Prismatic Foil Rarity RUSH DUEL edisi Shield and Sword.

Berikut adalah senarai penuh ganjaran log masuk sempena sambutan:
- 1 x Swords of Revealing Light (Speed) – Ultra Prismatic Foil Rarity
- 1 x Cards of the Swords Legend Skill
- 3 x Blue-Eyes White Dragon (Speed) – Prismatic Foil Rarity
- 1 x Shield and Sword (Rush) – Prismatic Foil Rarity
- 10 x Phoenix Blaze (Speed) Packs dan 10 x Heavy Metal Scream (Rush) Pack
- 1 x The Ultimate Ace Breaker Structure Deck (Rush)
- 2 x Legendary Duelists Rainbow Pack (Rush) (including 1 random UR/SR card per pack)
- 1 x UR Dream Ticket (Speed/Glossy) dan 1x SR Dream Ticket (Speed/Glossy)
- 1 x UR Ticket (Speed/Prismatic)
- 1 x SR Ticket (Speed/Prismatic) dan 1 x UR/SR Ticket (Speed/Normal)
- 1 x Skill Ticket dan 1 x Character Unlock Ticket
- 1 x Game Mat dan 1 x Card Sleeve
- 1,000 Gem

Bukan setakati itu sahaja, terdapat juga misi khas yang akan tersedia untuk pemain selesaikan. Dengan melengkapinya, pemain berpeluang untuk mendapatkan ikon khas Yugi dan Yuga termasuklah 777 gem.
Anda boleh lawati laman web rasmi game untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai sambutan ulang tahun ini. Untuk mendapatkan segala liputan mengenai Yu-Gi-Oh daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post