Sempena ulang tahun ke-25 game kad, Yu-Gi-Oh! Duel Links hadir dengan kejutan buat semua pemain. Duelist kini boleh log masuk ke dalam game melalui mobile ataupun PC sepanjang kempen ulang tahun untuk mendapatkan ganjaran khas seperti kad Dark Magician Girl dan Magic Cylinder!

Bukan setakat itu sahaja, duelist juga boleh mendapatkan kad kesukaan yang memaparkan ahli sihir serta kad perangkap itu akan tersedia pada Game Mat serta Card Sleeve, untuk semua pemain yang log masuk semasa acara.

Berikut adalah segala ganjaran log masuk yang boleh didapatkan semasa Yu-Gi-Oh! Card Game 25th Anniversary Campaign:
- Dark Magician Girl card (Prismatic)
- 1 Magic Cylinder card (Prismatic)
- 1 Character Unlock Ticket A total of 1000 Gems
- 1 UR Dream Ticket (Normal Foil)
- 1 UR Ticket (Prismatic)
- 1 SR Ticket (Prismatic) Game Mat and Card Sleeves with the Yu-Gi-Oh! Card Game 25th Anniversary Campaign design

Tentang Yu-Gi-Oh! Duel Links
Ia merupakan sebuah game mobile daripada francais game kad popular, Yu-Gi-Oh! Syarat serta kawalan bermainnya mudah difahami untuk pemain baharu dan lama. Game ini turut memaparkan pelbagai watak serta monster daripada siri seperti Yu-Gi-Oh! Yu-Gi-Oh! GX, Yu-Gi-Oh! 5D’s, Yu-Gi-Oh! ZEXAL, Yu-Gi-Oh! ARC-V dan Yu-Gi-Oh! VRAINS.
Kalau anda berminat untuk bermainnya, ia tersedia di iOS, Android dan PC melalui Steam. Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kempen ini, anda boleh lawati laman rasmi game.
@gamersantaimy
Discussion about this post