Developer untuk Ys IX: Monstrum, Falcom, telah mengesahkan tarikh keluaran untuk game ini akan dijadualkan berlangsung pada 26 September 2019 di Jepun dan akan tersedia untuk PlayStation 4. Mereka juga mendedahkan bahawa Adol, watak permainan dalam game itu, mempunyai rambut berwarna biru yang pernah kita lihat sebelum ini. Di samping itu, mereka juga memperlihatkan rakannya, Dogi yang dipaparkan di laman web mereka.
- Nama: Adol Christin
- Umur: 24
- Nickname: Adol the Adventurer

Pengembara one-of-a-kind yang dikatakan telah meninggalkan warisan lebih dari seratus volume log pengembaraan. Dia ditangkap oleh askar Romun di Penjara Kota Barduke, sebagai saksi material untuk kejadian yang melibatkan kehilangan Armada Romun di Atlas Ocean. Semasa Adol cuba melarikan diri dari penjara, dia bertemu seorang wanita misteri dengan pistol di tangannya, dan secara tidak sengaja melibatkan dirinya dalam kejadian luar biasa yang mengelilingi Bandar Penjara dan Monstrum.
- Nama:Dogi
- Umur: 29
- Nickname: The Wall Crusher

Seorang pengembara yang mempunyai kekuatan yang kuat dan menyokong Adol ketika pengembaraannya. Pukulan yang datang dari bingkai besarnya cukup kuat untuk menghancurkan dinding. Kerana dia menemani Adol pada pengembaraannya selama bertahun-tahun, dia tetap tenang walaupun semasa kejadian yang melampaui pemahaman manusia dan kejadian yang benar-benar misteri

Ys IX memperkenalkan sistem panggilan aksi yang unik, di mana ia membolehkan korang menggunakan kuasa ghaib Monstrum. Ini boleh diaktifkan di pelbagai tempat, termasuk bandar, padang, dan juga dungeon. Mereka bukan sahaja digunakan dalam pertempuran, tetapi sebagai cara untuk menyelesaikan puzzle di dungeon juga. Lebih banyak korang bertemankan Monstrum di Barduke, korang akan mendapat akses kepada kuasa-kuasa ghaib yang lebih banyak.

Game di atas menunjukkan kuasa “Crimson Line”. Kebolehan ini membolehkan pemain untuk meledingkan dari satu tempat ke tempat lain dalam bayangan. Oleh sebab badan pemain sebenarnya menjadi bayangan, korang boleh menggunakannya untuk melalui halangan seperti batu dan dinding.

Keupayaan untuk menunjukkan garis dari titik permulaan hingga berakhir, sehingga korang juga dapat menggunakannya untuk berlawan musuh dalam pertempuran dengan melancarkan mereka sehingga menghasilkan damage.
Masih tidak diketahui sama ada game ini akan kekal untuk PS4 eksklusif atau berkemungkinan ia dapat dilihat keluar pada platform Sony lain suatu hari nanti. Ys IX: Monstrum Nox akan dilancarkan pada 26 September tahun ini di Jepun, hanya di PlayStation 4!
Sumber: Siliconera
@gamersantaimy
Discussion about this post