Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

‘Ys 6 Mobile’ akan tiba 6 Mei di Malaysia, pra-daftar JRPG ini sekarang

Razin Syafiq by Razin Syafiq
April 25, 2022 - Updated on July 5, 2022
in Artikel, Berita, iOS, Mobile
0 0
0
‘Ys 6 Mobile’ akan tiba 6 Mei di Malaysia, pra-daftar JRPG ini sekarang
Share on FacebookShare on Twitter

Ys VI: The Ark of Napishtim secara rasminya akan tiba di platform mudah alih sebagai Ys 6 Mobile pada 6 Mei 2022 (fasa open beta). Sempena itu, penerbit VNG Games telah mengumumkan inisiatif pra-pendaftaran mulai sekarang hingga 5 Mei, yang korang boleh akses di SINI.

Apa yang menarik?

Pertama sekali, Ys 6 Mobile menampilkan upgrade yang besar dari segi grafik dengan membawakan visual setanding dengan JRPG moden sambil mengekalkan estetika PS2 klasik. Selain grafik, game ini juga mempunyai fitur ” cross-world adventure”, yang bermaksud korang akan bertemu pemain lain secara online.

Dunia Ys kini lebih sosial dan interaktif bini di mana pemain dapat melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti multiplayer termasuk membina “guild” dan membentuk parti untuk mengalahkan bos mencabar. Di samping itu, Ys 6 Mobile memberi peluang untuk kita menjalinkan hubungan romantik yang boleh diakhiri dalam perkahwinan. Selain buat kawan, boleh juga bercinta.

Untuk mana-mana game MMO, customization memainkan peranan penting supaya kita dapat menunjukkan personaliti. Buka sahaja Ys 6 Mobile, kita boleh mengubahsuai penampilan watak dan memilih daripada 5 kelas berbeza sama ada “Warrior”, “Ranger”, “Samurai”, “Assassin” dan “Mage”. Selepas semakin maju dalam game, korang kemudian dapat memilih salah satu daripada 9 sub-kelas untuk menyesuaikan watak.

Pradaftar dan ganjaran

Inisiatif prapendaftaran akan memberi ganjaran kepada pemain yang mendaftar dengan bonus “in-game” yang bertambah berdasarkan jumlah pendaftaran. Berikut adalah senarai:

  • Total 20K – 50K Silver Coin
  • Total 50K – 6 Gaia Stone
  • Total 100K – 1.5K Stardust
  • Total 200K – 6 Chaos Stone
  • Total 500K – 1 Lydia Soul Card
  • Total 1 million – 300 Emelas (bound)

Mereka yang berdaftar juga berpeluang memenangi hadiah fizikal menarik bernilai sehingga RM10,000 termasuk iPhone 13 Pro Max, kerusi gaming Secretlab Titan dan earbud Razer Hammerhead. Untuk senarai penuh tentang bonus dalam permainan dan hadiah fizikal sila layari SINI.

Sekali lagi saya ingatkan, korang boleh menyertai pengembaraan Ys 6 Mobile apabila game itu dilancarkan secara “open beta” pada 6 Mei di Malaysia.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: iOSMobileYs 6 Mobile
Previous Post

Trailer rasmi anime Arknights [Prelude to Dawn] telah didedahkan!

Next Post

Ubisoft sedang bangunkan game battle arena terbaru Project Q untuk konsol dan PC

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Reviu Jurassic World Rebirth – Visual Cukup Mencengkam, Cuma Identiti Original Semakin Hilang
Review

Reviu Jurassic World Rebirth – Visual Cukup Mencengkam, Cuma Identiti Original Semakin Hilang

NVIDIA Akan Tamatkan Driver Support untuk GPU GTX 700, 900 & 1000
Teknologi

NVIDIA Akan Tamatkan Driver Support untuk GPU GTX 700, 900 & 1000

July 2, 2025
Persona5: The Phantom X Tersedia Untuk Pre-Download, Akan Keluar 3 Julai!
Berita

Persona5: The Phantom X Tersedia Untuk Pre-Download, Akan Keluar 3 Julai!

July 2, 2025
Next Post
Ubisoft sedang bangunkan game battle arena terbaru Project Q untuk konsol dan PC

Ubisoft sedang bangunkan game battle arena terbaru Project Q untuk konsol dan PC

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd