YouTube mengumumkan bahawa mereka akan memfokuskan pada NFT supaya orang boleh “membeli” video dari creator lain. Ketua Pegawai Produk, Neal Mohan, menjelaskan menerusi catatan blog bahawa teknologi Web3 akan membuka peluang baru di mana pelaksanaan teknologi seperti “blockchain dan NFT membolehkan creator membina hubungan yang lebih intim dengan penonton.”

Menurut blog tersebut, ini adalah “cara sah untuk orang memiliki video, foto, seni dan pengalaman unik daripada creator kegemaran dan secara tidak langsung, ia boleh menjadi prospek yang menarik untuk kedua-dua pihak.” Mohan menambah bahawa terdapat “banyak perkara yang perlu dipertimbangkan” oleh YouTube semasa mendekati teknologi baru ini secara bertanggungjawab.
Selain itu, ia tidak jelas tentang apa yang YouTube maksudkan apabila memberitahu bahawa orang boleh memiliki video creator, kerana NFT sebenarnya tidak memindahkan hak cipta pemilik. Berita lanjut dijangkan akan didedahkan pada minggu-minggu akan datang.

Akhir sekali, YouTube memberitahu mereka sedang “merancang besar” untuk Metaverse – sebuah dunia digital yang dipercayai adalah masa depan internet – dan berfungsi untuk membawa lebih banyak interaksi dalam game dan membuatkannya terasa lebih “bernyawa” dengan mengubah dunia maya kepada realiti bagi penonton
Seperti biasa, saya masih tidak percaya pada keberkesanan NFT, tetapi ramai syarikat besar mula terbuka pada idea tersebut. Kita hanya mampu tunggu dan lihat apabila ia dilaksanakan secara menyeluruh.
Token tidak sepiawai (Bahasa Inggeris: Non-fungible token, disingkatkan kepada NFT) adalah unit data yang disimpan pada lejar digital, yakni blok rantai, yang mengesahkan aset digital unik lalu tidak boleh ditukar ganti dengan barangan lain. Ia dianggap sebagai suatu pengenalan setaraf untuk membuktikan pemilikan sesuatu seni digital termasuk foto, video, audio dan barang seumpama; namun perbezaan utama ia adalah semua orang selain pembeli token masih boleh mengakses salinan fail asal.
Pengkomputan yang mengesahkan hak milik sesebuah token ini memakan banyak tenaga lalu melepaskan jumlah karbon yang cukup menambahkan jejak karbon dan tahap pemanasan global.
Penjelasan NFT menurut Wikipedia
@gamersantaimy
Discussion about this post