Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

“Yashahime: Princess Half-Demon” – sekuel PV pertama INUYASHA telah didedahkan!

Yes! Lebih banyak info juga akan didedahkan minggu hadapan!

Nyny.A by Nyny.A
August 4, 2020
in Anime, Artikel, Berita
0 0
0
“Yashahime: Princess Half-Demon” – sekuel  PV pertama INUYASHA telah didedahkan!
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas didedahkan pada Mei lalu, klip PV pertama bagi sekuel anime popular Inuyasha yang diberi nama Yashahime: Princess Half-Demon, telah tersebar di dalam Twitter! Video promosi ini ditayangkan di Jepun dan dikongsikan semula melalui pengguna Twitter bermama @RanobeSugoi. Klip tersebut adalah tanpa suara watak atau suara latar sebaliknya hanya muzik latar dan design watak dalam warna penuh dan beberapa tingkah laku tiga watak utama.

Lihat klip pertama Yasahime: Princess Half-Demon di bawah;

https://twitter.com/RanobeSugoi/status/1289813599381118976

Walaupun tidak banyak perkongsian mengenai klip pertama sekuel Inuyasha ini, peminat masih dapat melihat personaliti untuk watak-watak utamanya.

Moroha, anak perempuan Inuyasha dan Kagome dipandang sebagai pejuang yang suka bertengkar, terlalu yakin seperti ayahnya. Laman rasmi menggambarkan Moroha sebagai “ceria” dan walaupun dia mempunyai banyak sifat ibu bapanya, dia tidak mengetahuinya kerana dia dibesarkan tanpa mereka.

Towa pula adalah kembar perempuan kepada Setsuna dan merupakan anak kepada Sesshomaru. Dari klip itu, dia nampaknya lebih arif dan pandai membaca. Dia terpisah dari kakaknya dan sekarang telah bersatu kembali, tetapi Setsuna tidak ingat mengenai Towa.

Sinopsis rasmi tentang “anime baru daripada dunia Inuyasha“:

Anak perempuan Sesshomaru dan Inuyasha memulakan perjalanan yang melampaui masa! Di zaman Feudal Jepun, kembar separuh-iblis Towa dan Setsuna terpisah antara satu sama lain semasa hutan dibakar. Semasa mencari adiknya, Towa mengembara ke terowong misteri yang menghantarnya ke dunia masa kini Jepun, di mana dia dijumpai dan dibesarkan oleh abang Kagome Higurashi, iaitu Sota dan keluarganya.

Sepuluh tahun kemudian, terowong yang menghubungkan dua era itu telah dibuka semula dan membolehkan Towa disatukan kembali dengan Setsuna, yang kini menjadi Demon Slayer yang bekerja untuk Kohaku. Tetapi Towa terkejut kerana nampaknya Setsuna telah kehilangan semua memori mengenainya.

Bersama dengan Moroha, anak perempuan Inuyasha dan Kagome, ketiga wanita muda akan mengembara antara kedua-dua era untuk mendapatkan kembali masa lalu mereka yang hilang.

Juga tidak terlupa, simpan tarikh 7 Ogos ini untuk lebih banyak dedahan mengenai sekuel ini!

『半妖の夜叉姫』のさらなる続報を、8月7日(金)に公開致します!

本Twitter(@hanyo_yashahime)にて、順次公開予定‼

フォローがまだの方は、フォローをよろしくお願いします‼#半妖の夜叉姫 pic.twitter.com/8BDYEzMKtt

— 半妖の夜叉姫 (@hanyo_yashahime) August 1, 2020

Sekuel Inuyasha sedang dikembangkan oleh syarikat produksi Jepun Sunrise, yang memiliki tangan dalam anime Inuyasha yang asli. Anda juga boleh ikuti laman web rasmi mereka. Apa pendapat anda mengenai klip pertama dari sekuel Inuyasha ini? Jom kongsikan dengan kami di laman sosial kami!

Sumber: Mangathrill

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animeHanyō no YashahimeINUYASHASekuel InuyashaYashahimeYashahime: Princess Half-Demon
Previous Post

Pra-pesan Project CARS 3 sekarang di PS4, XB1 & PC!

Next Post

Acara masa terhad M.U.T.E. PROTOCOL kini bermula di TOM CLANCY’S RAINBOW SIX SIEGE

Nyny.A

Nyny.A

Bekas pelajar Multimedia Creative. Lebih Independent. Layan game FPS sampai lebam. Open world pun kalau kena jalan cerita kita on je. Manga Anime untuk luang masa. Geng streamer dan esports, Interview developer, pemain esports, Influencer, lagi2 support lokal! Memang hantu gaming dah lama dari zaman CC dulu. Jangan lupa ikuti laman sosial untuk hubungi saya.

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Acara masa terhad M.U.T.E. PROTOCOL kini bermula di TOM CLANCY’S RAINBOW SIX SIEGE

Acara masa terhad M.U.T.E. PROTOCOL kini bermula di TOM CLANCY’S RAINBOW SIX SIEGE

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd