Dengan kehadirannya Januari lalu di PlayStation 4, siapa sangka permainan popular dari Sega ini kemungkinan besar pada bila-bila masa akan hadir ke platform PC! Pemain di negara barat masih menantikan permainan Yakuza 7: Like a Dragon (Ryu Ga Gotoku 7: Hikari To Yami No Yukue)ini hadir secara global di PlayStation 4, juga di asia yang telah pun hadir Januari lalu cuma dalam bahasa Jepun di PlayStation Store Asia dengan berharga RM242.00.
Masih belum habis kehangatannya, siapa sangka berita terbaru yang kini hangat dalam media gaming, Yakuza: Like a Dragon kemungkinan besar akan hadir di PC via STEAM! Ya, ianya telah pun disenaraikan dalam SteamDB dimana yang mungkin bermaksud halaman kedai dan sebarang pengumuman akan segera menyusul dalam masa terdekat.
Kedatangan permainan ini di platform PlayStation 4 nyata memberi sesuatu yang baru dalam siri popular Sega ini. Membawa pratagonis baru dan menukar genre aksi kepada turn-based RPG memang sesuatu yang menarik dalam francais Yakuza.
Yakuza: Like a Dragon will get a store page here soon(ish) https://t.co/0XjWF1h1gS pic.twitter.com/ySsvqrNe7x
— lashman (@RobotBrush) May 4, 2020
Sega telah bereksperimen dengan meletakkan Yakuza di platform yang berlainan dalam beberapa tahun ini, setelah menjadikannya siri eksklusif hampir PlayStation sepanjang pengeluarannya. Yakuza 0, Yakuza Kiwami, dan Yakuza Kiwami 2 dibawa ke Steam dan Xbox One, dengan gerakan membuka francais kepada sejumlah peminat baru didalam platform yang lain.
Yakuza: Like a Dragon mempunyai senarai Steam memang sesuatu yang menarik. Satu, kerana ia menunjukkan bahawa tarikh pelepasan mungkin akan ditetapkan dalam masa yang terdekat dan Dua, kerana ini mungkin bermaksud bahawa versi PC akan dilancarkan bersama dengan versi PS4 (dalam sarikata bahasa inggeris mungkin) untuk pertama kalinya, atau sekurang-kurangnya sebelum kehadirannya.
Selepas Yakuza 6: The Song of Life melengkapkan kisah watak utamanya selama beberapa dekad, Kiryu Kazuma, pemaju Ryu Ga Gotoku Studio merasakan sudah tiba masanya untuk perubahan besar dalam francais ini. Ini dimulai dengan Judgment yang hadir tahun lalu – kisah detektif baru dalam suasana Kamurocho yang tidak asing – dan diteruskan ke Yakuza: Like A Dragon, yang mengikuti Ichiban Kasuga dalam pengembaraan yang semestinya lain dari yang lain! Jadi jangan lupa untuk nantikan kehadiranya di PC via Steam!

@gamersantaimy
Discussion about this post